2 August 2009 56 Komen

Cerpen Cinta:Naim si Budak Agama

alone_sillhouette_thumbKisah Cinta:Naim si Budak Agama

Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.

Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya.Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah.Niatnya hanya satu,supaya Islam itu terpancar dari dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.

Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu.Di hadapannya semua baik,tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim.Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak.Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Namun,hatta nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah,inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak.Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.

“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya.

Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya,Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.

“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.

Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya.Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar,memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina,zina hati.Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal.Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.

Saat berganti saat,hari berganti hari,Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya di surau,Zohornya di surau,Asar,Magrib dan Isy

56 Responses to “Cerpen Cinta:Naim si Budak Agama”

  1. pengkritik bebas 2 August 2009 at 9:28 am #

    cerpen yg baik,banyak pengajaran & maksud t’sirat yg disampaikan.
    cuma, ade 1 bahagian, perbandingan yg t’lalu melebih2.mungkin ade p’bandingan lebih baik (tetapi b’kesan) bleh digunakan yg tdk meloyakan para pembaca..!

  2. langit berawan 2 August 2009 at 11:10 am #

    bes ny citer teringt kish2 zmn2 remaja dlu,,,cinta manusia yg mmpu menyestkn iman,,tp klimaks x tggi..hehhe(sorry)
    ya ALLAH
    “Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu”"

  3. abe 2 August 2009 at 11:15 am #

    cik langit…biase la 2 setiap bani adam 2 pasti akn buat kesalahan dn sebaik2 kesalhn itu adalah degn bertaubat ..

  4. ... 2 August 2009 at 11:22 am #

    true stry ke?

  5. bariah mohamad 2 August 2009 at 2:26 pm #

    bes..lame x bce cerpen perisian agama dalam konteksnye..syabas!!
    teruskan usaha dalam berkarya..

  6. youngsoldier 2 August 2009 at 7:32 pm #

    Surat sahaja tidak cukup,dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit.Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah.

    —-> part plg best.hehe:)

  7. hasanah 2 August 2009 at 9:07 pm #

    salam. 1st nk ckp kalau suh bg bintang dapat 2 setengah je. klu ikot saya sebagai pembaca la. N then ada sesetengah tempat yg macam xseronok nk bace.. lbey kurang cm ntah pape la perkembangan ayat tu. Anyway, thank u coz bg info2 bru n keep on writing n gud lark!

  8. cent98 2 August 2009 at 9:40 pm #

    nice story…syaitan ada banyak taktik nk tipu manusia…so kita kena guna akal yg diberi olehNya semaksimum mungkin utuk melwan godaannya. Banyakkan berdoa agar sentiasa dirahmatiNya….amin
    ..insyaAllah…sama2lah kita saling tegur menegur antara kita. Tegur bukan tanda marah atau dengki. Tegur tanda sayang akan sahabat kita di hari yg kekal abadi….Jom!!! kita lancarkn program “Tegur tanda sayang”

    Anda berminat dengan program ini…jom sertainya..tiada yuran..semua mampu melakukannya..

  9. y4ku24 2 August 2009 at 10:37 pm #

    salam ziarah.

    menarik dan bermesej cerpen di atas. tetapi ending agak tergantung, tiada sambungan ke? :D

  10. cik mut 3 August 2009 at 12:36 am #

    kadang-kadang kita lupa
    moga taubat jadi pembersih dosa2 lalu~
    Ya Allah kuatkanlah cintaku padaMu
    aku terlalu lemah tanpa cintaMu
    kadang2 hati kecil dicubit untuk jatuh cinta pada manusia
    peliharalah aku Ya Allah.. agar cinta pada manusia itu aku peroleh bila tiba masanya nanti
    sesungguhnye cinta pada manusia benar2 menjauhkan aku denganMu
    maka aku mohon dijauhkan ya Allah
    jauhkan aku dari cinta2 manusia
    bukan aku tak redha dengan rasa cinta pemberianMu
    tapi aku takut perasaan cinta itu terbagi pada makhlukMu yang tak layak menerimanya
    sesungguhnya aku benar2 yakin
    perasaan cinta ini hanya layak untukMu,rasulMu dan ibu bapaku~

  11. cik mut 3 August 2009 at 7:58 pm #

    Oh tidak….
    aku x reti buat cerpen cinta~
    ueforia,konokokoro..amik peranan anda
    saye tahu anda pakar bab2 cinta~
    tp x leh lawan uwais
    sbb kisah air kotak dan choki2 die pon bOleh menarik minat pembaca~

  12. ...... 3 August 2009 at 10:56 pm #

    menarik cerita tu…banyak pengajaran..kn bagus kalu kt malaysia ni tk menghadkn umur perkahwinan…bolehla naim dan nisa terus kahwin n dlm masa yg sama stay boleh meneruskan belajar..spe setuju katakan tidak pada couple sebelum kahwin..haha..senyum

  13. (^_^) 5 August 2009 at 1:55 am #

    kerana seorg wanita, naim menipu,naim bertengkar dgn sahabat baiknya sendri khairul,naim tewas dalam kelas,naim dicemuh,naim yang dulunya digelar wali kini dipandang serong oleh rakannya,naim yang mnjadi kesayangan gurunya kini dimarahi,naim mencurigai dan menfitnah rakan sendiri,naim kehilangan sahabatnya yang telah lama dikenalinya yang selalu mengambilberat perihal dirinya. semuanya gara2 nisa,seorang wanita.org kata semakin tinggi iman seseorg smkin hebat dugaan yang mendatang.

    wlupn xlah sehebat citer novel2 len tpi cukup bermakna semoga segala pengajaran dijdikan iktibar.

  14. 1malaysia 5 August 2009 at 2:00 am #

    kpd (^_^),
    komen anda seolah2 menyalahkan wanita.bukankah naim yg tdk dpt mengawal nafsunya?

  15. alexandrian 5 August 2009 at 8:13 pm #

    salam..
    thanks coz m’ingtkn
    smlm ada dapat stu input, nk share kt sni,..
    kalu kita dah wat stu dosa 2, syaitan akn b’usaha utk m’down’kn kita,
    sdgkn sptutnya itu tnda Allah ingtkn kita, sygkn kita, kerana dberinya ‘peringtan’ saat ini, agar kita bley cpt2 bertaubat n myesali dosa2 kita,..
    slagi mna pntu taubat msih terbuka..
    usahlah m’anggap ujian itu sbg hukman Allah ttpi sbg stu titik tolak utk kita ke arah yg lbih baik..
    wallahua’lam..
    ssguhnya kalam ini mjadi ingtn n amaln buat pnulis n pmbaca sndiri..
    InsyaAllah

  16. (^_^) 6 August 2009 at 1:12 am #

    salam,
    kpd cik 1malaysia..saya bkn menyalahkn wanita sbnrny..masakan saya nk slhkn kaum sndri je walhal, tepuk sblh tangan x berbunyi..tpi pe yg sye nk bgtau kt sni hanya kerana seorg wanita iman yg tinggi mne sekalipn akn tetap tewas gak..maafla klu kata2 sye kurg jelas..

  17. fazly 8 August 2009 at 4:15 pm #

    wo..dasat2..jazakallah utk penulis cerpen ni..mantap tahap polar bear ni…heehehehhe

  18. sepatu biru 9 August 2009 at 1:03 am #

    cerpen nie ade smbgn ke??
    nk minta cik mut smbg blh??

  19. ikah 24 January 2010 at 4:06 pm #

    salam..menarik cerita ni..mmg kena dgn kehidupan remaja skrg.kebanyakan remaja skrg menganggp cinta itu adalah perkara biasa malahan jika ade yg gtau yg dia xpernah couple rmai yg berasa pelik..seolah-olah b’couple itu sdh mnjdi kewajipan bg semua..saya mohon copy cerita ini ea..

    • Cerah Jeff 24 January 2010 at 9:20 pm #

      syukran,silakan dan kami harapkan link azzariyat ditulis di bawahnya sekadar mengiklankan blog ini. =D
      Tiada Copyright dalam kamus hidup kami. ^^

  20. ibnyusoff 18 February 2010 at 3:53 pm #

    Riyadhus Solihin, hadis no.1630) Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Nabi SallalLahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Telah ditulis atas anak Adam bagiannya dari zina, ia pasti mendapatkannya, tidak mungkin bisa lolos, kedua mata zinanya adalah memandang, kedua telinga zinanya adalah mendengar, lisan zinanya adalah berbicara, tangan zinanya adalah mengambil dengan paksa, kaki zinanya adalah dengan melangkah, sedangkan hati menginginkan dan mengharapkan, dan kemaluan membenarkan hal tersebut atau mendustakannya” (HR Bukhari Muslim dan ini lafaz Muslim sedangkan riwayat Bukhari adalah ringkas)

  21. ibnyusoff 18 February 2010 at 4:06 pm #

    good cerpen,ader pgjrn utk diambil iktibar esp part surah as-saf ayat 2-3..

    • Cerah Jeff 18 February 2010 at 7:41 pm #

      syukran,insya Allah saya akan keluarkan lagi cerpen lain.

  22. teratai biru 22 February 2010 at 8:48 am #

    ~bismillah…

    ~menarik cerpen ni. tahniah kpd penulis. keep it up.

    ~tapi kan, sejujurnya, tetiba jd x bape bez sbb ending agak tergantung.

    macam mana dgn reputasi naim tu kat skolah slps tu?
    ape pulak pandangan org trhadap nisa slps tu?
    hubungan naim n khairul pula jd ape?

    ni cuma bbrpa persoalan yg bermain di fikiran sy, ade lagi yg len.tp yg plg nk tau yg tu la..

    ~amatla berterima kasih sekiranya ade sambungan.

    ~nway, gudjob. omedetou.

    • Cerah Jeff 22 February 2010 at 10:54 pm #

      memang nak sambung cuma belum diberi kesempatan dan idea lagi,selepas tulis cerpen ini,memang sudah tulis muqaddimah cerita baru tapi setakat muqaddimah je. huuhhu…takpe,insya Allah sebelum fly saya keluarkan satu lagi cerpen,mungkin sambungannya.

  23. serizawa 28 February 2010 at 7:01 pm #

    salam….
    bgus cerpen nie…
    yakinlah pd cinta Allah …

  24. ファジラ 19 March 2010 at 5:39 am #

    Salam.
    Terima kasih Allah menghadiahkan ilham pada penulis cerpen ini.
    Terima kasih atas nasihat yang baik.

    • Cerah Jeff 19 March 2010 at 12:05 pm #

      Syukran,sebarkan kalau anda rasa berbaloi utk orang lain baca

  25. hanafiah 23 April 2010 at 1:44 am #

    salam, saya dah baca, haha, sapa sangka surat pertama nisa tu adalah surat jemputan ke neraka? best, sangat menginsafkan, terbuka minda saya ;-)

  26. hamba Allah 29 May 2010 at 2:52 pm #

    salam
    sebenarnya saya agak terkesan dengan cerpen ini kerana ia sedikit sebanyak berkenaan diri saya, walaupun wataknya tidaklah betul-betul tepat dengan diri saya.

    saya cuma ingin meminta sedikit nasihat dari kamu. saya dan dia sekelas seperti naim dan nisa. kami tidak berutus surat tapi saling berbalas mesej. kami sangat jarang bercakap antara satu sama lain. sekarang sudah 5 bulan. sebelum ini, saya ada hantar msg mengatakan apa yg kami lakukan ini salah, dan menyuruhnya berhenti hantar msg kpd saya. tapi, tidak lama selepas itu, kami kembali bermsg.

    sangat sukar untuk melupakan semuanya. kami berjumpa setiap hari di dalam kelas, dan juga duduk di apartment yg sama, tingkat yg sama. naik bas yg sama. saya cuba menganggap tiada apa yg berlaku. tapi ia sangat sukar. lagi pula, kawan2 selalu berkata tentang kami, mengusik2 kami.

    mungkinkah, kalau kami berkawan seperti biasa? atau kami perlu menjauhkan diri masing-masing sejauh yg boleh? tidak boleh untuk bertegur sapa langsungkah?

    maaf kalau ini membebankan anda. saya cuma sudah buntu.

    • Cerah Jeff 4 June 2010 at 12:13 am #

      salam,maaf kerana lambat balas.
      Pada pendapat saya,tak perlulah sampai berpisah terus,tidak bercakap,Islam bukan agama yang menentang fitrah,menjadi fitrah kita berkawan. Cuma,Islam meletakkan garis panduan untuk kita berkawan,boleh buat itu boleh buat ini.
      Dan kalau keadaan saudara,selagi saudara/i tidak merasakan itu dosa atau tidak mendatangkan resah dalam hati(rujuk hadis),maka persilakan berkawan tapi kalau dengan kawannya saudara/i kepadanya boleh membawa saudara/i kepada dosa,maka sila kurangkannya, Saya yakin,untuk berputus hubungan secara tiba-tiba adalah mustahil,Allah bukan sahaja masukkan seseorang itu ke dalam syurga kerana dia sempurna,tetapi Allah juga masukkan seseorang yang SENTIASA berubah menjadi baik ke dalam syurga. Saudara/i cuba kurangkan bermesej,sentiasa mengingati Allah secara sendiri(tak perlu ingatkan pasangan) dan pasang niat,kalau betul saudara/i cinta padanya,niat untuk berkahwin.Tapi ingat,niat untuk berkahwin,lansung tidak memberi lampu hijau untuk saudara/i ber’dating’.
      Harap jawapan ringkas ini memberi jalan untuk saudara/i menyelesaikan masalah anda.
      wallahua’lam

  27. cik mut 5 June 2010 at 8:21 pm #

    @hamba Allah;
    banyakkan mengingati Allah
    banyakkan berdoa
    semoga Allah membantu anda

  28. fatinaminah 4 July 2010 at 3:59 pm #

    terima kasih atas cerpen ini…
    insyAllah,pengajaran dari cerita ini dapat membantu diri saya

  29. sakinah_gurlz 26 July 2010 at 2:50 am #

    ya Allah,ampunkan dosa hambaMu ini…!!!

  30. Hafiz مسلم‎ 29 July 2010 at 9:35 am #

    Subhanallah….cerpen yg bgs, memberi kesedaran kpd diri ana yg mula terleka ini..syukron

    • Cerah Jeff 29 July 2010 at 9:49 pm #

      moga disebarkan ke seluruh alam :-)

  31. hamba Allah 29 August 2010 at 9:01 am #

    semua nya b’balik kpd satu..perempuan..
    mgkin jika pompuan x solat d surau,rasanya akan b`temu kah mereka?
    sebab tu tmpt yg paling afdal utk sorg pompuan sembhyg,d bilik tidur suaminya. Tapi hari ni mcm mna?
    sapa yg lebih rajin datg surau??lelaki ka pompuan?

    • Cerah Jeff 29 August 2010 at 8:47 pm #

      maaf,tak tahu lah ana lelaki ke perempuan yang rajin ke surau. Jujurnya,saya tidak dapat faham apa yang saudara/i ingin sampaikan

  32. alfaqeerhar76 31 August 2010 at 9:36 am #

    assalamualaikum.
    cerita yang agak menarik. satu persoalan biasa yang timbul kepada para pelajar yang mempunyai keinginan untuk jadi orang yang soleh. atau dipilih oleh guru untuk berada dalam kumpulan agama di sekolah – couple islamik.

    tetapi kebanyakan remaja hari ini akan ketawa bila membaca cerita ini kerana pergaulan mereka sudah jauh lebih teruk. bahkan berzina sudah menjadi perkara biasa. – satu hakikat yang amat menyedihkan.

    sebenarnya agak susah bagi para remaja meyakini bahawa bercouple itu haram kerana yang menegurnya hanyalah golongan ustaz dan ustazah. dan aktiviti dating ini dilakukan oleh orang dewasa termasuk para guru mereka sendiri (kadang2 golongan agama pun ada). bahkan teguran yang biasa diberikan oleh para guru adalah “kamu jangan bercouple lagi sekarang. tunggu masuk universiti dulu.” adakah beercouple itu haram di sekolah tetapi halal di universiti?

    bagi kes Naim dan Nisa, sepatutnya ibubapa pada hari ini perlu sedar bahawa remaja pada hari ini terdedah kepada soal perhubungan lelaki perempuan pada usia yang muda. mungkin ibubapa patut berusaha menyediakan peruntukan kewangan sekiranya anak mereka ingin berkahwin awal (cadangan ini khas untuk kes seperti Naim dan Nisa kerana mereka boleh dianggap matang.) Telah tertulis dalam sejarah beberapa ulama dikahwinkan oleh bapa mereka pada usia yang muda.

    salah silap dalam komen harap dimaafkan.
    dan Allah Maha Mengetahui.
    salam.

  33. sakinah 11 October 2010 at 11:49 am #

    mantop…i like.

  34. Fifi Afiqah 3 November 2010 at 11:10 pm #

    a’ah ceta ni btul2 kena batang idung sndiri…hehe~ xla…bukan btg idung saya, batang idung kwn saya.^^bgus btul ceta ni…air laici n choki2 tu buat ceta ni ‘tak mengada2′…mcm real la! hihi~like it

  35. lavender 30 December 2010 at 12:05 pm #

    menarik. minta izin share

  36. dodol 18 January 2011 at 9:04 pm #

    good point there. tp ending agak tergantung sikit.
    em, nak tnye,
    Sebagai seorang adik, keutamaan untuk menegur ahli keluarga tentulah daripada kalangan ahlinya juga. Jadi, saya mempunyai seorang kakak ; kehidupannya begitu sosial dengan percampuran lelaki dan perempuan. Kemudian, saya telah membuat akaun facebook yang palsu untuk menyelidik tentang kehidupannya agar saya mampu menarik dia kembali ke arah cara hidup Islam semula. Kemudian, apabila sudah berjaya menjadi ‘rakannya’ di facebook, saya benar-benar terkejut dengan kehidupannya yang sangat bebas. Adakah tindakan saya itu salah kerana mencari-cari kesalahannya dan adakah tindakan saya dianggap sebagai dosa tajassus seperti yang disebutkan dalam surah al-Hujurat ayat 12?

    thnx~

    • Cerah Jeff 18 January 2011 at 10:28 pm #

      bismillah,ini pendapat saya.
      Disebabkan anda adalah adik kepada wanita tersebut,tindakan anda tidaklah dianggap sebagai ‘tajassus’ kerana sudah menjadi tanggungjawab seorang lelaki dalam sesebuah keluarga menjaga ahli-ahlinya. Jadi,dalam menjalankan tanggungjawab ini,memerhati dengan siapa ahli keluarga kita berkawan,apa yang dibuat,bukanlah satu kesalahan dan pada pendapat saya,anda berada di jalan yang benar. Teruskan usaha,saya doakan kita diberi hidayah oleh Nya dan begitu juga kakak saudara.

  37. pencil case111 24 January 2011 at 11:22 pm #

    cerita menarik,,,
    tapi nak tanya soalan takder kaitan kot..
    jodoh itu perlu kepada usahakah?
    ker kte tunggu & jaga akhlak elok elok
    walaupun susah nak jaga akhlak ni..

    • Cerah Jeff 25 January 2011 at 9:08 am #

      saya yakin anda pernah dengar hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya, kedudukannya atau keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung”. Kalau perhatikan hadis ini,perkataan2 perbuatan yang terkandung semuanya bersifat aktif yang mana memerlukan perilaku untuk membuatnya. Jadi,secara jelas,jodoh adalah sesuatu yang perlu diusahakan, malah bila dicari hadis yang secara spesifik mengatakan jodoh telah ditetapkan,kita akan bertemu jalan mati sebab tiada hadis sebegitu.
      Tak salah kalau kita perangai tak elok mengidamkan pasangan yang beriman seperti artis-artis,paling kurang,itulah akhlak kita yang paling baik,mengidamkan pasangan yang beriman selari dengan hadis Rasulullah. ^^

  38. ummuuswah 11 March 2011 at 12:15 am #

    kita selalu diuji dgn apa yg kita katakan. saat ujian datang, iman dan pertolongan Allahlah sebagai penolongnya.

  39. fitrah 4 April 2011 at 12:06 pm #

    izin share dan copy ya

    • Cerah Jeff 14 April 2011 at 4:06 am #

      sila4 ^^
      kalau boleh link kan ke Azzariyat

  40. nik 29 April 2011 at 4:51 pm #

    salam, nk ckp something. harap penulis crita dpt berhati2 next time. “Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan” ayat As saff, xde pn ayat2 ni. y ada surah As saff, ayat 2 dan 3. wallahualam

  41. nik 29 April 2011 at 4:59 pm #

    mgkin mksd ringkas ayat 2 dan 3 y penulis bgi. tp tkut pmbaca keliru dan nnti timbul fitnah plak. peringatan bersama ye:)

  42. aziq-kun 5 May 2011 at 2:22 am #

    salam. mohon share cerpen ni kat blog sy k? sy akan link ke website ni. menarik sgt crita ni, syukran :)

  43. syuhada 6 July 2011 at 3:48 pm #

    salam…mohon share juga ke blog sy ye…best cerpen ni..

  44. AbgMi 13 November 2011 at 7:31 am #

    salam..citer diie meman kne dg zmn skkang ni..so sy ingat nk msk kan kisah ni kdlm komik sya..hrrp dibenarkan…

    • syazwan 13 November 2011 at 6:03 pm #

      insya Allah, silakan, diharap kredit kpd Azzariyat….. Kalau leh, kongsikan la komik saudara kepada kami.. huhu