9 July 2009 4 Komen

Santai : Mesti cuba!!Masak 3 Rasa~

Mari bersantai bersama azzariyat kali ini dengan satu resepi baru. Resepi daripada seorang ibu sahabat kita yang berasal daripada pantai timur. Sangat sedap dan membuka selera. Selamat mencuba~

MASAK TIGA RASA

ikan_masak3rasa

Bahan :

Lada burung                                                                                      20biji

Bawang putih                                                                                    4 ulas

Bawang besar                                                                                    2 biji

Sos tiram

Sos tomato

Sos cili

Kicap

Garam

Gula

Ajinomoto

Cara-cara :

1.       Blendkan lada burung, bawang putih dan bawang besar.

2.       Tumis atas api sehingga masak.

3.       Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap secukup rasa.

4.       Selepas itu masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.

5.       Tuangkan sos tiga rasa ini ke dalam pinggan berisi ikan, ayam, udang atau lain-lain lauk  yang telah digoreng.

Tips tambahan :

  • Untuk menjadikan tumisan cili lebih cepat masak, blendkan dengan minyak instead of air.
  • Masukkan segala sos dan kicap mengikut kadaran yang sama. Kalau saya biasanya masukkan 3 sudu untuk setiap sos dan kicap.
  • Kalau nak tambah selera, bolehlah masukkan bawang besar atau carrot potongan dadu ke dalam masakan. Tak lupa juga buah tomato untuk penyedap rasa. Nanti jadi camni :-

dsc00194

p/s : Untuk student JAD, anda digalakkan untuk masak sos ni di hujung minggu dalam kuantiti yang banyak dan boleh disimpan dalam peti ais. Boleh menjimatkan masa untuk masak setiap hari. Kalau tiada blender, boleh pinjam daripada Nabila U2. =)

4 Responses to “Santai : Mesti cuba!!Masak 3 Rasa~”

  1. desir2sakura 10 July 2009 at 12:53 am #

    haha bole2 datang la sape2 nk pnjm blender :)

  2. cik mut 10 July 2009 at 3:47 pm #

    senang sgt resepi ni
    ade x yg lagi mencabar??
    haha

  3. sepatu biru 11 July 2009 at 8:47 pm #

    ada2..nk suh cik mut bg resepi kailan ikan masin kasih abadi,leh??lame dah nk try…sharing is charing~~~

  4. cik mut 12 July 2009 at 9:45 am #

    haha
    mesti sepatu biru kenal aku ni
    ishhh
    nanti pas exam saye ajar ye cik sepatu baru
    kailan ikan masin kasih abadi+puding roti terapung~


Leave a Reply