tak semudah itu..TEMAN [updated]
“ Macam mane usrah setakat ni?” seorang rakan menyapa ketika aku tengah makan pau kari ayam.
“ Alhamdulillah, setakat ni ok la. Adik2 usrah saye pon suke berkongsi..saye suke diorang.” Aku menjawab.
“ Baguslah. Cume satu saye nak ingatkan awak. Jalan dakwah ni x selalu indah. Awak kene sedia jugak untuk sebarang kesusahan.” Rakan tadi memberi nasihat.
Nasihat itu aku dengar, cume tidak disimpan di dalam hati. Cuma nasihat itu muncul kembali diingatan saat diri ini rase lemah, seperti tidak sanggup menanggung beban hidup yang semakin hari makin memberat.
SALAHKAH AKU TEGAKKAN HAK ALLAH???
Jumaat lalu, aku berpeluang join usrah rakan-rakan. Diberi peluang memberi perkongsian. Aku lantang bersuara menegur rakan yang suka memberi hujah untuk menegakkan kebenaran atas apa yang die buat walaupun jelas apa yang dilakukan kurang manis disisi Islam. Bagi aku, tidak salah memberi hujah dan pendapat, asalkan asasnya adalah Al-Quran dan Hatidh..
“ Aku cume nak ingatkan, kalau rasa apa yang kita buat tu salah, jangan pandai2 buat hujah sendiri tanpa asas sehingga menampakkan kita ni lemah.” Lantang aku menegur. Hati ini terasa marah apabila ada rakan yang sesuka hati bersuara untuk backup diri sendiri. Pada aku, jika dia tahu apa yang dia buat tu salah, tapi dia masih tidak mahu berubah, cukup sekadar diam. Tidak perlu memberi hujah kosong yang boleh sampai dia menghina agama Islam.
Semua rakan terdiam. Aku pula rasa sedikit lega bila boleh luahkan rasa hati setelah lama dipendam. Cume setelah beberapa minit aku diam termenung dan berfikir.
“ Mungkin ada yang terasa dengan kata-kata aku tadi.” Hati bermonolog. Boleh saja aku ambil pendekatan selemah-lemah iman, marah dalam hati. Tapi adakah itu berkesan? Adakah itu boleh membuat orang yang salah sedar kesilapan mereka? Jika semua orang amalkan pendekatan itu, tak mungkin sinar Islam mampu menusuk hati manusia. Jika Nabi Muhammad s.a.w mengamalkan pendekatan itu, mana mungkin Baginda mampu membentuk sahabat-sahabat yang mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap Islam.
Aku rasa bersalah dengan kelantangan bersuara sekejap tadi.. aku mulakan langkah memohon maaf pada rakan2 tadi. Msg ditaip dan bahasanya aku tapis berkali2.. aku forward pada rakan2 tadi. Ada yang membalas ada pula yang x balas.
“ Alaaa. Relak la. Tipu la kalu aku tak terasa. Tapi aku terime apa yang ko kate tu sebagai nasihat” seorang rakan membalas.
Aku gembira terima respond dari rakan. Namun hati sedikit sedih apabila 2 rakan belum membalas msg td.
“ Dzul, salah ke saye tegur tadi? Saye cume nak luah, saye rase marah dengan orang yang sesuka hati je nk bg hujah tanpe berfikir , seakan-akan menghina Islam.” Aku mengadu pada rakan yang lembut tutur katanya, nasihatnya boleh buat hati kembali kuat.
“ X pe. Jangan rasa bersalah. Mungkin lain orang lain cara die tegur. Jangan sedih ye” rakan tadi memberi nasihat.
Secara peribadi, aku rase down bila perkara sebegini berlaku. Salah ke aku tegakkan hak Allah? Apa yang lagi penting?? Jaga hati kawan ke jaga hak Allah?? Aku bertanya pada diri. Bila sudah melibatkan diri dalam dakwah di JAD, tiada apa yang aku harapkan kecuali 3 perkara. Aku harap Allah meredhai jalan yang aku pilih dan beri aku kekuatan dan ketetapan hati. Aku juga perlu redha ibubapa dan terakhir, aku perlu sokongan yang tak berbelah bagi dari rakan-rakan. Tapi bila cara aku buat rakan terasa hati, terasa seperti caraku ini buat orang lain lebih jauh dari agama Allah. Ya Allah, jika benar apa yang aku rasa ini, aku pohon ampun dariMu.
MUNGKIN ITU KELEMAHAN MANUSIA
Bila berada di JAD, perkara yang paling dilihat pastinya result. Sape yang dapat result best, dapat la anugerah Dekan. Sape yang result kurang best, tertampal lah name kat JAD board. Satu yang aku takut, aku menjadi fitnah pada agama. Apabila kita melakukan kerja2 dakwah, tapi result kite kurang best, pasti orang lain menyalah kerja2 dakwah.
“ Ala..berdakwah boleh. Result teruk”
“ Ni sume sek2 surau ni yang name tertampal ni”
Dialog2 sebegini pasti ada bila hal result dibicarakan. Hati ini sangat bimbang, kimatsu( final exam) da nak dekat, banyak lagi tak cover. Setiap hari, bibir memang tak pernah gagal mengukir senyuman, tapi hati ini Allah saja yang tahu.
“ Takutnye nak exam.. kalu dapat result rendah mesti orang akan salahkan kerja2 dakwah. Aku takut menjadi fitnah pada agama.” Hati bermonolog .
Jika mampu, ingin sekali aku menjelaskan kepada semua rakan. Baik buruk result seseorang bergantung kepada diri masing2. Mungkin itu kelemahan manusia. Jika Shah pandai berdakwah,muka hensem,kaya raya,bijak pula dalam belajar, perfect la die!! Manusia mane ade perfect. Luahan ini bukan bertujuan menegakkan benang yang basah, bukan juga kerana aku berada dalam baai ni. Cume ingin berkongsi dengan rakan. Apabila kami berada dalam kerja dakwah, dalam masa yang sama kami juge ingin result yang cemerlang. Mungkin kerana kelemahan diri sendiri, mungkin juga kami sedang diuji. Aku x kisah rakan2 mengutuk diri ini, cume jangan sekali kaitkan kerja2 dakwah.Apabila manusia mula sedar bahawa BERDAKWAH INI ADALAH WAJIB pasti diletak dakwah ini dalam ranking paling atas dalam hidup. Jika manusia sedar yang selepas ini adanya hidup yang kekal diakhirat, pasti mereka berpusu2 membuat kebajikan untuk dituai di akhirat kelak. Jika manusia tahu bahawa selepas mati, semua amalan akan terputus melainkan 3 perkara dan salah satu daripadanya adalah amal jariah, pasti manusia berpusu2 menbuat amal jariah. Amal jariah yang bagaimana? Amal jariah seperti memberi ilmu kepada seseorang dan selagi ilmu itu diamalkan itulah jariah kita. Memang cukup mengamalkan 5 rukun Islam melayakkan kita menjadi muslim yang baik. Tapi adakah kita yakin bahawa semua amalan kita diterima Allah? Jika masih tidak cukup, amal jariahlah yang membantu kita kelak.
KAGUM DENGAN KEKUATAN HATI PARA SAHABAT
Banyak mendengar kisah sahabat Nabi s.a.w, mereka punya cinta yang mendalam terhadap Islam. Mereka berebut2 pergi berjihad kerana mereka yakin syurga Allah menanti mereka yang syahid di sana. Kerana mereka benar2 paham apa itu Islam. Kerana mereka benar2 yakin akan kekuasaan Allah.
Teringat kisah seorang pejuang Islam,Hassan Al Banna. Pada hari raya, beliau ingin keluar berjuang, tapi isterinya meminta supaya beliau duduk saja dirumah, lagipun mase tu , anak beliau sakit. Hassan Al Banna terus membacakan sepotong ayat dalam surah Al-Munafiqun yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Dan barangsiapa berbuat demikian,maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”(63:9)
Setelah mendengar ayat itu, isteri beliau merelakan kepergian beliau. Subhanallah, kuat sungguh hati hamba Allah ini. Apa yang buat dia begitu kuat untuk berjuang membela agama Allah. Cube bandingkan dengan kita semua, cuti raye lambat sket pon dah bising, apa lagi nak tinggal hari raye untuk berjuang membela agama Allah. Zaman berubah,Islam tetap Islam yang dulu. Zaman sekarang tidak menuntut kita berkuda, berpedang dan berperang. Namun zaman menuntut kita perluasakan kerja dakwah untuk tanam kembali benih2 Islam dalam hati orang Islam kerana jika dikaji, sekarang kita seperti berada dalam zaman jahiliah kembali.
Teringat juga kisah Saidina Ali yang mukanya pucat ketakutan saat mengambil wuduk. Apabila ditanya mengapa beliau pucat ketekutan, beliau menjawab: Aku takut kerana aku akan mengadap Penciptaku sebantar lagi. Begitu mendalam rasa takut beliau pada Pencipta Yang Satu. Inilah insan yang dijanjikan syurga dan pastinya belau adalah insan yang mendapat tarbiah dari Nabi Muhammad s.a.w.
Teringin punye hati yang kuat seperti para sahabat. Teringin juga punya cinta yang mendalam pada Allah dan Rasulullah agar diri ini tidak lagi ragu2 membela agama Allah. Semoga selepas ini, hati ini kuat menolak ajakan dunia. Semoga selepas ini mase tidak lagi dihabiskan dengan mendengar lagu2 indon di youtube. Moga selepas ini hati ini tak mudah rebah bila diuji. Sesungguhnya jalan menuju syurga Allah tak semudah yang disangka apatah lagi jalan menuju syurga Firdaus.
DIUJI DENGAN DAKWAH SENDIRI
“ Apabila kita diuji dengan apa yang kita dakwahkan..bersabar la..mungkin itu cara Allah mentarbiah kita.bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingatkan kita ketika kita sedang mengingatkan orang lain.”
Terbaca kata-kata diatas ketika sedang membaca article di Iluvislam. Itu perkara yang aku paling takut tapi aku sudah alaminya. Aku nasihatkan kawan-kawan untuk redha dengan ketentuan Allahs.w.t dalam masa yang sama diri ini juga kadang-kadang hampir rebah dalam ujian Allah. Tak putus-putus meyakinkan adik-adik usrah untuk terus membela agama Allah, kadang-kadang diri ini seakan ingin lari dari jalan dakwah ini. Namun mungkin ini cara Allah mentarbiah hambaNya.”
“ TIDAK AKAN KAMU BERPERASAAN GUNDAH JIKA KAMU TAHU APA YANG KAMU CARI DALAM HIDUPMU”—Saidina Umar al-Khatab.
Sesungguhnya redha Allah yang kita cari dalam hidup ini, hidup ini singkat. Gunakan sebaiknya…
Related posts:
Categories: Fikrah, Hati ke Hati, Mesti Baca, Muhasabah, Umum



Comments (12)
uwa|s a|-qarn|
June 17th, 2009 at 1:06 am
la tahzan~
puteri gunung fuji
June 17th, 2009 at 8:30 am
kte xleh expect jln dakwah adalah jln yg terbentang atas carpet merah, luas dn selesa,tp jln dakwah ni jln yg brduri pnoh mehnah,tp akn jd indah klu kte harungi same2 berasaskn kekuatan n keyakinan trhadap Allah.makezuni ganboarou ne!!
=)
June 17th, 2009 at 7:00 pm
ak xrep sbb ak xtrasa pn ngn tgrn 2..jgn sdey2 eh
solivitehoshii~
June 19th, 2009 at 7:17 pm
anggaplah ni suatu cabaran dlm berdakwah
(",)
June 26th, 2009 at 6:56 pm
cik author..hehehe btoi dah gapow mg wat 2..
may b mace mg ryt mg jdi xcited g2 xleh
control kuar jo blako..ni bagi aku la ke..
mg tau gapow beza nk ajak oghe ke arah kebaikan
nge nk ajak oghe ke arah ke jahatan…
cnth..
nk ajk oghe ke arah kebaikn..
“jom kte pegi surau”ngn mke2 sekli
mnis kecek pom lembut jah..
tpi klu ajak kejahatan..cnth..hehe
“baso na** be***lmbt mg sapa xpo maghi
kto g disko”..(“hbat” oghe klte
g disko)haha
tgk betape susohnyo nk ajk oghe ke arah kbaikn..
tpi nk ajk oghe ke arah kjhtn sumpah seranah
pon oghe ttp wat..ke..
mayb hok segho 2 gapow hok mg ryt kne ats yo
pah2 mayb bnyi yo ksar sket ko..mno tau ke..
mx mf klu slah ryt ko cni..
jgn putus asa untuk mentarbiah..(“,)
(^_^)
June 27th, 2009 at 1:26 am
salam ukhwah,
sesungguhnya jln dakwah ni adalah jalan yang sangat panjang.kita tak tahu dimana penghujungnya.laluannya x seindah yang kita harapkan penuh liku.jalan ini x menjanjikan kebahagiaan..namun jalan ini sebenarnya mengajar kita menjadi insan yang lebih tabah mematangkan diri.semoga cik author tabah menghadapi liku2 sebagai naqibah…
kita bukanlah pemberi hidayah..kita hanyalah hambaNya yang berusaha untuk menyampaikan ajarannya biarpun sepotong ayat..
wassalam….
cik mut
June 27th, 2009 at 2:28 pm
time kasih kawan2
pengajarannya bile kita da masuk dalam jalan dakwah
kite kene tabah..sedia utk sebarang kemungkinan
mungkin aku kene ubah sifat aku yang cepat melenting
semoga Allah memelihara hati dan lidah aku~amin2
('',)
June 27th, 2009 at 2:43 pm
selaku yg dtegur plak…
biar skit hti kne terima..
pe yg org yg menegur ckap 2
btoi..bgus org 2 terase coz
d akn ingt cm sye ni..hehe
ni sye ade nk bgi ayt jiwng ke
cik author..hehe
sahabat tegurlah daku..
biar kte2mu menyakitkan htiku..
andai itu yg mampu mmbuatkan
aku berubah ke jalan Allah..
jgn tkut krne tkut aku terasa..
ayat yg plg ku ingt..
“jange royat mg xke wat bende 2 klu
sblum ni mg tau bende 2 slah..coz loni
mg wat dah pon bende 2..sape mg nk wi
hujah mg klu nok bndg nge hujah2 Allah”..
trme ksih shabatku..
p/s:terima ksih sahabatku yg meminjamkn
bahumu kpde ku..(”,)n juga kte2 kmu
“jap lg semaye hjat ngadu ko Yo..saye sgt mg…
saye nak masuk syurga nge kamu..
saye nak masuk syurga nge kamu..
saye nak msuk syurga nge kamu..
qwerty
June 27th, 2009 at 4:01 pm
indahnya ukhuwah bila kita saling berpesan2 kpd kebaikan n sama2 mncegah kemungkaranNYA..subhanallah..~~
thnks a lot friends..moga kita sentiasa dalam rahmat n kasihNYA..amin~~
cik mut
June 27th, 2009 at 5:52 pm
” apabila kita sendiri diuji dengan apa
yang kita dakwahkan, itu bermakna Allah mendidik kita untuk melaksanakan apa yang kita katakan
bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingatkan kita dalam usaha kita mengingatkan manusia”
yOsh..saye sayang kawan saye.. biar pahit kutelan jua..
saye kene ubah cara saya supaya kawan2 x kecik ati lg ngan teguran saye..terima kasih Ya Allah~
nasik ayam
July 21st, 2009 at 8:44 pm
la..xkan la nak salahkan dakwah pulak..btl kata author ni..dakwah itu wajib.. jd kite sume kena pikul beban dakwah ni..sbb 2 dalam dakwah xda sorg2..jd kite bleh same2 pikul beban 2 agar terasa ringan sedikit berbanding kalau dipikul seorang diri.. sekadar pendapat…
si pencari makna hidup
May 17th, 2011 at 12:57 pm
assalamualaikum w.b.t….subhanallah…jalan dakwah yang banyak duri, diseberangi dgn banyak cara, tak lekang dek ujian, hanya pohonan keampunan dari yang Maha Esa…
Leave a reply