Rogol-lelaki atau wanita yang salah?

rogolsalahsiapa

Saban hari kita dapat membaca kes-kes rogol yang semakin bermaharajalela di Malaysia. Surat khabar itu tidak dipanggil surat khabar jika di dalamnya tiada kes rogol. Teruknya Malaysia sehinggakan rakyatnya sudah hilang benci terhadap kes rogol seolah-olah maksiat ini sudah menjadi budaya orang Malaysia,budaya rogol merogol. Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan kes bayi yang umurnya tidak mencecah setahunpun dirogol,apakah kita masih boleh berdiam diri mendengar perbuatan ‘binatang’ itu?

Persoalannya,siapakah dalang di sebalik budaya rogol merogol ini,adakah lelaki ataupun perempuan?Kalau lelaki,lelaki yang macamana dan kalau perempuan,perempuan yang macamana?

Kita katakan yang patut disalahkan adalah perempuan,maka kita akan dapati perempuan ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis golongan,yang seksi dan yang alimah.Mesti anda akan salahkan yang seksi tapi cuba anda fikirkan, kalau ini angkara yang seksi,kenapa ada juga naqibah atau hafizah yang dirogol?Bukan semua yang seksi menjadi mangsa ‘binatang-binatang’ ini, boleh dikatakan ‘binatang-binatang’ ini membaham sesiapa sahaja,tidak kisahlah ustazah ataupun penyanyi rock.Tapi pada hakikatnya,saya bersetuju dengan anda yang mengatakan yang patut dipersalahkan ialah perempuan-perempuan yang seksi.Atas dasar perempuan yang seksi inilah yang menaikkan nafsu kebinatangan ‘binatang-binatang’ itu.

Kita ambil satu analogi,dalam sebuah akuarium ada 2 ekor ikan.Seekor ikan sifatnya pemalu dan satu lagi sifatnya suka menunjuk-nunjuk.Apabila datang seekor kucing, ikan yang suka menunjuk-nunjuk itu pun keluar dari kawasan persembunyian dan mengejek-ngejek kucing tadi menyebabkan kucing tadi kegersangan,tapi kucing tadi tidak berbuat apa-apa kerana masih mampu menahan nafsunya.Hari esoknya,perkara sama masih berlaku dan kucing itu masih mampu menahan nafsunya.Tetapi tidak pada hari berikutnya,disebabkan terlalu gersang,kucing tadi berusaha untuk mencapai akuarium itu dan dengan tangannya,dia mencari mangsanya.Malangnya, mangsanya adalah ikan pemalu.Jadi,adakah hal ini boleh disalahkan ikan pemalu hingga menyebabkan dirinya terkorban?Jelas sekali, ikan yang menunjuk-nunjuk yang patut dipersalahkan disebabkan menaikkan keghairahan si kucing.

Begitulah dengan perempuan,maksiat ini bukanlah berpunca daripada perempuan yang menutup aurat,yang menjaga batasan pergaulan tetapi berpunca daripada perempuan-perempuan yang mendedahkan aurat,yang bergaul bebas,yang murah.Murah?Kenapa saya menggunakan perkataan murah?Adakah perempuan merupakan satu benda yang boleh dijual beli sehingga perkataan murah dan mahal boleh digunakan ke atasnya?

Benar,Islam telah meletak harga seorang perempuan itu di tempat yang tertinggi berbanding lelaki.Sebagai contoh,dimanakah anda dapat temui baju bundle yang murah-murah?A’a,di tepi jalan,kawasan yang penuh dengan habuk debu,air kencing anjing dan percikan ludahan manusia.Tetapi dimanakah anda dapat temui baju jenama B.U.M yang mahal?Ya,di Hypermarket,tempat yang berhawa dingin,digosok tiap-tiap hari dan menjadi perhatian ramai.Begitu juga dengan perempuan,perempuan yang mahal harganya akan berada di dalam rumah,menutup auratnya,menjaga batasannya tetapi perempuan yang murah,berada di luar rumah,mendedah auratnya dan bergaul bebas.Anda di pihak yang mana satu?

Jadi,adakah ini semua salah perempuan?Budaya rogol merogol ini berpunca daripada kaum Hawa?Tidak,yang bulat takkan bergolek jika yang pipih tak datang melayang,tepuk takkan berbunyi jika sebelah tangan sahaja. Lelaki juga harus dipersalahkan di dalam budaya ‘kebinatangan’ ini.

Orang Melayu selalu cakap,lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu dan perempuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu,saya cuba mencari sumbernya adakah ayat ini ialah hadis atau kata-kata ulama,pencarian saya bertemu dengan jalan mati.Tetapi saya yakin ia bukanlah hadis atau kata-kata ulama, sebaliknya kata-kata hikmah Pak Tua.Jika benarlah ayat ini,maka terbukti bahawa lelakilah dalang di sebalik budaya ‘kebinatangan’ ini.Pelik,kenapa saya menyalahkan lelaki kalau lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu?

Sebagai contoh,apabila seorang lelaki menerima sebuah buku lucah,lelaki itu mampu untuk memikirkan kandungan buku itu menggunakan 1 akal khas berbeza dengan wanita yang terpaksa menggunakan 1 akal yang mana akal itulah yang digunakannya untuk belajar,akal itulah yang digunakan untuk bermain dan akal yang sama digunakan untuk beribadah.Jadi,perempuan mempunyai ruang yang sedikit untuk memikirkan sesuatu berbanding lelaki yang mempunyai 9 akal,lelaki mampu untuk melabelkan akal-akalnya mengikut kehendaknya,ini akal seks,ini akal ibadah,ini akal belajar,ini akal bermain dan sebagainya.Jadi,dengan akal inilah lelaki menjadi sehina-hina makhluk.Dengan akal inilah,lelaki telah meletakkannya di tapak kaki binatang.

Islam menganjurkan kepada para lelaki yang tidak mampu menahan nafsunya, yang telah gersang,yang telah menyediakan akal yang khas untuk seks, supaya berkahwin.Maksud sabda nabi, “Perkahwinan menutup sebelah mata kamu dari memandang wanita.”Jadi,bersesuaian dengan ayat ini, berkahwinlah.Perkahwinan di dalam Islam bukanlah mewajibkan lelaki untuk menyediakan seekor lembu untuk melansungkan perkahwinan,tetapi pasangan.Jika ada pasangan,kahwinlah.Ingat,bukan lembu yang nak kahwin,tetapi anda dan pasangan anda.Jika anda tidak mampu untuk berkahwin,berpuasalah,jika tidak mampu juga,ada yang tidak kena dengan puasa anda,Muhasabah lah!

Allah berfirman yang mafhumnya, “Di neraka akan Ku penuhi dengan jin dan manusia,mereka ada akal tetapi tidak berfikir,ada mata tapi tidak melihat,ada telinga tetapi tidak mendengar,mereka adalah sehina binatang ternakan bahkan lagi teruk darinya.”

Jika dirujuk firman Allah itu,kita akan dapati bahawa orang yang tidak menggunakan akalnya dengan sebaik mungkin lebih teruk daripada binatang ternakan.Bila dirujuk makna binatang ternakan,kita akan dapati bahawa babi juga merupakan binatang ternakan.Jadi,adakah kita lebih teruk daripada babi?Fikir-fikirkanlah….

Wallahua’lam.

Related posts:

  1. Wanita dan Kesihatan : Salah faham tentang PMS
  2. Wanita daripada rusuk lelaki?
  3. Sememangnya lelaki cair pada wanita
  4. Wahai lelaki, apa yang kamu dapat sebenarnya??
  5. Tom And Jerry-Siapa salah?

Categories: Azzariyat, Mesti Baca

Comments (3)

...

February 24th, 2009 at 5:09 pm    


saya antara org yg cenderung untuk berpendapat seruan ke atas lelaki untuk menjaga solat jemaah harus sekeras seruan ke atas wanita agar menjaga maruah…….. ;)

uwa|s a|-Qarn|

February 24th, 2009 at 5:23 pm    


ketahuilah bahawa sesetengah mazhab di dunia ini mewajibkan lelaki untuk solat berjemaah

serangkai

February 26th, 2009 at 11:22 am    


semoga ramai mengetahuinya…. ;)

Leave a reply

Name *

Mail *

Website