Untuk kamu yang bergewe~

Lama tak menulis membuatkan diri ini agak kekok untuk memulakannya kembali. Apa-apa pun, saya harap mesej yang ringkas ini sampai ke hati-hati anda semua. Saya mungkin tidak se’pakar’ euforia dalam membicarakan soal cinta, tapi mesej yang saya dapati daripada salah satu blog di alam maya ini memberi kesan kepada hati ini.

Selama ini, apabila berbicara mengenai couple, banyak cerita yang saya dengar.

Mata ini yang melihat sendiri peritnya sahabat-sahabat meninggalkan cinta kepada lelaki untuk beralih kepada cinta kepada Ilahi.

Telinga ini juga yang mendengar ayat-ayat seperti ini.

“Memang diorang nak clash dah…tapi dia cakap selagi kawan kite tak berubah sampai pakai tudung labuh, baik tak payah cakap pasal nak putus…”

“Malu jugak pada orang lain…saya yang macam ni tapi masih lagi bercouple…tapi ntah la…”

Tangan ini juga pernah memegang bahu-bahu sahabat yang dalam kesedihan mengharungi peritnya perpisahan untuk memberi kekuatan. Menyokong tindakan yang di ambil.

Bibir ini juga yang menuturkan kata-kata nasihat dan dorongan agar lebih jauh memandang kehadapan.

Namun, itu semua pasti tidak sebaik nasihat yang ini. Kata-kata yang tersusun indah yang dapat menyentuh hati-hati kita semua. Selamat menghadamnya..

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,
tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya, walaupun hatinya, kerana Allah teramat mencintainya.

Tetapi,
Andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita pada seorang manusia yang lebih banyak kecewakan kita.


Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, ini bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya…

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari..
Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan..

Sebesar-besar dosa itu adalah dosa yang dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya, (imam ghazali)

Saudariku,

Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan,
dari melihatmu gembira dalam kelalaian..

Saudariku,

Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbananmu,
dari melihat tawamu dalam pengkhianatan.

Aku bangga andai dikau mati dalam kebenaran,
dari hidup dalam kesesatan..

Kerana jangan lupa saudariku..

Muliamu bukan pada pangkat atau harta, tapi kerana ISLAM agamamu…

Saudari kesayanganku,

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Tuhan,
supaya timbul rasa kesabaran dan kejujuran.

Setiap yang payah itu ada kesenangan,
dan setiap kesabaran itu ada ganjaran.

Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh menghalangnya…

Namun,

Jika sesuatu itu bukan d takdirkan untuk kita,
pasti tidak dapat dicapai walaupon sudah dalam genggaman…

Yakin dan percayalah,
Allah telah tuliskan apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..

Kadang-kadang Allah hilangkan mentari,
kemudian Dia datangkan guruh.
Puas kita menangis mencari di mana mentari kita..
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah…

Sabarlah duhai insan,
Ada kemanisan di sebalik setiap kepahitan…

Rasanya segala yang ingin saya sampaikan kepada teman-teman semua telah tersusun indah di sini. Yakinlah sahabat, air mata dan keperitanmu itu besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Kerana kau telah memilih Dia dan bukannya dia.

Saya bukanlah polis cinta atau orang yang anti dengan mereka yang bercouple. Cuma ingin menyatakan yang pilihan di tangan anda. Rambut kita mungkin sama hitam, tapi hati lain-lain. Kalau anda yakin hati anda mampu untuk dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian untuk cinta kepada Allah SWT, cinta kepada Rasulullah SAW, cinta kepada Ibubapa, agama Islam yang dianuti, sahabat handai, saudara mara dan juga kepada kekasih hati, maka teruskanlah.

Kalau anda rasa tidak mampu untuk memberikan pecahan cinta terbesar buat Pencipta kita, maka hentikanlah. Pengorbanan yang besar ini pasti berat juga timbangannya di akhirat kelak. Yakinlah sahabatku..saya bersama dengan anda…Pilihlah yang terbaik buat iman dan amalmu…

Related posts:

  1. Untuk Wanita Yang Kucintai…
  2. Wahai lelaki, apa yang kamu dapat sebenarnya??
  3. Apa Yang Tinggal Untuk Diwariskan?
  4. Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Hendak Kamu Dustakan?
  5. Hati itu bukan milik kamu!

Categories: Azzariyat

Comments (6)

cik mut

July 31st, 2009 at 10:12 am    


suke ayat ni….
“Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,
tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya, walaupun hatinya, kerana Allah teramat mencintainya.”

nadiah

August 1st, 2009 at 10:52 pm    


yea..sy pun tersentuh dgn ayat tu…
wpun sy da penah bc byk kali, tp ayat tu mmg menusuk kalbu tiap kali dibace..huhu..
smoga Tuhan temukan sy dgn insan yg boleh membimbing dan menjga hati ini dgn baik..amin..
terima ksh byk kpd pnlis artikel ni..

......

August 3rd, 2009 at 11:03 pm    


bersyukurlah sape2 yg tk pernah diuji dgn dugaan cinta..

puteri gunung fuji

August 4th, 2009 at 9:57 pm    


soudesune…tp bersabarlah jge kpd sape2 yg diuji..Allah nk uji iman kte..nk tarik kte lbeh dekat ngan Dia..
“look up to the sky, you’ll see things tht cn mk u smile”

(^_^)

August 5th, 2009 at 1:24 am    


salam,
lme x bce post2 azz..post ni begitu menarik.congrats 2 da writer..setuju dgn cik mut, tertarik dgn kata 2..semoga kita semua dipertemukan dengan cinta yang sejati yang sama2 akan ..perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan cam 2 sebaliknya..

na

September 22nd, 2010 at 11:31 am    


Salam..
Sememangnya ada hikmah kenapa Allah melarang melakukan perkara2 yang mendekati zina, contohnya berpasang-pasangan atau terma masa kini ‘couple’. Banyak keburukan dari kebaikan sebab saya juga ada pengalaman itu tetapi syukur alhamdulillah Allah buka pintu hati untuk tidak meneruskan perhubungan tersebut. Kita kena percaya janji Allah dan perkara ini ada tertulis dalam Al-Quran, setiap makhluknya dijadikan berpasang-pasangan. Berusahalah untuk mencari jodoh yang terbaik mengikut cara2 yang dibenarkan oleh Islam dan bertawakkal kepadaNya. InsyaAllah, Allah akan permudahkan.

Leave a reply

Name *

Mail *

Website