2 March 2009 12 Komen

Suasana Sudah Berubah

suasanaberubah

Oleh : konokokoro

Alhamdulillah..sedar tak sedar sudah 2 tahun dihabiskan di JAD. Banyak kenangan pahit manis diperoleh bersama teman-teman, sempai dan kouhai tachi. Ya, suasana sudah berubah. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberkati bumi JAD. Mungkin post ini berbentuk peribadi sedikit, tapi inilah sedikit sebanyak coretan dari saya, jousei toshite di JAD. Disinilah saya berkenalan semula dengan Pencipta sekalian alam, mengingati janji yang telah dibuat semasa di alam roh. Di sini saya ditarbiyah, belajar dan memahami makna syahadah, tujuan hidup dan arah tuju hidup selepas ini. Sempai tachi,arigatoune…

Rasulullah Saw. suatu waktu berkata pada Ali r.a., “Demi Allah, seseorang yang memperoleh petunjuk dari Allah SWT karena ajakanmu, nescaya hal itu lebih baik dari unta yang berwarna merah,” (HR Al-Bukhari dan Muslim).


Rasulullah SAW menyebut unta merah, kerana unta merah adalah unta yang paling baik masa tu. Pada zaman sekarang, nilai kebanggaannya boleh disamakan dengan kenderaan mewah seperti porche atau ferrari.

Rasulullah Saw. juga pernah bersabda, “Seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimintakan ampun oleh segala sesuatu hingga ikan-ikan yang ada di lautan,” (HR At-Thabarani dan perawi yang lain).

Semoga kita semua tergolong di kalangan mereka yang beruntung. Suasana sudah berubah.

Dulu…

“Weekend ni ade program dekat masjid Bangsar, ustaz tu best…jom gi nak?”

“Hm, x kot…da janji ngan diorang nk gi midvalley weekend ni”

Kini…

“Xde program ke ceramah ke qiam ke hujung minggu ni?Dah lama jiwa ni tak terisi..”

“o0o..stakat ni cm xde lagi..”

“hm, kalau ade bgtau ek..nk pegi..”

Dulu…

“ala…shukudai x siap lagi…tlg ckp  dkt akak tu aku x dpt nk g usrah…gomen”

Kini…

“dah lame x usrah…rindu dkt k.hanom n fatih…J”

Dulu…

“dah lame x shopping ni..boring dh paka baju tu la jah…”

Kini…

“dah lame x bersihkan harta..tabung palestin mane kakda?dah x kutip ke?”

“kat mane ek nak cari stoking yg x nipis?”

Dulu…

“ade novel or komik x?boring ni…”

Kini…

“nk pinjam buku tentang sirah rasulullah boleh?”

Dulu kalau ditegur…

“sukati ar…”

Kini…

“kalau sy marah2 ke bising ke tolong tegur ek…”

Dulu kalau jumpe yaegashi sensei…

“handsomenye sensei…”

“haah, smartnye abg yae..”

Kini…

“sae, smart gle abg yae..”

“g, xbaek,zino mata….”

Kalau isu boikot plak….dulu…

“susup2, jgn wi dzu napok….kekgi kene ngepek…”

Kini…

“brg ape lg yg kte kene boikot?”

“dzu, nak mkn kfc bleh dop?”

Dulu…kalau berkumpul,

“semalam aku gi sunway…byk sale..”

“tadi aku nmpak bdk 2 org tu g mkn sama2 kt sha2..kankei ga aru rashiina…”

Kini…

“semalam saya ade bace satu hadith ni, ttg kepentingan solat jemaah..”

“mcm mane ek nk bantu sahabat kte yg terlibat dgn benda2 x elok?”

Dulu…ramai yg prefer study kt utility ro0m…

Kini…setelah keluar artikel ttg ikhtilat kt azzariyat, ramai yg study dkt rumah shikin dgn rumah mas

Dulu…surau tbp perempuan sunyi tiada pengunjung…

Kini, lepas solat subuh pun boleh baca al-ma’thurat secara berjemaah…

Dulu…antara maghrib dan isyak ramai yg pegi makan atau wat hw atau tido..

Kini, ramai yang turun berjemaah dan manfaatkan waktu tu utk mengaji n belajar mengaji…

Dulu…dkt surau unisel, siapa yg ambil wudhu’ dulu, terus solat…

Kini, semua ambil wudhu’, solat sunat rawatib dan tunggu rakan2 lain utk solat jemaah sama2…

Dulu…mase ceramah hari khamis, semua ambil peluang utk borak2 dgn rakan2..

Kini, ramai yang pegang buku nota dan pen mase ceramah…

Dulu…azzariyat byk yang x diambil dan kelas bersepah…

Kini, ramai yang tertanya2, kenapa azzariyat x keluar lagi ni?

Banyak yang telah berubah sampai tak tertulis disini. Alhamdulillah…Allah melimpahkan rahmatNya di bumi JAD. Alhamdulillah…Allah pancarkan nur hidayahNya pada student2 JAD.

InsyaAllah…aktiviti-aktiviti dakwah akan terus mekar di bumi JAD sehingga membuahkan bi’ah solehah di JAD. Semakin ramai yang menjadikan islam sebagai cara hidup dan semakin ramai yang suka mempelajari ilmu agama dan berkongsi dgn org lain.

Seruan saya buat semua rakan-rakan perempuan di JAD, marilah bersama2 mencari keredhaan Allah. Belajarlah, berkongsilah, beramallah selagi berkesempatan.

Seorang ahli bijaksana ada berkata:

“Mulakanlah tarbiyyah anakmu 20 tahun sebelum anak itu dilahirkan”

So, we have to start from now. Demi melahirkan generasi-generasi yang akan berjihad menegakkan agama Allah bersama-sama nabi Isa dan imam Mahdi pada masa akan datang, kita perlu membuat persediaan dari sekarang.

“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Ar-Ra’d:11)

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Hadid:16)

Kita ambil sebuah analogi. Bayangkan, setiap hari rakan serumah anda akan mengetuk pintu anda untuk gerak anda solat subuh. Hari pertama ketuk, anda x bangun. Hari kedua pun begitu juga. Hari ketiga pun x bangun jugak. Jadi, mochiron selepas seminggu@sebulan@setahun dia berbuat demikian pasti akan terdetik, xpayah la kejut dah esok pagi. Bukan dia nak bangun solat pun. Jadi, sahutlah seruan hidayah Allah apabila Dia mengetuk pintu hati anda. Kerana mungkin selepas ini tiada lagi sinaran hidayahNya buat kita.

Semoga kita semua di beri kekuatan untuk terus taat pd perintah Allah SWT dan semoga sentiasa disuluh hidayahNya. Amin…

12 Responses to “Suasana Sudah Berubah”

  1. kami 2 March 2009 at 2:42 pm #

    assalamualaikum…
    apabila terbaca artikel nie saya kembali mengenang sejarah silam di JAD…mgkin betul spt apa yg artikel ni utarakan..alhamdulillah Allah melimpahkn nur hidayahNYA di bumi JAD ni…semoga bumi ini terus dilimpahi barakah…semoga kita semua kekal dibawah rahmatNYA

  2. ... 2 March 2009 at 4:11 pm #

    tergelak dalam air mata…. huhu (mode jiwang)…
    teringat dulu2 selalu balik umah time hujung minggu (mentang2 uma dekat) semata-mata sebab nak ponteng usrah… huhu (sori abg kamarul)… tapi disebabkan die sgt baik n x pernah marah2 n x pernah paksa dtg, lame2 rase segan n terus pergi…

    well, seperti juga anda yg menulis, sy juga bnyk terkesan dgn aktiviti2 dakwah di JAD, kalau tidak dulu nak sembahyang pun rasa cam malas2, skang kalau terlepas solat jemaah rasa malu sgt… kalau nak cerita perubahan dulu ngan skang lak, mahu jadi satu artikel baru lak nanti, marah lak team azzariyat…

    ala kullihal, semoga segalanya tidak berakhir di sini bahkan harapnya semua kekal istiqamah… fastaqim kama umirta (budak KISAS mesti bangga baca moto sek die, kalau ade la)….

  3. semut merah 3 March 2009 at 3:09 am #

    sugoi desu ne
    betul..betul..betul..
    saye juge dapat rase seperti ape yg cik konokokoro rase
    cume x de bakat nk tulis article sebaik ni
    hehe
    semoga kite sume terus menerus diberi hidayah oleh Allah s.w.t
    kerana dengan hidayah Allah lah,kite akan tetap terus hidup di atas landasan yang betul
    yaegashi sensei…dunia semata-mata tu
    hehehe
    best r article ni
    hahaha
    ok
    koko made ne

  4. ikhwan 3 March 2009 at 3:44 am #

    alhmdlh moga2 suasana yg baik dpt pula diwjdkn oleh setiap bdk2 jad tk kira dimana berada…

  5. semut merah 3 March 2009 at 4:43 am #

    “ Tidak duduk satu kaum mengingati Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung melainkan para malaikat akan mengelilingi mereka melimpahkan ke atas mereka rahmat, menurunkan ke atas mereka ketenangan dan Allah aku menyebut –nyebut mereka kepada makhluk yang ada disisiNya” ( Riwayat Muslim)

  6. ixora 3 March 2009 at 9:49 am #

    when i read this article,it is really interesting.what have been said by writer no doubt,it is true..it is really gud to improve in a better way.i also felt grateful to Allah 4 giving me this opportunity to be here in jad..it is also 4 our preparation when we start our journey soon in japan.so here we make the preparation to face any obstacles there,so that we will not be influenced by any bad things that is not suitable to be applied as a muslim in our lyfe..

  7. uwa|s a|-Qarn| 3 March 2009 at 12:20 pm #

    artikel ni wat aq nangis..

  8. ... 6 March 2009 at 4:11 am #

    nangis ke uwais…. alalalala… nanti kite wat reunion eh… huhu

  9. 7 6 March 2009 at 8:28 am #

    “Dulu…ramai yg prefer study kt utility ro0m…”

    ayat ni mmg ade kankei dgn sy…
    tp skang da x ske study kt c2…
    sm0ge kouhai sem dpn take over dgn baik bilik tu

  10. ... 7 March 2009 at 5:48 pm #

    harapnyer begitulah…..

  11. biskut marie 8 March 2009 at 8:56 am #

    Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam::wujud tapi amat sukar dilihat.
    keikhlasan dlm dirilah yg diukur,bukan berapa byk amalan yg dihitung~

  12. tadanoningen 9 March 2009 at 12:39 am #

    betul tu..
    tak sangka…ish3..


Leave a Reply