Santai: Lagu Untuk Ayah~

Mari kita rehatkan otak dengan dengar lagu ini. Saya mula tahu kewujudan lagu ni apabila diperkenalkan oleh seorang rakan ketika masih di tingkatan 2. Mula2 saya x nampak apa lebihnya lagu ni. Namun bila didengar berkali2 saya rasa ada msg yang ingin disampaikan dalam lagu ni. Walaupun sudah banyak article yang menyentuh tentang insan bernama AYAH sempena Hari Bapa baru2 ini, tapi saya ingin menyentuh tentang insan bernama AYAH ini dalam bentuk yang berbeza. Kebanyakkan kita lebih rapat dengan ibu kerana kasih sayang ibu lebih zahir terlihat. Namun jangan terlepas pandang pada kasih sayang ayah kita yang jarang sekali terzahir.

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu kuragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku dihatimu
Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuran ku pada tunduk dan titah arahanmu
Oh ayah..tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah.. x pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak
Apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
Apalagi rasa terdera
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia
Akhiran masa….
Sentuhanmu amat bermakna~

Tertarik menyentuh bait2 ini
“Oh ayah..tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah.. x pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu”

Pernah ke kita fikir tentang susah payah ayah bekerja? Pernah ke ayah kita cerita pada kita tentang kesusahan dia mencari rezeki untuk kita? Sekarang kita sudah dewasa dan berjaya melalui liku2 hidup selama 20 tahun. Pernah x kita bayangkan berapa agaknya duit yang ayah kita guna untuk besarkan kita selama 20 tahun? Bukan soal duit yang ingin aku focus, cuma aku cuba bayangkan bagaimana ayah2 kita guna keringat mereka untuk mencari rezeki membesarkan anak-anak sehingga kita jadi anak yang cukup makan,cukup pakai, cukup pendidikan agama. Terlalu besar pengorbanan seorang ayah. Macammane ye nk balas jasa ayah? Mudah saja. Buatlah ayah anda bahagia masa dia hidup ataupun bila dia sudah tiada. Masa ayah kita masih hidup, hormati dan sayangi ayah kita. Berilah hak yang selayaknya buat ayah kita. Bila ayah kita sudah tiada di dunia ini, jangan kita bersedih kerana kasih sayang kita pada ayah tak putus setakat itu. Sentiasalah berdoa untuk kebahagiaan ayah kita ‘disana’ kerana kebahagiaan ‘disana’ lebih bermakna buat setiap insan. Saya pernah terbaca dalam satu buku, setiap kali anak yang soleh berdoa untuk ibu bapa yang telah meninggal, maka akan bercayaha kubur ibu bapa. Semoga kita jadi anak yang soleh dan solehah untuk ibu bapa. Semoga Allah sentiasa merahmati ibubapa kita didunia dan diakhirat. Amin….~

Related posts:

  1. Dia Seorang Ayah
  2. Kenapa Sayang Mak dan Ayah?
  3. Ayah Pin Berdakwah Di Facebook…

Categories: Fikrah, Hiburan

Comments (2)

solivitehoshii~

July 6th, 2009 at 6:25 pm    


~teringat mser form 2..lagu ni femes gle..mser tu cik kiah jd solo..set kto sound track kot blake..=)

cik mut

July 6th, 2009 at 6:40 pm    


haha..sou desu ne~

Leave a reply

Name *

Mail *

Website