Fakta atau auta?

Anda pernah menaip nama anda sendiri di enjin carian seperti Yahoo, Google, atau Altavista? Apakah hasilnya?
Entri kali ini, saya ingin berkongsi beberapa fakta dengan anda semua.
Fakta #1 – Jika anda menaip ‘azzariyat’ di enjin carian Google, nescaya anda akan dapati bahawa blog Azzariyat berada di tangga teratas! Blog Azzariyat berada di tempat pertama dalam Google! Tepuk tangan untuk semua pelajar JAD! Tak percaya? Cuba sendiri.
Fakta #2 – Ketika entri ini ditulis, blog Azzariyat sudah menerima 7606 kunjungan dari serata dunia dan telah menerima senyak 160 komen! Terima kasih yang tidak terhinga kepada semua!
Fakta #3 – Trafik paling sibuk untuk blog ini ialah pada 14 Februari 2009. Blog Azzariyat menerima 321 kunjungan pada hari tersebut. Kenapa? Kita fikir sama-sama.
Fakta #4 – Entri yang paling banyak menerima komen ialah entri ‘Ikhtilat-Satu kemusykilan…’ dan ‘Aku dibius cinta’yang menerima sebanyak 11 komen.
Fakta #5 – Manakala page yang paling banyak menerima komen ialah ‘Azzariyat Crew‘ iaitu sebanyak 22 komen (setakat ini)!! Terima kasih kepada Cik Ano.
Fakta #6 – Blog ini akan mencapai usia setahun pada…. (Sila teka!)
Entri ini ditulis bukanlah untuk menunjukkan bahawa kami sudah cukup gembira dan berpuas hati dengan pencapaian yang tidak seberapa ini. Tetapi kami ingin menunjukkan bahawa Azzariyat berjaya melangkah satu lagi tapak ke hadapan adalah kerana jasa semua pembaca Azzariyat.
Dan kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua pembaca kerana sentiasa menyokong kami.Terutamanya kepada semutmerah, konokokoro, fahrin, dan semua pembaca setia Azzariyat.
Jutaan terima kasih kepada anda semua.






semoga Allah memberkati usaha kita semua
buang yang keruh ambil yang jernih
Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Keadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman. Iaitu, apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya.”
( Riwayat Muslim drpd Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a)
bagus2..teruskan usaha!
congrats AZZARIYAT!!keep it up
cube taip name aq..hahahha
TAHNIAH.
Semoga usaha antum diberkati oleh ALLAH.
THNX jugak untuk semua artikel yang sangat baik, Alhamdulillah.
tahniah…teruskan usaha^^