14 February 2009 10 Komen

aku dibius cinta

 
adc
“celaka punya batu,punyalah luas bumi Allah ni,kat sini ko duduk langgar awek aku!”

“bau ayang ni masam la,tapi semasam-masam bau ayang ni la masam-masam manis idup sayang”

“lautan apipun sanggup abang renangi demi ayang!”

“cinta kite ni ibarat kurap,makin digaru makin sedap rasenye”

“Salam,dah bangun ke?Insya Allah bangun qiam tatkala orang lain tidur, semoga ukhwah kita menjadi ukhwah fillah abadan abada”

Yup,atas tu ayat-ayat cinta remaja skang,ada yang baik dan ada yang buruk,ada yang ajak beribadah dan ada yang sanggup mengharungi neraka.Macam-macam ada.Alhamdulillah,aq dan beberapa oram budak JAD sempat menghadiri satu talkshow bertajuk “AKU DIBIUS CINTA”.Aq join talkshow ni bukanlah kerana tajuknya tapi aq sebenarnya nak bertentang mata dengan Ustat Hasrizal@Abu Saif dan alhamdulillah,Allah makbulkan doa aq,aq berkesempatan bersalam ngan Ustat.Panel sorang lagi Ustat Uda Kasim,sorang penceramah yang slalu kuar al-kuliyah.Sebagai kesimpulannya, kedua-dua ahli panel ni bukan calang-calang orang ar, sebab dua-dua faymous dalam bidang dakwah.

 hahhapanelis

Ok,cukup bercerite pasal program tu,skang aq nak kongsi apa yang aq dapat daripada program tu sebab ape?Sebab dalam banyak-banyak program ceramah berkisarkan ‘CINTA’,nilah satu-satunya program yang buat aq terpegun dengan pengisiannya.Pengisian yang macamane yang aq kate mantap tu?Aq olah dengan care tersendiri,gomen!

 

Kalo nak bcakap pasal cinta ni,satu bende yang amat susah.Kalo nak bincang pasal hantu senang,kita bley reke-reke suka ati sebab takde orang penah tgk hantu kalo yang da ade pon,hantu yang die tengok tak sama dengan hantu yang kite tengok.Tapi cinta ni lain,sume orang pernah rase cinta so sume orang ada pandangan tersendiri tentang cinta.Tahun 2005,ade sorang laki nangis sebab kematian sorang pendakwah hebat,Ahmad Deedat dan pada masa yang sama ade sorang lagi laki nangis sebab Felix AF tak menang AF.So, persoalannya,bagaimana 2 orang ini melihat cinta?Sorang melihat bahawa kematian Ahmad Deedat itu layak diratapi,ditangisi disebabkan sumbangannya kepada Islam begitu besar,pemergian seorang ulama yang agung tetapi sorang lagi melihat bahawa banyak gle duitnya dibazirkan untuk mengundi felix tapi akhirnya felix tak menang,so dia rase perkara itu layak ditangisi.Senang!Kata kuncinya ‘LIHAT’.Sebelum kita pergi lebih jauh, kita fahami satu analogi untuk memahami makna ‘lihat’ dengan lebih mendalam. Ada 2 orang sahabat dan 2 orang ini suke ke seksyen 2 untuk makan,sorang suka sebab ada air gelas besar dan sorang lagi suka sebab harganya murah.Perhatikan,subjek yang sama tapi ada 2 pendapat.Itulah yang dimaksudkan dengan ‘lihat’,apa yang kita ‘nampak’ tak semestinya orang lainpun ‘nampak’.

Allah mengajar kita apa itu ‘lihat’ di dalam Al-Quran.3 perkataan digunakan oleh Allah untuk menjelaskan perkataan nampak,tapi kita orang melayu tak pernah kaji bende ni sebab kita just bace terjemahannya,cube baca tafsir, barulah kita nampak Ibrah bagi sesuatu ayat.

  • Ra’a-melihat dengan mata/pandangan biasa. Contoh ayat di dalam al-quran: أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
  • Nazoro-melihat dengan akal/merenungi sesuatu.Contoh ayat di dalam al-quran:
  • Basoro-pandang dengan hati/menghayati sesuatu.Contoh ayat di dalam al-quran:

So,jika kita lihat cinta itu dengan cara “ra’a”,maka kita akan meremehkan cinta itu.Cinta itu cukuplah sekadar bersms,bermaroton talefon,dating-dating,akhirnya tiada apa-apa yang kita akan dapat daripada cinta itu sendiri.Cinta itu tiada nilai,di sisi manusia tiada nilai di sisi Allah lagi la. Tapi kalo kita faham apa itu ‘cinta’,katakan; “Bang,saya tak sukelah abang pakai baju biru ni,meluat saya tengok,”rungut seorang isteri.”Tak suke takpe,abang bakar baju ni skang!”jawab seorang suami demi cintanya pada isteri.Ya,inilah yang akan berlaku jika seseorang itu betul-betul memahami konsep cinta, segala-gala sanggup dibuat untuk menyenangkan hati orang yang dicintainya.Islam sememangnya mengajar kita untuk bercinta dan Cinta itu sendiri merupakan syiar Islam tapi kita semua terlepas pandang daripadanya.Kalo di barat,orang kristian menggunakan pendekatan cinta untuk berdakyah,jika orang menolak dakyah mereka,mereka kat ,” if u dont believe God that’s ok but u must remember dat God always believe in u.” Kita lihat bagaimana Allah mengajar kita erti cinta;Allah mempunyai 99 nama dansetiap hari apabila kita ingin mulakan sebarang kerja kita akan mulakan dengan basmallah.Ade ke kite sebut ,’dengan nama Allah yang maha perkasa lagi maha membalas dendam’?Takdekan.Kita selalu sebut, ‘dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang.’Apa maknanya?Sayang,kasih inilah cinta,kita selalu sebut tapi kita tidak faham maknanya,semoga Allah mengampuni kita.

Persoalan bius cinta ni,bukanlah satu persoalan yang baru.Allah telah merakamkan di dalam al-quran pasal bius cinta ni.Surah Yusof ayat 30:

۞ وَقَالَ نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ امْرَأَتُ الْعَزِيزِ تُرَاوِدُ فَتَاهَا عَنْ نَفْسِهِ ۖ قَدْ شَغَفَهَا حُبًّا ۖ إِنَّا لَنَرَاهَا فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata.”

yang dimaksudkan dengan sesungguhnya cintanya itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya,itulah dibius cinta.Bagaimana Zulaikha yang sudah bersuami dan berkeluarga telah menjadi gila cinta,sanggup berbuat apa sahaja terhadap Yusof supaya cintanya kesampaian.Ha,inilah dibius cinta dan apa Allah kata terhadap orang-orang yang dibius cinta ni?”Sesungguhnya kami memandang mereka berada dalam kesesatan yang nyata.” Nauzubillah.

So,bagaimana cinta dalam Islam?Islam tidak mengharamkan cinta malah pada Islam cinta itu adalah satu hadiah daripada Allah.Bukan semua orang terima cinta dan yang terime pon tahap atau kefahamannya takkan sama.Ada isteri sanggup tinggalkan suami dan anak-anak untuk menjadi pengebom berani mati untuk mempertahankan Islam dan ibu yang sanggup berzina untuk memberi anaknya makan,kenapa jadi macam ni,semuanya kerana cinta.Jadi,dalam surah Ar-Rum ayat 21:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Dalam ayat ni,Allah dah bagitaw, “supaya kamu bersenang hati”,yang mane maksudnya supaya lelaki merasakan senang terhadap wanita itu dan wanita merasa senang terhadap lelaki,apabila sudah terjadi ‘لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا”,bersenang-senang ini,barulah Allah jadikan cinta.Ya,inilah perkahwinan mak bapak kita, perkahwinan yang tidak kenal pasangan sebelum kahwin,setelah kahwin barulah mereka bercinta.Disebabkan inilah,kadar penceraian zaman dulu lebih sikit jika dibandingkan dengan sekarang.Tak salah bercinta sebelum kahwin,mengenal psangan itu adalah penting namun ia mrupakan 1 portion daripada 1 foundisi yang luas.Remaja skang ble bercinta,ramai yang pk sampai ke pelamin tapi diorang tak pk sampai ke lampin.Mereka lupa untuk berfikir tentang tanggungjawab mereka.Mereka lupa untuk memikirkan hak pasangan mereka.

Apa yang berlaku skang, 1-2 tahun awal perkahwinan.Ni la taun paling nikmat dalam hidup,tahun bulan madu.Kalo istri langgar batu dilaknatnya batu tu, “celaka punya batu,punyalah luas bumi Allah ni,di sini ko duduk langgar istri aku” dan kalo bau suami masam lak, “abang ni masam la,tapi masam-masam abang ni,ni la masam-masam manis idup ayang”.Semua nya indah, tiada yang buruk,semuanya indah.Selepas tu,3-4 tahun perkahwinan, ni kite panggil sbagai ‘da tru color’,isteri meluat tengok muka suami dan suami naik bosan tengok muka istri.Suami balik kerja tgk muka istri,tunggu istri sambut tapi istri tak sambut,istri lak tgk muka suami,mnantikan surprise dari suami tapi sia-sia,last-last 2-2 terkelu,senyap dan truskan idup macam orang asing.Taun ni,no news is a good news.Tibe-tibe tahun 5-6,muncul orang ktige dalam hidup suami,pompuan tu kate kat kawan2 dia, “aku dah tau die da ade istri tapi dialah satu-satunya lelaki yang memahami aku,dialah satu-satunya lelaki yang matang yang pernah aku jumpe.”Ye la dia matang sbb istri dia yang mematangkan die,tugas ko la untuk mematangkan laki-laki lain!

Sambung balik ayat Rum 21,apabila sudah bersenang-senang antara satu sama lain,2-2 dah rase 安心 antara satu sama lain,barulah Allah anugerahkan cinta.Bile cinta tu da hadir dan tut!tibe-tibe ada masalah,Allah pun datangkan rahmah.Ketika itulah cinta benar-benar teruji.Tyme ni ustat tanye balik soalan yang ditanye dalam satu artikelnye[sebelum dibius cinta]

Secare ringkas soklan kepada lelaki,bayangkan lepas kawin mase istri ngandung,istri takley hidu bau kite,hidu je muntah,sanggup tak kite bersame die ktike tu?Kite pergi beli nasi ayam 40kilometer jauh tapi bile bagi kat die,die takley makan,sabarkah kite tyme tu?Pastu lepas beranak,tibe2, nauzubillah,die ditakdirkan kene kanser payudara dan terpaksa dibuang kedua-dua payudaranya,bertahankah kita tyme tu?Die terpaksa amik kimoterapi,rambut yang kita belai slama ni gugur satu persatu,cinta lagi kah kite terhadapnya?Die nyanyok,berak dalam kain batik yang kite hadiahkan mase ulang tahun perkahwinan kite dulu,kasih lagikah kite terhadapnya? kepada pompuan lak,suami yang dulu kaya raya kini dibuang kerja,bersama lagikah kite dengannya?Suami yang dulu gembira kini senyap dsbbkan tekanan kerja,suka lagikah kite terhadapnya?Suami yang dulu hebat kini,nauzubillah,ditakdirkan Allah mati pucuk sementara, cinta lagikah kite terhadpnya?Suami yang dulu mengangkat kita,bergurau senda kini lumpuh separauh badan,mampukah kite bersamanya?fikir-fikirkanlah! bukan ingin menakutkan,tetapi nilah hakikat tanggungjawab.Jika kita jawab ya,aku sanggup,insya Allah sesudah mawaddah itu akan datang rahmahnya.

“Ayang takley melahirkan anak dan ayang tau abang nak sangat zuriat,walopon berat hati,abang kahwinlah dengan orang lain,ayang rela”

“Takpe yang,abang tak kisah ade anak ke tak,cukuplah ayang buah jantung abang.Ayang sorang saje dalam idup abang”

Inilah cinta sejati,cinta yang dikatakan selepas mawaddah datangnya rahmah.Suami meredhai keadaan istri dan istri merdhai keadaan suami.inilah yang Islam anjurkan.Cinta perlukan pengorbanan,pengorbanan yang macamana bagi remaja?Jika anda cinta seseorang,anda ingin jadikan dia pasangan anda,ikut lah cara Islam,elakkan zina,doalah kepada Allah kerana Dia lagi memahami cinta kita.Jika tidak dapat,Dia mengetahui yang terbaik untuk kita,mungkin kita tidak sekufu dengannya atau dia tidak sekufu dengan kita…So,macamane nak dapat yang perfect tu?KITE KENE JADI PERFECT LAH!

 وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ ۚ أُولَٰئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ ۖ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.[64:26]

Ishhh,kalo macam tu nak rujuk sape bab cinte nii…Paderi St.Valentine? Gautama Buddha? Karl Max?LOL,wat ape rujuk dorang,dorang tu taw ape pasal cinta?Dorang tak taw ape-ape! Rujuk lah Rasulullah,Rasulullah merupakan pencinta yang sejati! Diriwayatkan sebelum Rasulullah wafat, sebulan 2 bulan sebelum baginda wafat,baginda telah pergi ke pasar dan di sana baginda melihat ada seorang yahudi tua yang buta sedang meminta sedaqah.Baginda menghampiri orang tua itu dan sengaja bertanya, “apa pak cik sedang buat,” dan orang tua tu menjawab, “dari pagi tadi lagi aku berdiri di sini meminta sedaqah tetapi tiada seorang pun yang memberi aku makan.” Rasulullah menyuruh orang tua itu tunggu di situ dan Rasululla bergegas pulang ke rumah dan memanggil saidatina ‘Aishah, “wahai ‘Aishah,apa yang ada di rumah untuk kita makan?”"Ada sedikit bubur untuk kita berdua makan,” sahut ‘Aishah.Rasulullah memujuk, “hari ni kita ikat perut ek,kite takyah makan sebab kat pasar sana ada seorang tua dalam kesusahan.”Lalu Rasulullahpun membawa bubur tersebut kepada orang tua tadi,tangan yang mulia yang menggoncang dunia itu sendiri menyuap orang tua tadi dengan penuh kasih sayang.Orang tua itu juga sangat memusuhi Rasulullah,setiap kali Rasulullah menyuapkan makanan kepadanya,orang tua tadi akan menghina Muhammad b. Abdullah tapi Rasulullah hanya berdiam dan memberi orang tua itu makan sehinggalah baginda wafat.Apabila Rasulullah wafat,Abu Bakar betanya kepada ‘Aishah, “wahai ‘Aishah,adakah aku sudah mengikuti kesemua sunnah Rasulullah?” ‘Aishah menjawab, “wahai ayahku, engkau sudah mengikuti kesemuanya kecuali satu sahaja yakni pada setiap hujung minggu,Rasulullah akan ke pasar dan memberi makan kepada sorang tua yahudi yang buta.”Lalu Abu Bakar bergegas ke pasar itu dan mencari orang tua itu, dan berkate kepada orang tua tu, “pakcik,saya akan memberi makan kepada pakcik.”orang tua tu berkata, “di mana orang yang selalu memberi makan kepadaku?” Abu Bakar berkate, “orang itu telah wafat,2 minggu yang lalu.”Orang tua itu bertanya lagi, “bukankah orang yang mati 2 minggu lalu ialah Muhammad b Abdullah?” “Ya pakcik,dialah yang selalu datang menyuap pakcik.”Abu Bakar pun ingin menyuap pakcik tadi dengan buburnya tapi pakcik itu menghentikannya, “kamu tidak sama dengan Muhammad,bila die menyuapku,aku dapat rasakan kasih sayangnya dalam suapannya tapi kamu tidak.” Tengok!Sorang tua yahudi yang buta yang membenci nabi dapat merasakan cinta,kasih nabi.Inilah cinta sejati! Belajar lah dari kisah ini bukan cerita St.Valentine!

Ok,cube bayangkan.Aizado ni dot tepi tingkap tengah picit-picit jerawat die n apabile ditanye dot tengah wat ape,die jawab, “adohai,aku tengah merindui ni.”"Ko rindu sape zad?”"Aku tengah rindu bakal isteri aku,”jawab aizado.”Bakal isteri?Girlfren ko?”tanye lagi.”Tak,bakal isteri,”jawab aizado. Kan gle tu,merindui seseorang yang tidak wujud.Tapi tu la cinta Rasulullah terhadap kita,umat akhir zaman.Suatu ketika Rasulullah melewati perkhuburan baqi’ bersama para sahabat,Rasulullahpun berdoa untuk ahli kubur dan tiba-tiba Rasulullah mengeluh, “sesungguhnya aku merindui saudara-saudaraku.”Abu Bakar bertanya, “bukankah kami ini saudaramu ya Rasulullah?”Rasulullah menjawab, “tak,kamu sahabat ku.”"Habis tu,siapa saudara mu ya Rasulullah?”tanya Abu Bakar dalam kehairanan.”Orang yang beriman kepada ku semasa aku sudah tiada.”

Lihatlah betapa Rasulullah cintakan kita.Jadi hadis yang mengatakan ,”tidak sempurna iman seseorang jika tidak mencintaiku melebihi cintanya kepada ibunya,” bukanlah satu hadis paksaan kerana Rasulullah telah terlebih dulu mencintai kita.Baginda berkorban demi kita,ingatlah peristiwa Thaif.Apila ditanya malaikat untuk melaknat orang Thaif yang telah menyakiti Rasulullah,Rasulullah menyuruh malaikat bersabar dan menjawab ,” mungkin di antara anak cucu mereka,ada yang beriman kepadaku.” Nah,tidak cukup lagikah bukti cinta Rasulullah kepada kita?

10 Responses to “aku dibius cinta”

  1. prof^ceghah 14 February 2009 at 4:11 pm #

    sorri ar coz pnulisan ni agak trok n banyak lagi tak lengkap coz aku wat ni dalam keadaan tgese2,lagu mane pom,aku akan update post ni kalo aku ade mase lapang..hontou ni warui..

  2. ABU SAIF 14 February 2009 at 4:46 pm #

    Assalamualaikum WBT.

    Syabas, syabas.

    Ternganga ustaz membacanya… boleh kerja jurutaip sidang mahkamah :)

    Selamat bercinta

  3. ... 14 February 2009 at 8:30 pm #

    “belum ktemui lagi cinta tu.. sob3″

    what u seek is what u get..
    carilah cinta yg baik di tempat yg baik…. mencari cinta bukan sekali cari terus dapat, maka biasakanlah kaki ke tempat2 yg baik….

    hukum karma = what u give u get back
    wanita yg baik untuk lelaki yg baik, lelaki yg baik untuk wanita yg baik…
    usahalah mem’BAIK’kan diri untuk mendapat pasangan yg terbaik….

    kalau asal benihnya pisang, jgn diharap buahnya durian…
    menanam cinta di ladang dosa, jgn diharap menuai hasil seindah bidadari syurga…
    mencari cinta di lembah maksiat, bukanlah jln ke arah cinta mawaddah dan rahmat…

    p/s:ramai terkilan x dpt pergi ni… harap2 dpt salam tgn ustaz kat surau TBP lak xlama lg, usaha2kan la ye… (“,)

  4. hex-everros 14 February 2009 at 11:37 pm #

    Power gle cerah, ko tulis satu2 ke??? Patutlah aku tengok ko khusyuk je tengok bawah, rupanya menyalin…huhuhu…Bagus2

    aku terjumpa perempuan baik semalam dekat PKNS…..huhuhu

  5. saif shah 15 February 2009 at 2:54 am #

    salam…

    Alhamdulillah… mmg menarik bc entry ni…
    Bile berbicara pasal cinta, mesti senang rs tertarik utk membacanya…
    begitulah lumrah manusia yg mahu disayangi dan menyayangi…

    Walaupun xdpt dgr live, at least dpt juga idea ttg bhy bius cinta ini jika xkena pada tempatnya… Teringat pula ana kpd satu prgm ustaz Hasrizal yg smpat ana hadiri, Seminar Manual Cinta Haraki, antara yg dibincangkan ialah “antara cinta dan inginkan perhatian” dan “antara cinta dan keinginan”…

    Janganlah dinodai perkataan “CINTA” itu dgn perbuatan kita yg melanggar norma2 CINTA yg sebenarnya… Carilah Cinta Allah dan rasulNya, pasti kita menemui cinta manusia yg datang tanpa diseru… insyaAllah…

    wslm..

  6. nadiah 16 February 2009 at 10:01 am #

    great writing
    thanks for posting! :)

  7. haizuaf 16 February 2009 at 9:11 am #

    baru paham makna cinta
    hahah
    lepas ni harap bleh kongsi byk lagi cite2 yg ada kankei ngan
    kehidupan kita sume

  8. lela 19 February 2009 at 11:58 pm #

    assalamualaikum…bagus2
    xsangka ada org yg blh tulis sume yg didgrnye…
    mcm ustaz hasrizal je…hehe..
    mantap jga la

  9. prof^ceghah 14 February 2009 at 4:59 pm #

    salam,uish tak sangke ustat singgah gak kat sini.Tq2, ade amik note dari kawan2 gak..banyak info dapat drpd ustat, memang menjawab banyak psoalan yg bmain dlm pkran ni, syukran :( belum ktemui lagi cinta tu.. sob3 :D

  10. prof^ceghah 15 February 2009 at 4:30 am #

    huhuhu,pengalaman main mesej lu aq gune untuk salin note gune hp..huhuhu


Leave a Reply