
Alhamdulillah,minggu ni aq dapat dengar ceramah daripada ustat Fairuz. Minggu lepas,ustat ade datang tapi aq terpakse kluar majlis disebabkan ade hal tertentu.Minggu ini ustat membincangkan tajuk menghormati para sahabat nabi,tajuk yang jarang disentuh oleh mana-mana penceramah.
Ustat memulakan ceramahnya dengan menegaskan betapa pentingnya solat yang kusyuk.Apabila sempurna solat maka sempurnalah amalan-amalan lain dan jika rosak solat maka rosaklah amalan-amalan lain. Hal ini dikuatkan lagi dengan sabdaan nabi yang berbunyi, “amalan yang pertama sekali dihisab oleh Allah di Akhirat kelak ialah solat.” Jadi,kita dapat simpulkan bahawa kunci syurga adalah dengan menunaikan solat dengan sempurna.Benar,kunci syurga adalah kalimah syahadatain namun tanpa solat yang sempurna maka kalimah itu di’pause’ sekejap oleh Allah.Diceluk Nya kita ke dalam api neraka yang menggelegak supaya bersih daripada sebarang dosa.
Aq rase aq pernah menulis tentang analogi pinjam pinggan tapi x ingat kat post mane,so aq tulis lagi skali.Jika kita pinjam pinggan daripada jiran kita dan kita menghantarnya pulang dalam keadaan yang pecah.Automatik jiran kita akan membuang pinggan itu ke dalam tong sampah.Jika kita menghantar pulang pinggan yang sedikit kotor,jiran kita akan membasuhnya dahulu barulah dia letakkan di atas rak pinggan.Dan kalau kita hantar pinggan yang bersih,jiran kita akan terus letakkan pinggan itu di atas rak pinggan.Macam kita,jika kita tidak beriman dengan Allah,Allah akan campakkan kita ke dalam neraka,jika kita ade buat sedikit masalah maka Allah akan masukkan kita ke dalam neraka dulu barulah Dia masukkan kita ke dalam syurga.Tetapi jika kita betul2 beriman kepada Nya, Dia masokkan kita ke dalam syurga secara terus.
Selepas menegaskan kepentingan solat,ustat terus masuk dalam perbincangan asal,menghormati para sahabat.Sabda nabi, “sebaik-baik kurun adalah kurun ini,kemudian kurun selepas kurun ini dan kemudian kurun selepas kurun itu.”Maksud kurun ini adalah kurun nabi bersama para sahabat,kurun selepas itu bermaksud kurun para tabi’ yakni mereka yang tidak sempat bertemu dengan nabi tetapi sempat bertemu dengan para sahabat dan kurun selepas itu adalah kurun tabi’ tabi’en.
Sahabat yang paling high ranking diberi gelaran ahlul badr seramai 313 @ 315 orang.Sahabat-sahabat ini merupakan orang-orang yang menyertai nabi dalam perang badar al-kubra.Kenapa mereka high rank?Cuba hayati betul-betul peristiwa badar al-kubra,anda akan mengerti.
Peristiwa badar al-kubra merupakan perang pertama umat islam. Walaupun umat Islam sudah mempunyai negara yang sendiri,Madinah, tetapi ekonomi Islam masih belum maju.Banyak sekatan dilakukan oleh pihak quraisy sehingga nabi menghantar utusan-utusan bagi memerangi mereka.Pergerakan2 ini dikenali sebagai siriyah.Tatkala perang badar tercetus,bilangan umat islam hanya 313@315 manakala kafir pula 1000 orang.Tatkala itu juga,umat islam hanya menggunakan pelepah tamar,kapak,cangkul sebagai senjata manakala pihak musuh berbaju perang lengkap.Cuba anda bayangkan,mana tidak cuaknya.Tambahan pula, ini peperangan pertama yang mereka sertai,tanpa pengalaman,tanpa senjata,sememangnya hal ini mampu mengoyangkan kaki sang pejuang.Tapi mereka tempuh juga,mereka mara juga,demi agama tercinta. Jadi tidak hairanlah mereka diberi gelaran yang tertinggi.
Sahabat2 nabi tak kisahlah ahli badar ke tak asalkan dia hidup bersama nabi,mereka semua diredhai oleh Allah semasa mereka hidup lagi dan mereka juga meredhai Allah.Apa jua rintangan yang datang,badai ombak datang melanda,mereka kukuh berdiri mempertahankan agama Allah. Mereka setia dengan nabi tatkala Islam belum lagi diterima masyarakat, mereka sabar bersama nabi tatkala orang memulau Islam dan mereka menyokong nabi tatkala nabi tertekan.Taqwa tinggi mana pun kita, kusyuk mana pun solat kita,baik mana pun kita,kita takkan dapat gelaran radhiallahuanh.Gelaran itu khas buat para sahabat sepertimana gelaran Tun Sri itu khas buat bekas perdana menteri.
Rasulullah pantang sesiapa yang menghina sahabat baginda.Sabda Rasulullah, “sesiapa yang menghina sahabat-sahabatku,dia seolah-olah telah menghinaku.”Tambah baginda lagi,” jangan kamu hina sahabat Muhammad,dengan mereka sedetik(atau sesaat) bersamaku adalah lebih baik daripada kamu beribadah sepanjang tahun(lain hadis:selama kamu hidup).”Rasulullah juga menerangkan nilai sahabat baginda kepada baginda dalam sabdaannya yang berbunyi, “jika kamu belanjakan emas sebesar gunung uhudpun,takkan sama dengan nilai seorang sahabatku.”
Semuanya kerana mereka berada di sisi baginda tatkala Islam masih lagi berada pada peringkat awal.Cuba bayangkan,senang atau susah untuk anda kukuhkan satu persatuan baru di tempat anda belajar?Bukan perkara yang senang.Anda harus berkorban,rakan-rakan kelab harus berkorban.Begitu lah dengan para sahabat,banyak perkara mereka telah korbankan demi Muhammad.Malah,ada yang mengorbankan benda paling berharga dalam hidup satu makluk yang bernyawa yakni nyawa.Kita?Apa yang kita telah korbankan demi Islam?Kalau kita dah korbankan,berapa banyak? Fikir-fikirkanlah.
Ada 10 orang sahabat yang semasa mereka hidup lagi nabi dah jamin mereka masuk syurga.Alangkah bertuahnya mereka.Mereka ialah:
ABU BAKAR AS-SIDDIQ (r.a)
UMAR AL-KHATAB (r.a)
UTHMAN B AFFAN (r.a)
ALI B ABI TALIB (r.a)
SA’AD B ABI WAQASH (r.a)
ABDUL RAHMAN AL-AUF (r.a)
SA’ID B ZAID (r.a)
TALHAH B UBAIDILLAH (r.a)
ABU UBAIDAH IBNU JARR (r.a)
ZUBAIR B AL-AWWAM (r.a)
p/s:ni copy drpd blog kouhai.Sebab aq x sempat nak salin semua dan ustat just terangkan Abu Bakar dan Umar sahaje.Keterangan mengenai mereka yang lain ada dalam blog tersebut.
Abu Bakar As-Siddiq:
Abu Bakar As-Siddiq.Nama yang cukup gah,orangnye penuh dengan sopan santun dan budi bahasa.Tidak suka gunakan kekerasan kecuali perkara-perkara berkaitan dengan Islam.Abu Bakar mengisytiharkan perang kepada golongan yang tidak membayar zakat dan golongan yang murtad. Kenapa Abu Bakar diangkat oleh nabi dan dijamin sebagai salah seorang yang wajib syurga?Malah ada satu cerita,Jibril bercerita kepada nabi, “suatu hari aku melawat satu syurga.Aku terbang di dalam syurga itu sehingga aku keletihan namun tidak juga ku jumpai penghujung syurga itu. Aku bertanya kepada Allah, “Ya Allah,siapakah pemilik syurga ini?”Lalu Allah menjawab,”Syurga ini milik As-Siddiq.”"
Cuba kita imbas kembali siapa Abu Bakar yang sebenarnya.Abu Bakar merupakan orang yang terawal memeluk Islam.Apabila dia memeluk Islam,dia bertanya kepada nabi, “apa tugasku sekarang?” Nabi menjawab, “sebarkan Islam.”Abu Bakar lakukan apa yang nabi suruh,hasilnya,dia berjaya mengislamkan 8 orang baru.Daripada 8 orang itu pula Islam berkembang,bermakna,semua pahala pengislaman sahabat-sahabat yang lain,Abu Bakar mendapat sharenya.Hal ini boleh disamakan dengan Multi-Level-Marketing.Orang atas mendapat share orang-orang bawahnya.
Selepas nabi menceritakan peristiwa ajaib,Isra’ Mikraj kepada Abu Jahal,Abu Jahal terus mencari Abu Bakar dan mengkhabarkan cerita ajaib itu.Abu Bakar dengan tegasnya berkata, “aku percaya,malah kalau Muhammad itu pergi lebih jauh daripada itupun aku percaya.”Perhatikan,sebelum mendengar cerita ini daripada mulut nabi sendiri pun Abu Bakar sudah membenarkan peristiwa ajaib ini,kalau dia dengar daripada mulut nabi sendiri?Kompom la lagi dia percaya.
Semasa sahabat-sahabat lain berhijrah,nabi tidak membenarkan Abu Bakar berhijrah bersama mereka.Nabi meminta Abu Bakar menemaninya. Apabila perintah hijrah sampai kepada Rasulullah,Rasulullah memberitahu Abu Bakar bahawa mereka akan berhijrah cuma masanya belum tiba. Malam(riwayat lain kata pagi) Rasulullah keluar rumah untuk berhijrah, Rasulullah pergi ke rumah Abu Bakar bagi menjemput dan bersiap untuk berhijrah.Rasulullah mengetuk pintu rumah Abu Bakar dan apabila Abu Bakar membuka pintu rumahnya,alangkah terperanjat Rasulullah melihat Abu Bakar sudah siap dengan 2 ekor unta untuk berhijra.Rasulullah bertanya, “sejak bila lagi kamu bersiap wahai Abu Bakar?”Abu Bakar menjawab, “selepas engkau memberitahuku perintah hijrah telah sampai kepada kita.”Ya Allah,alangkah besarnya iman Abu Bakar ini.
Semua orang tahu,semasa Rasulullah dan Abu Bakar berhijrah,mereka berdua berehat di dalam sebuah gua.Dalam gua itu,dek terlampau letih, Rasulullah tertidur di atas paha Abu Bakar.Tatkala Rasulullah tengah tidur, datang seekor ular yang berbisa.Sebelum teruskan cerita ini,aq da wat kajian perihal ular di padang pasir dan untuk pengetahuan anda semua, kesemua ular di padang pasir berbisa dan mampu membunuh.Tiba-tiba ular itu menggigit tangan Abu Bakar.Abu Bakar meletakkan batu(ada kata kayu) di dalam mulutnya bagi menahan kesakitan dan supaya dia tidak mengeluarkan suara sehingga Rasulullah terjaga daripada tidurnya. Bayangkan betapa sakitnya dia sehingga air mata mula mengalir keluar, membasahi pipinya.Kemudian ditakdirkan Allah,air mata tadi jatuh ke atas muka baginda dan menyebabkan baginda terjaga daripada tidur.Rasulullah bertanya kepada Abu Bakar,” kenapa kamu menangis?” Abu Bakar menceritakan segala-galanya.Mendengarkan cerita Abu Bakar itu, selapuk kaca pada mata insan agung itu retak,lalu pecah,menyebabkan mutiara-mutiara mula mengalir membasahi pipinya.Lihatlah,bukan senang nak dapat gelaran seagung itu.Kita?
Sebelum perang Tabuk,nabi telah mengiklankan kepada muslim sekalian untuk menginfakkan harta ke jalan Allah.Pagi keesokannya,Rasulullah berjumpa dengan hazrat Jibril.Ketika itu nabi melihat Jibrail memakai baju daripada guni dan berbutangkan duri.Nabi hairan lalu bertanya, “kenapa kamu berpakaian sedemikian rupa wahai jibrail?”Jibrail menjawab, “ketahuilah oleh mu wahai Muhammad,sesungguhnya semua malaikat yang berada di langit juga berpakaian sebegini kerana Abu Bakar telah menginfakkan hartanya sehingga dia berpakaian sebegini.Allah memuliakannya.”Lalu nabi berjumpa dengan Abu Bakar, “apa yang telah kamu infakkan ke jalan Allah?” Abu Bakar menjawab, “seluruh hartaku.” Rasulullah bertanya lagi, “apa yang kamu tinggalkan untuk isteri dan anakmu?” Abu Bakar dengan tenang dan yakin menjawab, “Allah dan Rasul.”
Betapa eratnya hubungan manusia ini dengan Rasulullah sehingga dia mampu merasakan saat ajal baginda akan tiba.Tatkala Rasulullah menyampaikan khutbah widak,semua orang bergembira kerana pada hari itu agama telah sempurna,tapi tidak pada Abu Bakar.Abu Bakar dapat merasakan Rasulullah bakal meninggalkan mereka.Abu Bakar menangis dan orang lain bertanyakan sebab dia menangis dan dia menceritakan pendapatnya.Mendengarkan pendapat Abu Bakar itu,semua orang turut menangis,mereka tidak ingin kehilangan insan agung itu.Tatkala baginda wafat,semua orang menjadi gila.Umar menjerit, “siapa kata Rasulullah telah wafat maka akan ku pancung.”Namun,Abu Bakar lah penyelamat keadaan yang menyedihkan ini.Abu Bakar yakin,Islamnya dia kerana Allah bukan kerana Muhammad.Setiap yang bernyawa pasti akan terima ajalnya. Dia cukup yakin dengan ayat Allah ini.Cuba anda bayangkan,anda pulang ke rumah,anda melihat ramai orang di rumah anda,semuanya berkopiah dan beryasin di tangan.Anda masuk rumah,ibu anda sudah meninggalkan anda. Bagaimana perasaan anda ketika itu?Mampukah anda berfikiran waras seperti Abu Bakar?Bukan anda sahaja,mampukah kita?Aq x mampu….
Insan yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya ini,bertukar menjadi singa apabila mengetahui ada golongan yang tidak ingin membayar zakat. Katanya, “jika ketika Rasulullah hidup dia membayar(zakat) unta dengan tali penariknya,aku juga akan menerima unta dengan tali penariknya.” Pengisytiharan ‘perrrrrrrrrrrrrrrang!!!!!!!!!’ terhadap Musallamah Al-Kazzab menyebabkan ramai yang murtad kembali kepada Islam. Perjuangannya dalam Islam tidak boleh dinafikan dan sememangnya dia layak menerima gelaran ‘radhiallahuanhu’.
Dalam satu sabdaan baginda, “jika dikumpulkan iman seluruh umat islam dulu dan akan datang,nescaya berat lagi iman Abu Bakar.”
Umar Al-Khattab:
Cucu kepada Nufail Bin Abu Uzza ini sememangnya terkenal dengan sifat bengisnya,sebelum mahupun selepas dia memeluk Islam.Dia merupakan seorang sahabat yang berwasatiah dalam beramal.Dunianya hebat, akhiratnya juga hebat.Sebaik sahaja dia melafazkan syahadatain,dia bertanya kepada Rasulullah,” Ya Rasulullah,jika agama yang kamu bawa ini agama yang benar,mengapa kamu masih bersembunyi?Mengapa kamu masih solat di tempat-tempat tersorok?”Beraninya Umar ini apabila dia mencabar sesiapa sahaja untuk mengejarnya semasa dia berhijrah seorang diri.Beraninya Umar ini sehingga syaitan-syaitan tidak berani berhadapan dengannya malah tidak berani melalui jalan yang dilalui oleh Umar.
Pernah aq dengar satu cerita semasa di Falahiah dulu,tapi kesahihan cerita ini aq tidak pasti.Di alam kubur,malaikat munkar dan nakir bertanya kepada Umar, “siapa tuhan kamu?” Umar balas balik, “siapa tuhan kamu?” Malaikat bertanya lagi dan Umar bertanya balik,3 kali perisitwa ini berulang sehinggalah Umar meninggikan suara.Akhirnya malaikat tinggalkan Umar.(Xtaw cerita ini benar ke tak)
Sabda nabi, “sesungguhnya aku adalah nabi terakhir yang diutuskan dan tidak akan ada lagi nabi selepas ku.Jika ada nabi selepas ku,maka Umar lah orangnya.”Kenapa Umar menjadi pilihan nabi,kenapa tidak Abu Bakar?
Kerana sifat wasatiah(keseimbangan dunia akhirat) yang ada pada Umar. Apabila Rasulullah mengiklankan supaya umat Islam menginfakkan harta, Umar memberi 50% daripada hartanya dan 50% lagi disimpan buat anak bininya.
Kehebatan Umar lagi terserlah apabila dia menjadi Khalifah.Cerita yang cukup faymous,dia menyamar sebagai orang awam untuk menjaga kebajikan rakyatnya.Semasa dia melakukan kerja di pejabatnya,anaknya datang.Sebelum anaknya memasuki pejabat,dia bertanya, “adakah urusan keluarga atau negara?”Anaknya menjawab, “keluarga.”Maka dipadamkannya lampu minyak.Masih wujud lagi pemimpin sepertinya?
Suatu ketika ada orang melihat Umar menangis teresak-esak semasa beriktikaf di atas masjid,tiba-tiba dia tergelak seorang diri.Perkara ini menimbulkan kecurigaan kepada yang melihatnya.Orang ramai memerhatikan gerakan Umar.Pada satu jumaat,tengah Umar berkhutbah, tiba2 Umar melaungkan, “di belakang,di belakang,di belakang!”Orang ramai menjadi lagi hairan melihat gelagatnya dan sifat ingin tahu ini tidak dapat dipendam lagi.Maka ada yang bertanya, “wahai amirul mukminin,suatu hari aku melihat engkau menangis teresak-esak dan tiba2 kamu gelak seorang diri.Dan ketika kamu berkhutbah, kamu melaungkan belakang2.Kenapa?” Umar menjawab, “aku menangis mengenangkan dosa aku membunuh anak perempuanku hidup2.Aku gelak kerana aku teringat kisah aku mengambil kurma sebagai tuhan dan apabila aku lapar,aku memakannya.Aku melaungkan belakang2 kerana aku dapat melihat musuh datang menyerang kaum muslimin yang sedang berperang daripada arah belakang.”Benar,selepas beberapa hari,tentera mukmin yang berperang pulang dengan kejayaan dan orang bertanya sebab mereka menang. Salah seorang bercerita, “sememangnya kami sudah hampir kalah namun tiba-tiba kami terdengar suara orang melaungkan belakang,belakang,jadi kami dapat bersiap dan kami menang.”Inilah kehebatan Umar..
Semasa pemerintahannya juga,dia berjaya meng’warning’ sungai Nil. Suatu ketika dahulu,masyarakat mesir percaya bahawa seorang gadis sunti harus dikorbankan dalam satu tahun demi sungai Nil mengalir sepanjang tahun. Apabila Umar memerintah mesir,Umar mengharamkan perkara itu dan ditakdirkan Allah,air sungai Nil betul-betul berhenti pada tahun itu.Orang ramai menyalahkan khalifah yang memerintah mesir dan khalifah menghantar surat kepada saidina Umar tentang itu.Tidak lama kemudian, khalifah mesir menerima surat daripada Umar dan Umar menyuruh khalifah melempar surat itu ke dalam sungai Nil.Dalam surat itu tertulis, “Daripada Amirul Mukminin pemerintah Madinah kepada Sungai Nil. Wahai sungai Nil,jika kamu pasang surut di atas kekuasaan Allah dan jika kamu makluk yang takutkan Allah,maka mengalirlah kamu sekarang dengan Izin Allah.”Maka Sungai Nil mengalir seperti biasa.
Kepada sahabat sekalian,bukan senang untuk mendapat gelaran-gelaran sebegitu.Dan kita tidak akan dapat menjadi seperti mereka.Usah dibandingkan kita dengan mereka kerana kita tidak layak untuk dibandingkan dengan mereka.Rasulullah juga tidak pernah menyuruh umatnya membandingkan diri mereka dengan para sahabat tetapi Rasulullah menyuruh umat Islam mencontohi para sahabat.
“Sahabat-sahabatku ibarat bintang-bintang,jika kamu mengikutinya, pasti kamu tidak akan sesat.”
Salam.
Hmm.
nak tanya, betul ke saidina Umar r.a pernah membunuh anak-anak perempuannya? sumber daripada mane?
THNX.
boleh reply, kat emel ye, takut lupe dgn soalan ni.
adapun artikel ini ditulis selepas saya dengar ceramah dari ustaz dan kebenaran cerita Umar menanam anak sendiri itu pun berlaku beberapa pendapat. Ada yang menyokong cerita ini dengan hujah sememangnya Bani Tamin sangat populat dengan adat membunuh anak perempuan dan yang menolak cerita ini dengan alasan bahawa kalau anak perempuan saidina Umar dibunuh,siapakah Abu Hafsin isteri Rasulullah yang juga merupakan anak sulung saidina Umar?
Wallahua’lam.
Tapi,kalau diambil yang ‘saidina Umar bunuh anak sendiri’ sekalipun,ia mampu menunjukkan kehebatan Islam bagaimana Islam mampu mengubah seorang dari buruk kepada baik,itu mesej yang penting untuk difikirkan.
OH. ade dgr jugak pendapat-pendapat mcm ni.
~takpelah, nanti sy cari sendiri sumber yg sahih pasal ni.
THNX.
kalau anda jumpa kesahihan ceritanya,bolehlah berkongsi di sini.
Mengikut pencarian saya di internet,ini artikel yang saya dapat:
http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/2010/05/benarkah-umar-ra-bunuh-anak-perempuan.html
tp belum tanya ustaz tentangnya,wallahua’lam
oh. Syukran kasiro.
sy da bace da tp tak bace betul-betul sbb minggu-minggu exam
next week free bolehla bace,
n sy akan refer kat ust jugak.
ade masa, sy share ok. insyaAllah
~thnx again.