21 February 2009 7 Komen

lawak sinis yang menghiris…

 

lawakmenghiris

Saya mohon maaf sekiranya entri kali ini lebih bersifat peribadi atau dibaca sebagai himpunan ayat-ayat provokatif penuh emosi yang kontang sudut ilmiahnya, namun saya memang berhasrat menterjemahkannya dalam bentuk tulisan. Lebih utama lagi saya mohon maaf jika entri ini menyinggung mana-mana pihak. Kisah ini saya nukilkan bukan untuk menyerang mana-mana individu tertentu (no offense) bahkan saya tulis setelah meneliti jenaka baru pelajar JAD yang menusuk telinga saya saban hari.

Student A : Nak makan kat mana?

Student B : Hmmm nak release tensyen shiken kena makan sedap2.. jom beli peluru kat McD

Student A : Peluru?

Student B : Ye la, kan orang cakap setiap sen duit kite labur kat syarikat yahudi, ibarat beli sebutir peluru tembak orang Palestin.

Student A : Biar betul.. ko percaya ke?? Habis tu nak pegi McD buat pe??

Student B : Ala takpe, kite anggap je peluru yg dibeli pakai duit kite tu, tertembak kena dinding. Bom pulak terlepas kat kawasan padang lapang, takde orang terkorban. Yang peluru tembak orang Palestin tu duit orang lain, bukan duit kite.

Student A : Hahaha betul jugak ek. Jom!

Itu merupakan kisah yang saya olah sendiri berdasarkan ayat-ayat lawak popular di kalangan pelajar JAD baru-baru ini; “peluru kita beli tertembak dinding”

Saya tidak pasti adakah saya seorang yang skeptik terhadap idea-idea global, atau seorang muslim jumud yang kontang ilmu agama atau dilanda fanatisme dalam beragama. Namun dari sudut mana pun saya menafsirkan justifikasi (alasan) mereka yg berpandangan sedemikian, saya gagal memaksa diri untuk ketawa.

Mungkin elok jika saya perincikan pendirian saya berkenaan idea boikot ini.

Mungkin ada sesetengah pihak begitu optimis dengan langkah memboikot produk yahudi untuk menggertak sistem ekonomi mereka bahkanmelumpuhkannya agar mereka hilang sumber untuk menyerang umat Islam. Maka mereka ini gigih mencari maklumat berkenaan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yahudi lantas menyebarluaskan maklumat itu agar langkah mereka dituruti orang lain, kerana mereka sedar ekonomi yahudi perlu digempur secara pukal yakni semua umat Islam mesti seganding bahu memboikot produk yahudi.

Manakala di sudut yang lain, ada pihak memandang dingin usaha memboikot ini kerana alasan pertama kebanyakan malah hampir semua syarikat rangkaian yahudi di Malaysia, diusahakan oleh anak tempatan (baca: muslim), maka usaha memboikot produk-produk ini bererti menyekat periuk nasi orang Islam sendiri. Alasan kedua mereka beranggapan usaha boikot ini bukanlah usaha terbaik kerana kita seharusnya memboikot cara hidup yahudi bukan semata-mata syarikat mereka.

Kepada mereka yang risau akan nasib rezeki anak tempatan ini, saya ingin nyatakan dalam sudut ekonomi dan perniagaan jatuhnya satu organisasi membuka laluan kepada bangkitnya organisasi yang lain. Contohnya di timur tengah, usaha memboikot berterusan di sesetengah negara menyebabkan beratus-ratus syarikat McD dan Coca cola gulung tikar lantas membuka laluan kepada produk muslim Mecca Cola mengambil alih tumpuan pasaran. Seterusnya produk muslim ini membuka beribu peluang pekerjaan kepada muslim lain.

Namun pasti nanti akan ada yang akan menghunjam saya dengan sejuta alas an dan kesukaran untuk menukar bidang niaga daripada Coca Cola kepada Mecca Cola. Terpulang. Saya sekadar mencadangkan alternatif, jika anda tidak sependapat, saya bukanlah seorang kadi atau mujtahid untuk menghukum anda berdosa, haram atau kafir, bahkan saya amat menghormati pandangan dan hujah anda. Biarlah mereka yang pakar menentukan hukum, di pihak saya, saya tidak bermasalah dengan pendirian anda jauh sekali untuk bersangka buruk dengan anda.

Bagi mereka yang menganggap usaha boikot seharusnya menjurus kepada cara hidup yahudi bukan produk mereka semata-mata, saya ingin tegaskan saya sependapat dengan anda. Namun saya berpendapat falsafah tersirat di sebalik usaha boikot ini adalah untuk mendidik kesedaran dan melatih disiplin diri. Bermakna, apabila setiap kali individu itu membuat keputusan untuk tidak makan di McD (sebagai contoh) dan melangkah menjauhinya, tindakan beliau didorong idea memboikot yahudi seterusnya secara tak langsung dia dalam keadaan sedar (full awareness) rakyat Palestin sedang menderita. Maka setiap kali dia menolak produk yahudi, dirinya diingatkan tentang situasi Palestin.

Kedua, usahanya bermujahadah melawan nafsu perutnya yang terliur dengan McFlurry yang lemak berkrim serta aroma kopi Starbuck (sebagai contoh) yang menggiurkan melatih dirinya berdisiplin melawan nafsu. Lantas ia merupakan platform yang baik untuk mengubah corak dan gaya hidup kepada muslim sejati. Setakat nak lawan nafsu makan aiskrim McD pun susah macam mana nak buang segala corak yahudi dalam kehidupan sehari-hari.

Itu pendapat saya. Maka walaupun ada segelintir yang berteriak berdemo dan memboikot membabi buta tanpa apa-apa pendirian, saya tidak sewenang-wenangnya menolak usaha boikot ini, dan saya doakan mereka yang terbabit dikurniakan hidayah untuk menghayati erti tersirat di sebalik tindakan mereka. Namun sekali lagi, jika anda tidak sependapat dengan saya dan menganggap idea boikot ini adalah idea pelik lagi merepek dan merupakan asbab (penyebab) orang lari dari Islam, dan anda lebih selesa makan di McD sambil bersembang isu-isu umat Islam kemudian mengajak rakan-rakan anda itu bersolat jemaah dan merintih dalam qunut nazilah mendoakan kejayaan Palestin, saya tidak bermasalah dengan anda bahkan saya hormati pendapat anda. Sekali lagi saya bukanlah ulamak yang mampu mengarang sebuah kitab fiqh untuk mengharamkan tindakan anda.

Maka berbalik pada soal jenaka sebentar tadi, saya mungkin tidak pasti adakah usaha boikot ini usaha terbaik, namun saya amat pasti lawak jenaka anda bukanlah sesuatu yg baik.

1.Jenaka anda membunuh kepedulian anda kepada isu Palestin. Kenapa? Kerana anda mampu ketawa bangga sambil membicarakan isu kematian rakyat Palestin, tanpa rasa bersalah langsung. Maka jangan kata nak merasa sedih, saban hari kesensitivan anda kian terhakis lalu sampai satu tahap rakyat Palestin tidak lagi dirasakan sebahagian daripada saudara anda. Sekalipun anda memandang sinis usaha boikot ini, namun saya tidak merasakan isu Palestin layak dijadikan modal gurau senda anda dan rakan-rakan.

2.Lawak ini menjadi alasan yang cukup baik untuk memperkecilkan, menyindir bahkan menghina ratusan jiwa yang giat berdakwah menyedarkan masyarakat agar peduli isu umat (melalui boikot). Ya lawak yang sinis kadangkala menghiris. Saya pasti tawa anda mengundang tangis mereka yang bersengkang mata mengatur program dan berpanas terik mengedar risalah tetapi akhirnya mendapati slogan mereka menjadi jenaka anda yang cukup menjengkelkan.

3.Tersebarnya idea ini, bermakna anda telah berjaya menyebarluaskan kehilangan kepedulian di kalangan masyarakat kerana anda memberi mereka satu sebab untuk menolak aktiviti dakwah (melalui usaha boikot) sedangkan anda sendiri tidak mencadangkan alternatif lain untuk mendidik jiwa mereka. Tahniah kepada anda!

Saya tidak menyatakan usaha boikot ini adalah yang terbaik, namun sebusuk-busuk usaha mereka di mata anda, usaha mereka disasarkan untuk menyedarkan masyarakat. Lawak jenaka anda disasarkan untuk apa?

-Mereka melaungkan slogan “satu sen menyumbang kepada sebutir peluru membunuh kanak-kanak palestin” untuk memupuk kesedaran dan semangat ukhuwwah.

-Anda melaungkan slogan “peluru kita tertembak dinding” untuk memupuk kesedaran apa?

Maaf saya tidak melihat sebarang moral yang ingin anda sampaikan. Telah saya tegaskan, saya tidak bermasalah jika kita berbeza pendapat, bahkan saya tidak akan pernah sekali-kali mengkafirkan anda jika saya terlihat anda makan di McD, kerana kita mempunyai pandangan masing-masing dan saya menghormati pandangan anda. Namun aktiviti melawakjenakakan slogan dakwah ini cukup janggal di minda saya. Saya telah cuba meneliti idea ini dari pelbagai sudut agar saya mampu sama2 bersorak ria dengan anda;

Dari sudut politik, saya gagal ketawa.

Dari suduk akhlak islamiyyah, saya gagal ketawa.

Dari sudut dakwah, saya gagal ketawa.

Dari sudut social, saya gagal ketawa.

Dari sudut kemanusiaan, saya gagal ketawa.

Maka anda bebas menghukum saya jumud, fanatik atau emosional, namun saya gagal menipu diri sendiri dan anda bahawa setiap kali anda ketawa dengan jenaka itu, hati saya terguris.

Lawak ini kekal bagi saya sebagai lawak sinis yang menghiris.

Lebih jengkel lagi apabila lawak ini saya dengar dan tawa anda bergema di surau.

Sungguh tidak membanggakan!

7 Responses to “lawak sinis yang menghiris…”

  1. Ariff - Razman Bin Ahmad Amran 21 February 2009 at 6:19 pm #

    LoL ;p boikot yahudi!!! xpe2, pasni aku pindah brand rokok drp marlboro dan salem kpd rokok 333 :B

  2. ... 23 February 2009 at 9:53 am #

    terpulang boikot atau x bergantung pd diri msg2, tp dalam kite nak tegakkan pendirian kite jgn sampai menyinggung pendirian org lain…. apatah lg melawakjenakakan usaha dakwah…

  3. Akmal 23 February 2009 at 5:19 pm #

    Salam..artikel yg cukup menarik..jenaka e2 x salah..tp ad gak batasnya..so, kna jg la..ALLAH kn x suka pd hamba2-Nya yg melampaui batas..semoga usaha kta diberi p’tolongan oleh-Nya, biarpun cuma sekecil2 bantuan yg diberi..

  4. jad 08040 24 February 2009 at 4:25 pm #

    erm…artikel yg bagus utk menyedarkan lg kpntingan usaha boikot ni…
    tp mcD juga berusaha membaiki perniagaan mereka…
    apa yg sy dpt ialah sehelai kertas yg disebarkn dan diterima oleh kakak sy dr rngkaian mcD…
    di kertas tersebut ada menulis (yg lbh krg) mc donald malaysia tidak terlibat dlm mymbang sebarang keuntungan utk menyokong kganasan di palestin…
    pastu ade tulis yg mcD ni ade wujudkn umah utk anak2 krg upaya (takabbur!!)
    di bhg terakhir pula, “McDonald Malaysia hanya membayar kpd cawangn utama kerana terlibat dalam penamaan ‘McDonald’” (daitai ayat die cmni r)…
    tp kne igt dr duit yg kite beli tu —–> Mcd msia bayar brape percent keuntungan dye kt cwgn McD utama (kt US klo x slap) ——-> dr duet tu la beli peluru spt yg dmaksudkn kat atas…
    sekian, wsalam….(sori pjg ler pulak)

  5. jad 08040 24 February 2009 at 4:30 pm #

    tmbh cket…
    cube bce ayat2 kt website ni

    http://www.mcdonalds.com.my/

  6. syana 23 January 2010 at 12:55 am #

    salam..
    skrg ni isu boikot mcm dh diam jek..
    kebykn org juz hangat2 tahi aym..
    huhu~
    hrp artikel ni dpt sedarkn dorg…
    amin~

  7. akmal ahmed 23 January 2010 at 2:09 am #

    amin….


Leave a Reply