Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga
Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)






n|ce art|kel…komen ni panjang skit..
)
hadis last skali tu pernah dikupas oleh Ustat Kazim Alias.Katanya, “solat 5 waktu itu senang, puasa pom senang,jaga kehormatan pom senang tapi untuk mentaati suami bukanlah perkara yang senang bagi sorang wanita.Kalau suami anda tengah makan dan die suh anda makan sayur tapi anda cakap anda x makan sayur,ha tu da kire nusyuz.”
Memang la agak ekstrim utk judge nusyuz dengan tahap tu,tu just gambaran yg ustat kazim bagi supaya isteri mematuhi suaminya dalam semua aspek.
Perhatikan skali lagi hadis last tu,Rasulullah da susun difficulty level die.Mule2 yg senang,jage solat.Xyah berjemaah pom xpe,asalkan jage solat.Pastu puase,puase senang gak.Jage kohormatan ni susah skit,knape susah? Sbb sume wanita skang nak berfesyen,mereke xsedar yg mreka sdg bertabarruj.Last skali taati suami,skang ramai yg suami takot ngan isteri.Istri cenggini neraka la tempatnye.Kan Azz pernah terangkan 1 kisah sal wanita pertama yg masok syurga,yang menarik tali unta saidatina aishah.Tiada amalan spesel yg pompuan tu wat kcuali mentaati suami dan membiarkan suaminya berasa selesa dengannya.
Kpd kaum wanita,anda harus ingat bahawa anda adalah ladang bagi kaum lelaki selepas anda berkahwin.Firman Allah, “istri2 mu adalah ladang bagimu(suami),maka datangilah mereka dengan cara yang kamu suka.”Memang nas tu ditujukan khas buat kaum lelaki tapi cube fikir kenapa Allah samakan anda dengan ladang?Apa sifat ladang hingge Allah menyamakan anda dengannya?Pk-pk kanla..(aq malas
x fhm. np pmpn disamakan dgn ladang. mntk share ilmu anda. thanx
hoho…
nusyuz no koto nan desga..
ana pon slalu ditanye dan slalu diperingatkan…
” bagaimana boleh berlakunya nusyuz?”,tnye seorang hamba.
“apabila berlaku ketidakpuasan hati suami…” bisik hati kecilku.
kowaiiiina!
kowaiine..
Salman Al-Farisi r.a. kepada Abu Dardak r.a. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi s.a.w.:
“Sesungguhnya Tuhanmu ada hak ke atasmu, dirimu ada hak ke atasmu dan keluargamu ada hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Bukhari).
bukan suami je ade hak untuk ditaati, isteri pun ade hak untuk dipenuhi… bukan isteri je patut takut dengan nusyuz, lelaki pun patut takut dengan dayus…
sekadar peringatan….
diciptakan wanita dari tulang rusuk Adam,
bukan dari kepala untuk jadi atasannya,
\atau dari kaki untuk jadi alasannya,
tapi dekat di tangan untuk dilindunginya,
dan dekat di hati untuk disayanginya…
takutnye..
tp x pe..
kawin lambat lagi
leh lagi menuntut ilmu utk jadi isteri solehah
pak cik tahir dah jeling2 tu, entah2 masin mulut uwais…