Cinta:Kita tidak serupa
Bezanya prinsip lelaki dan prinsip perempuan tentang cinta sama bezanya seperti tubuh badan mereka.Sangat berbeza namun perbezaan inilah yang menimbulkan rasa menarik dalam hati sesiapa yang melihatnya,baik yang lelaki mahupun perempuan.Antara nafsu dan ketakburan itulah bezanya. Mungkin ramai yang tidak perasan,mungkin kerana tidak faham mengenainya walaupun sudah hampir 10 tahun bercinta atau belum pernah mengalaminya.
Cinta bagi lelaki sesuatu yang berteraskan nafsu.Perempuan yang dicintainya mesti menjadi miliknya semata-mata,pantang sekali dikongsi. Purdah dipakaikan supaya orang lain tidak dapat melihat apa yang ada pada kecintaannya.Kecantikan kecintaannya,hak dia yang mutlak.Jika perempuan itu bertahi lalat di leher,biarlah dia seorang sahaja yang tahu.Bilamana ada kawan-kawannya memuji kecintaannya,cemburu mula menguasai dirinya. Rasa tidak senang menjentik-jentik qalbunya. Perasaan takut kepada ‘kehilangan’ mula menguasai dirinya.Dimarah kecintaannya supaya tidak bergaul dengan mana-mana lelaki.Semuanya kerana apa?Kerana cintanya dia kepada si perempuan.Bukan dia tidak yakin dengan kecintaannya tapi dia benar-benar takut akan kehilangan kecintaannya.
Berbeza pula dengan si perempuan apabila bercinta.Yakinnya dia kepada si kekasih cukup teguh bak teguhnya matahari di siang hari.Lelaki baginya rantai emas,loket berlian,perhiasan untuk ditunjuk-tunjuk,diheboh-heboh dan dibangga-bangga.Pabila bersantai sesama teman-temannya,dia mula bercerita,berbangga dengan si suami.Sengaja melahirkan rasa cemburu teman-temannya yang mendengar. Rahsia yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar orang lain diceritakan,didedahkan dengan begitu ghairah.Keinginannya hanya satu yakni supaya kawan-kawannya menyatakan cemburu mereka terhadapnya kerana ada sikecintaan yang kacak bergaya bak Hang Tuah.Sama sekali tidak terlintas di ufuk qalbunya menyuruh kawan-kawannya merampas kecintaannya darinya tapi tujuannya hanya untuk berbangga.
Inilah falsafah cinta,lelaki dan perempuan.Jauh berbeza,bagaikan api dan air,siang dan malam.Namun,perbezaan inilah yang memenuhi teori ’1+1=3′, SINERGI.Perbezaan inilah yang membuakkan lagi rasa sayang dan cinta.Perbezaan inilah ‘arak-arak’ cinta yang sedang bercinta. Perbezaan inilah yang menyebabkan hidup semakin hari semakin indah.
Jika jelasnya akan bedanya api dan air,malam dan siang,lelaki dan perempuan,maka tugas kita bukanlah membangga-banggakan keperbezaan sehingga pasangan kita terasa dirinya lemah tetapi sebaliknya kita mencari keistimewaan yang dapat terhasil daripada keperbezaan ini.Sifat keterbukaan harus ada dalam diri setiap insan yang mengejar cinta insan yang membawa kepada cinta Ilahi.Keburukan pasangannya bukan dipandang sebagai kelemahan sebaliknya sebagai satu peluang untuk dia datang menolong,membantu supaya terputiknya rasa kasih dan sayang dalam hati mereka.Kelebihan pasangannya tidak dilihat sebagai satu kehebatan tetapi sebagai satu peluang untuk dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana disempurnakan segala kekurangan yang ada pada dirinya.
Semua terasa indah pabila mereka berdekatan dan semua terasa lazat pabila berjauhan.Senyuman sang pencinta bagaikan ruh yang memberi makna hidup kepada pasangannya.Kata-katanya bagaikan nyawa yang memberi hidup kepada pasangannya.
Inilah cinta sejati,oh indahnya.
Inilah cinta sejati,oh lazatnya.
Inilah cinta sejati,oh…oh…
Related posts:
- Atas Nama Cinta (buat yang tidak sudi mendengar…)
- Syahadat Cinta:Kisah CINTA dan cinta
- Tentang Cinta siri 1 : Kenapa Bicara Soal Cinta
- Kerana Ramadhan sudah tidak lama lagi bersama kita~
- Cinta kita……….~
Categories: Azzariyat, Mesti Baca, Umum



Comments
No Comments
Leave a reply