Hamba lemah, Tuan…
Kejatuhan umat Islam sekarang kerana gagalnya kita dalam mengambil Islam secara keseluruhan. Kita asyik bercakap tentang solat berjemaah, couple dan aurat sehingga kita lupa dasar kepada agama. Sebelum kapal berlayar lebih jauh, ana ingin bertanya apakah itu dasar agama? Jika antum tahu, Alhamdulillah dan dan jika antum tidak tahu, juga Alhamdulillah kerana selepas membaca artikel ini,antum akan tahu,insya Allah.Saban hari kita diingatkan bahawa ‘awaluddin makrifatullah‘ yang bermaksud ‘awal agama ialah mengenal Allah’, persoalannya,macamana kita ingin kenal Allah sedangkan Allah sendiri kita tidak dapat lihat dan tidak dapat sentuh?
Allah tidak meletakkan pelbagai halangan untuk manusia mengenal Nya supaya semua manusia memilih Nya sebagai Tuhan.Satu-satunya benda yang menjadi hak manusia ialah hak untuk memilih.Jika anda kata mata adalah hak anda,cuba anda pejam mata dan cuba tidur.Pasti tidak boleh.Maknanya mata bukan hak anda yang mutlak.Jika anda kata awek ialah hak anda,cuba suruh dia bunuh diri, pasti dia tidak lakukannya kerana apa?Kerana awek bukan hak anda yang mutlak. Hak anda yang mutlak ialah hak untuk memilih.Anda berhak untuk memilih siapa Tuhan anda,tiada paksaan mengenainya cuma pilihan yang baik diberi ganjaran dan pilihan yang buruk diberi balasan. Jaga-jaga,jangan sampai terlena~
Berbalik kepada topik asal kita,bagaimana caranya untuk kita kenal Allah? Rumusnya mudah,kenal diri sendiri dulu barulah kita kenal Pencipta kita. Logiknya,jika kita tahu diri kita ini satu ciptaan,pasti kita akui bahawa ada yang menciptakan kita.Hukum alam sudah menetapkan bahawa jika ada ciptaan maka ada penciptanya begitu juga dengan kita,kita adalah ciptaan dan Allah lah pencipta kita.Jadi,untuk kita kenal siapa Allah,kita kena faham dahulu hakikat kita(manusia).
Dalam mentakrif erti hakikat,ana suka meminjam pendefinisian yang dibuat oleh Euforia dan diubah sedikit oleh ana
.Maksud hakikat ialah sesuatu yang berada pada satu tahap yang lagi tinggi daripada erti,sesuatu yang disebalik lahiriah.Maksudnya,kalau kita berbicara tentang erti gajah,kita akan mentakrifkan gajah itu seekor binatang yang besar,bewarna kelabu dan bergading.Ia mampu hidup di tempat yang panas.Ia merupakan haiwan herbivor.Gadingnya diburu oleh ramai manusia untuk dijual kerana harganya yang mahal.Semua ini adalah erti gajah,bukan hakikat gajah.Tetapi hakikat ialah sesuatu yang di disebalik semua ini.Akal mampu mencarinya tetapi memerlukan pelbagai bantuan.Inilah tahap hakikat.Secara mudahnya hakikat ialah yang sebenar-benarnya.
Sebelum kita berbicara tetang hakikat manusia,ada baiknya kita mulakannya dengan erti manusia supaya erti dan hakikat tidak bercampur baur.Erti manusia ialah makhluk yang dicipta,mempunyai lelaki dan perempuan dan berdarah panas.Ada yang hensem dan apa pula yang cantik.Ada yang menjadi pejuang dan ada juga yang menjadi petualang.Semua ini erti manusia. Hakikat manusia pula,manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.
Buktinya,anda boleh berada di 2 tempat dalam satu masa?Tidak boleh?Anda lemah!Anda boleh terjun dari tingkat 100 dan tidak mati?Tidak boleh?Anda lemah!Anda boleh menyelam dalam air tanpa bantuan pernafasan?Tidak boleh?Anda lemah!
“Eleh,memang la sume tu tak boleh,bende tak logik”
Baiklah,kita kembali kepada contoh-contoh yang logik.Anda boleh kira 2 X 2 tanpa menggunakan kalkulator?Boleh?Wah,anda hebat.Cuba kira 222 X 222 tanpa menggunakan kalkulator?Boleh?Wah,anda sangat hebat.Cuba kira 22222222222222 X 2222222222222222222222222222222222 tanpa menggunakan kalkulator?Boleh?Tidak?Anda lemah,tidak kita lemah!
Apabila sesuatu perkara itu kita tidak dapat lakukan tanpa bantuan sesuatu, maknanya kita lemah.Kita tidak dapat jawab soalan di atas tanpa menggunakan kalkulator,maknanya kita lemah disebabkan memerlukan bantuan daripada kalkulator.
Jadi,semua manusia adalah lemah.Ana lemah,anta lemah,anti lemah,sensei lemah,perdana menteri lemah dan raja juga lemah,semua lemah.Apabila sahabat menyedari hakikat manusia itu lemah,mereka sesekali tidak berganjak daripada pendirian mereka mengesakan Allah walaupun diseksa dan dihukum dengan pelbagai hukuman.40 tahun nabi berada di Makkah tetapi manusia tetap berada di dalam kekufuran dan kesesatan yang nyata, namun apabila Allah mengangkat nabi menyedarkan manusia bahawa semua manusia lemah,yang berkuasa hanya Allah,bangsa yang hina ,yang tidak ingin ditakluk oleh mana-mana kuasa ketika itu,bertukar menjadi sang singa garang memburu mangsa.Semua kuasa takut kepadanya.Tentera mereka mengidami mati sedangkan tentera kafir takutkan mati.
Sebab apa umat Islam ketika itu tidak takut mati?Kerana mereka yakin manusia itu lemah,hebat mana pun seseorang itu,akhirnya dia akan mati. Ada mutiara kata yang berbunyi, “jangan takut mati,kalau takut mati,baik takyah hidup.”Inilah pegangan bagi mereka yang sedari diri mereka lemah.
Apakah motif Allah jadikan manusia ini lemah?Supaya manusia sedar bahawa petah mana pun kata-kata seorang perdana menteri,dia tetap perlukan pergantungan.Hebat mana pun seorang pahlawan,dia tetap perlukan pergantungan dan pergantungan itu adalah kepada Allah semata-mata.
Wahai insan,benar kita adalah sebaik-baik kejadian namun sebaik-baik kejadian tidak bererti kita tidak mempunyai kelemahan.Disebabkan kita mempunyai pelbagai kelemahan,maka insafilah diri masing-masing supaya dengan menginsafi diri,kita sedar betapa lemahnya kita dan betapa hebatnya Dia.Semoga kita ketemu Cinta yang dicari.Amin..
Related posts:
- Hamba lemah tuan……..
- Asiah dan Masyitah- Tuan dan Hamba yang ke Syurga
- Allah taknak hamba Nya masuk neraka
- Ibrahim Adham:Pemimpin yang menjadi hamba
- Tokoh:Tuan Guru Haji Nik Aziz
Categories: Fikrah, Islam, Mesti Baca, Muhasabah



Comments (2)
Rahimi Yunus
June 16th, 2009 at 10:48 pm
a very nice entry
credit to you!
myself
June 26th, 2009 at 5:09 pm
yg ni xberkait sal article pon..tpi sye nk ucapkan
trme kasih kt azzariyat coz memparkan isu yg menarik
n xplain pon bez..bnyk yg membuka minda..insyaAllah
akn terus berubh ke arah yg lbih baek..ISLAM YANG
SEBENAR PERLU DIKEMBALIKAN..bila bce sal mslah yg
dalami oleh umat islam skrg pk punye pk yg jupe
hnye 1 solution..ISLAM SEBENAR PERLU DIKEMBALIKAN..
kan..kan..sme2 la kte…mengembalikannye(“,)
Leave a reply