Hadiah Iblis Kepada Nabi Musa

Iblis datang kepada Nabi Musa a.s dan berkata: “Engkaulah yang dipilih Allah rasul-Nya dan Kalimullah, sedangkan aku seorang makhluk biasa, yang ingin bertaubat kepada Tuhan. Maka tolonglah aku, semoga taubatku diterima.” Nabi Musa merasa gembira lalu berwuduk dan solat kemudian baginda berdoa: “Ya Tuhan, iblis adalah makhluk-Mu dan dia ingin bertaubat, maka terimalah taubatnya.: Maka diturunkan wahyu kepada Musa: “Ya Muasa, dia tidak akan bertaubat.: Jawab Muasa: “Ya Tuhan, dia mahu bertaubat.” Maka turun wahyu kepada Musa: “Aku telah menerima permintaanmu Musa, maka suruhlah ia bersujud kepada kubur Adam, maka Aku akan menerima taubatnya.”

Nabi Musa sangat gembira dan menyampaikan suara wahyu itu kepada iblis, tiba-tiba iblis marah dan sombong serta berkata: “Aku tidak akan sujud kepadanya pada masa hidupnya, bagaimana akan sujud sesudah matinya?” Lalu iblis berkata: “Hai Musa, kerana engkau telah menolongku, maka kini engkau berhak menerima hadiah daripadaku, maka aku berpesan kepadamu tiga perkara:

- Ingatlah kepadaku ketika marah, sebab aku ada di dalam tubuhmu mengikut saluran darah.

- Ingatlah kepadaku ketika menghadapi musuh ketika perang, sebab aku datang kepada anak Adam mengingatkan kepadanya keadaan isteri, anak, hartanya sehingga dia lari ke belakang.

- Awaslah, jangan duduk sendirian dengan wanita yang bukan mahram, sebab aku sebagai utusannya kepadamu dan utusanmu kepadanya.

Related posts:

  1. Jangan Ikut Iblis Masuk Neraka!
  2. Kisah Cinta Seorang Wanita kepada Pemuda Tampan
  3. Ingat lagi kisah-kisah Nabi??
  4. Tekanan itu satu hadiah!
  5. Jika Anda Seorang Nabi?

Categories: Hati ke Hati, Islam

Comments

No Comments

Leave a reply

Name *

Mail *

Website