Menentang politik?jangan sesekali!

jangan-menentang-politik

Sebulan dua kebelakangan ini,negara kita digegarkan dengan berita-berita politik yang cukup hangat.Daripada pertukaran kerajaan di Perak, pertukaran Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri ke-6 Malaysia,dan kemenangan Parti Perikatan di dua bukit.Semua ini sudah cukup untuk menggambarkan kepada kita betapa kecohnya negara kita sekarang.Sistem demokrasi dan konsep raja berdaulat yang selama-lama ini dipuja kini dipijak-pijak oleh orang kita sendiri.Kini,ramai di antara kita yang sudah jemu dengan percaturan politik negara sehingga mampu mengeluarkan, “aku memilih untuk tidak berpolitik.”Ketahuilah, sesungguhnya pilihan ini bercanggah dengan konsep Islam.

Apa pendapat anda dengan cerita-cerita aq ini?

Cerita 1:

Aq ada seorang kawan,namanya Ecah(bukan nama sebenar).Ecah ini baik orangnya,kalau aq turun surau,aq selalu nampak seliparnya.Kalau ada seliparnya,kompom ada tuannya.Kalao aq tak turun surau pon,kawan aq cakap Ecah turun surau.Alimah katakan.Tapi satu je yang orang xske kat Ecah ni,walaopon die kaki surau,die ni freehair.Puas orang nasihatkan,tapi sampai sekarang masih tidak bertudung.Adakah Ecah boleh dianggap sebagai muslimah sejati?

Ucop(bukan nama sebenar) merupakan seorang ketua BADAR. Bab surau,dia nombor 1,bab tazkirah,dia nombor 1,bab qiamullail,dia jugak yang nombor 1.Ala-ala dewa la dia ni.Tapi,malam-malam dia selalu study ngan sorang pompuan kat tempat-tempat tertutup.Adakah Ucop boleh dianggap sebagai muslim sejati?

Pasti jawapan anda tidak?Mengapa?Sebab Ecah dan Ucop tidak mengamal Islam secara menyeluruh.Dari sudut ibadah mereka no.1 tapi dari sudut pergaulan lelaki dan perempuan,dari sudut aurat,mereka tinggalkan.Mereka ambil apa yang mereka rasa sesuai dengan kehendak mereka. Mereka mengagungkan nafsu sehingga mereka sanggup mengubah Islam mengikut kehendak mereka.Mereka lupa akan ayat al-quran yang dibaca nabi dalam khutbah widaknya, “maka pada hari ini telah sempurnalah agama.”

Sempurna boleh disamakan dengan perkataan lengkap,mantap dan sesuai.Contoh ayat,makanan ini telah sempurna.Maknanya,tidak perlulah untuk chef itu menambah garam atau apa-apa ke dalam makanan itu.Kerana apa?Kerana makanan itu telah sempurna.Begitu juga dengan agama, Allah yang Empunya agama itu sendiri mengakui bahawa pada hari itu,lebey kurang 1430 tahun yang lalu,agama ini telah sempurna.Maka tidak perlulah kita menambah,mengurang atau mengubah agama itu sendiri.Tindakan Ecah dan Ucop dalam memilih amalan yang mereka ingin laksanakan bercanggah dengan prinsip kesempurnaan agama itu sendiri.Tindakan meninggalkan amalan wajib dan melaksanakan amalan haram seakan-akan telah mengubah agama itu sendiri.Mereka lupa akan firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang beriman,masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh

Melalui ayat ini,dapat kita ketahui bahawa Allah mengarahkan orang beriman(insya Allah kita) supaya mengamalkan Islam secara menyeluruh. Menyeluruh diertikan sebagai kesemua.Sebagai contoh,seluruh pelajar JAD wajib pergi ke Kem Janda Baik pada hujung minggu ini.So,siapakah yang wajib pergi ke kem pada hujung minggu ini?Pelajar batch 3?Pelajar batch 4?Atau pelajar batch 5?Tidak,semua orang wajib pergi kerana arahan itu ditujukan khas buat seluruh pelajar JAD.Apabila Allah mengarahkan kita mengamal Islam secara menyeluruh,maka wajib ke atas kita untuk mengamal Islam secara menyeluruh.Ok,kita pause sebentar untuk kaitkan dengan tajuk asal post ini.

Tadi kita sama-sama setuju bahawa Ecah dan Ucop tidak boleh digelar muslim dan muslimah sejati,kerana apa?Kerana mereka tidak mengamal Islam secara menyeluruh.Jadi,adakah anda boleh dikategorikan sebagai muslim atau muslimah sejati apabila anda menyatakan , “saya memilih untuk tidak berpolitik”?Tidak! Kerana politik itu sebahagian daripada Islam.Tak percaya?

Ketahuilah sesungguhnya selepas peristiwa agung umat Islam,penghijrahan Rasulullah ke Yatrib,Rasulullah diangkat oleh kaum aus dan khazraj untuk menjadi pemimpin umat Islam di Madinah.Selepas dibai’ah,nabi selaku PERDANA MENTERI MADINAH ketika itu telah mengeluarkan undang-undang yang dikenali sebagai piagam Madinah.Inilah bukti nabi sebagai perdana menteri pada suatu ketika dahulu.

Pernah anda terfikir,apakah kerja sampingan nabi selain daripada berdakwah?Ya,kerja sampingan nabi ialah sebagai seorang perdana menteri. Nabi mentadbir kesemua jajahan Islam sehingga Islam ditakuti oleh musuhnya.Nabi sangat hebat dalam berpolitik.Setiap tutur katanya mampu merasuk jiwa yang mendengar dan akhlaknya menjadi kegilaan orang yang melihatnya.Salah satu bukti baginda hebat dalam berpolitik,semasa perang Hunain,Rasulullah ke medan perang dengan menunggang keldainya yang berwarna merah.Atas alasan apa?Rasulullah ingin menunjukkan betapa baginda merendahkan diri walaupun baginda ketua negara dan Rasul Allah.Inilah cara nabi berpolitik.

Kita bukan ingin mempersoalkan cara-cara nabi berpolitik tapi apa yang ingin diketengahkan,bolehkan kita menolak politik dalam hidup kita. Islam sangat-sangat mementingkan politik sehingga orang yang membawa Islam itupun berlatar belakangkan politik.Apabila kita mengatakan ‘tidak’ pada politik,kita seakan-akan mengatakan ‘tidak’ pada nabi.Jika pada kita politik boleh membawa kemusnahan,kita seolah-olah mengatakan cara nabi dulu membawa kepada kemusnahan.Wajarkah kita?Tidak sama sekali.

Ada orang asyik dengan ibadahnya sehingga melupakan isu politik,ini tidak betul.Ada orang asyik dengan politik sehingga terlupa untuk beribadah, ini juga tidak kena.Kedua-duanya salah.Kedua-duanya tidak mengambil Islam seperti mana disuruh oleh Allah.Jika anda boleh mengatakan Ecah dan Ucop salah,mengapa anda hanya berdiam diri atau mungkin anda juga bersetuju dengan kawan-kawan yang mengatakan tidak pada politik?Jika anda bersetuju dengan ideologi yang mengatakan ‘tidak’ pada politik,anda boleh disamakan dengan orang-orang yang mengatakan tidak pada qiamlullail kerana memenatkan orang yang ingin berkerja pada esok hari.Anda telah mengharamkan sesuatu yang dibenarkan oleh Allah.

Benar,aq juga akui bahawa politik sekarang terlampau kotor.Kejap rasuah sini,kejap rasuah sana,kejap lompat sini dan kejap lompat sana, kucar-kacir,haru biru dibuatnya.Tapi,nak tak nak,anda kena ikut.Kerana apa?Kerana ini,tanah ini merupakan tanah anda,negara anda dan wajib ke atas anda mempertahankannya.Anda membenci apa yang berlaku pada sekarang,lalu anda memilih untuk mengatakan tidak pada politik,apa yang anda dapat?Adakah anda mampu untuk memberhentikan segala penyalahgunaan kuasa yang berlaku sekarang?Adakah anda mampu membina negara Islam dengan hanya berdiam diri?

SULTOH-kekuasan.Sangat-sangat dituntut dalam menyebarkan agama.Jika diimbas kembali sirah Rasulullah,Rasulullah akan mengislamkan orang yang berkuasa dulu barulah orang bawahan.Bukan Rasulullah mengkastakan manusia mengikut kelas tapi inilah kuasa ‘sultoh’.Apabila ketuanya memeluk Islam,anak-anak buahnya akan ikut jejak langkahnya.Ketika Parameswara memeluk Islam,seluruh rakyat Melaka memeluk Islam.Inilah strategi dalam berdakwah,strategi dalam berpolitik Islam.

Jadi,amalkan lah Islam secara menyeluruh,jangan pilih-pilih.Jangan sesekali mempersoalkan kehendak Allah tapi persoalkanlah kehendak sendiri.Dalam surah As-Saf ayat terakhir,apabila Isa Ibnu Maryam bertanya kepada kaumnya, “Siapakah pembantu agama Allah?”Maka golongan hawariyyin bangun dan berkata, “kami lah pembantu agama Allah.”Perhatikan,golongan hawariyyin terus menjawab bahawa mereka merupakan pembantu agama Allah tanpa banyak soal.Kalau kita,mungkin kita akan persoalkan, “kenapa Alllah nak pembantu sedangkan Allah dah kuat?Kalo Allah nak pembantu bermakna Allah tak kuat..”Banyak lagi persoalan2 seperti ini akan timbul dalam hati kita.Semuanya berpunca kerana kita sudah terbiasa untuk menentang.Bagaimana sifat ini hadir dalam diri kita?Semasa kita memilih!

Apabila kita memilih,kita akan berfikir yang mana terbaik untuk kita tetapi kita tidak sedar bahawa fikiran kita terbatas.Kita tidak nampak maksud yang Allah ingin beritahu kepada kita apabila Dia mengarahkan sesuatu.Jadi,kita melakukan kesilapan.Oleh itu,dalam beragama,janganlah sesekali anda memilih.Lakukan kesemuanya tanpa tertinggal.Setiap arahan Allah,pasti ada hikmah di sebaliknya.Apabila Allah menghantar Muhammad bin Abdullah ke atas muka bumi ini,Allah menjadikannya sebagai seorang negarawan.Untuk apa?Untuk memberitahu betapa pentingnya berpolitik berbanding dengan perkerjaan-perkerjaan yang lain.Jadi,anda masih katakan ‘tidak’ pada politik?Fikir-fikirkanlah…

Related posts:

  1. Jangan Kecil Hati : Mencari Harga Diri Dalam Puji dan Keji
  2. Jangan Ikut Iblis Masuk Neraka!
  3. Jangan Tanggalkan Bajumu!!
  4. Jangan Pilih Bulu
  5. Jangan Berat Sebelah

Categories: Islam, Muhasabah

Comments (2)

nadia

April 20th, 2009 at 12:54 pm    


menarik..teruskan usah Az-Zariyat!!
lps ni xde la sy dlm dilema lgi..samede nk brp0litik ke x..

MUAZ

May 5th, 2009 at 10:34 pm    


btol2, artikel sgt berilmiah, thx…
jika kita berdakwah, bayangkn apa yg kita mampu buat jika kita bdakwah secara individu…xbanyak..

tp jika kita ada kuasa dlm politik negara, kita mampu berdakwah rakyat seluruh malaysia…

tp jgn risau, xsemua boleh jadi pemimpin, walaupun anda xleh jd pemimpin, anda ada kuasa utk memilih pemimpin yg bjuang utk islam….

Leave a reply

Name *

Mail *

Website