6 Website aplikasi yang best
Meow. Aku dah lama tak tulis dalam blog Azzariyat ini. Ini merupakan entri pertama aku selepas Azzariyat berpindah ke hosting baru. Terima kasih EasyHost2u atas servis anda yang cukup tip-top. Kepada para pembaca blog ini, apa kata anda? Adakah anda rasa lebih teruja setelah Azzariyat berpindah dan menggunakan domain yang lebih cool? Kami mengalu-alukan komen dan cadangan anda.
Entri kali ini aku nak kongsi dengan korang semua tentang beberapa laman web aplikasi ‘tiny’ yang best.
Inilah laman web tiny yang paling kerap aku guna. Cara nak guna memang senang. Korang taip la berapa panjang ayat yang korang nak tulis, then klik ‘Submit’ dan anda akan diberi satu url pendek sebagai link ke teks yang korang taip tadi. Lepas tu, korang boleh la kongsi link tu dengan orang lain atau guna di lain waktu! Senang kan?
Tinyurl ni pon aku selalu gune bila nak hantar link yang panjang berjela kat member-member aku. Fungsi tinyurl lebih kurang macam tinypaste; korang just masukkan url yang panjang tu dan web ini akan tukarkan url tersebut menjadi pendek! Apa yang lagi best, ialah korang jugak boleh letak nama/perkataan pilihan (custom alias) korang sendiri untuk membuar url itu kelihatan lebih best!
Haa! OhTiny ini fungsi dia sebijik macam tinyurl jugak. Tetapi, apa yang membuatkan OhTiny ini lebih spesel ialah OhTiny ini 100% buatan Malaysia! Aplikasi web ini dibuat oleh blogger favourite aku iaitu Khai. Thanx Khai.
Inilah aplikasi web favourite aku walaupun tak berapa tiny! Aku memang tabik spring kat siapa yang membangunkan web ini. Dengan File2.ws, korang tak perlu susah-susah nak send file melalui YM atau aplikasi IM yang lain. YM pon kadang-kadang (selalu?!) problem nak send file.Untuk menggunakan aplikasi web ini, korang hanya perlu upload file pilihan korang (max 15 Mb) dan klik ‘Start conversion’. Then korang akan diberi link ke file tersebut. Lepas tu korang boleh la kongsi link tu dengan member-member korang dan biar diorang download sendiri! Dengan link itu,korang bukan je boleh download file itu, malah boleh preview! Apa yang lagi best korang boleh upload pelbagai jenis fail dan gambar!
Fungsi Tinypic serupa jugak macam File2.ws, tetapi hanya terhad untuk meng-upload file gambar dan video. Gunakan tinypic kalau korang ingin berkongsi gambar dengan member korang. Lepas ni tak payah la korang susah-susah nak bukak Friendster, Facebook dan yang seangkatan semata-mata untuk upload sekeping gambar dan inform kat member korang yang korang dah upload gambar tersebut. Lagipun, korang bukannya nak satu dunia tengok gambar korang tu. Iye tak?
Kalau korang rasa bosan sebab asyik guna YM yang kadang-kadang problem,try bertukar ke Tinychat. Korang boleh buat chatroom sendiri dan kongsi url chatroom korang dengan sesiapa yang korang nak chat je. Sesuai kalau korang nak buat private chat.
Itulah beberapa laman web aplikasi yang amat berguna kepada sesiapa yang selalu menggunakan internet. Memang best. Free pulak tu. Korang guna elok-elok ea. Mungkin ada lagi laman web ‘tiny’ yang korang rasa best untuk dikongsi bersama, sila komen di bawah ea! Meow!











