huh,die sendiri buat..nak ajar orang plak!

sitting_man_thumb“Na’am!Musuh Allah,musuh agama Allah!Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat!Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam?Ko lupa?!Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.-dipetik daripada Cerpen Cinta:Naim Si Budak Agama.

Sekarang mudah,semua maklumat di hujung jari anda.Ilmu sains,bahasa jepun,anime,ilmu agama,politik dan bermacam-macam lagi boleh didapati dengan senang dengan menggunakan internet.Secara haram atau halal?Terpulang kepada diri anda untuk memilihnya.Makin hari,makin banyak blog-blog ditulis dan kebanyakannya bertemakan sama ada politik atau agama.Sekarang,untuk menjadi ahli politik yang berpengaruh,anda tidak perlu lagi turun ke padang dan menghabiskan air liur membebel dan melontar janji-janji kosong sejam dua tetapi anda harus bijak menyusun butir kata menerusi blog anda. Untuk berdakwah begitu juga,anda tidak perlu berhadapan dengan ‘musuh’ anda,tidak perlu bersua muka,tidak perlu menanggung malu tetapi cukup dengan berada di hadapan komputer dan menulis artikel-artikel agama untuk berdakwah.Betul,ini juga dakwah,ana tidak nafikannya.

Disebabkan tidak perlu bersua muka,tidak perlu menunjukkan akhlak yang baik,maka artikel-artikel yang ditulis biasanya pedas dan membakar telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya.Mana tidaknya,yang menulisnya berada di Jepun dan yang membacanya ada di Malaysia,maka yang di Jepun itu tidak perlulah berhati-hati menjaga apa yang ditegurnya dek kerana yang di Malaysia sudah pasti tidak tahu bagaimana sebenarnya perangai yang di Jepun sana.

Inilah fenomena yang berlaku sekarang,kita pantas menulis artikel-artikel agama,menyuruh orang turun ke surau untuk berjemaah,melarang orang melakukan pergaulan silang jantina secara berlebihan tetapi pada masa yang sama,kita melakukannya.Ya,semuanya kerana tiada orang yang kenal dengan kita maka kita boleh buat sesuka hati kerana orang tidak nampak.Yang membacanya seringkali memuji penulis,menggemari tulisannya tetapi yang membacanya itu sebenarnya tidak tahu bagaimanakah orang yang menulis artikel tersebut.Dengan menggunakan nama samaran yang bermacam, kita dapat menyembunyikan diri kita dari dikenal pasti.Malah,siapa yang kenal dengan Uwais Al-Qarni yang menulis artikel ini selain pelajar JAD? Mungkin tiada seorang pun.

Tetapi kita lupa bahawa Allah menyaksikan kita.Dia adalah sebaik-baik hakim dan dalam menghitung amalan kita,Dia tidak akan tertinggal walaupun satupun.Larangan Nya terhadap orang yang menegur tetapi melakukannya sangat keras sehingga Dia bersumpah seperti dalam surah As-Saf ayat 3:

Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Dalam blog,kita menulis tentang couple,haram kata kita tapi pada masa yang sama kita sendiri couple.Dalam blog kita tulis tentang bersyukur tapi jarang sekali kita bersyukur.Dalam blog kita tulis tentang solat berjemaah tapi adakah ada muka kita di surau ke lima-lima waktu?

Dalam satu hadis yang diriwayatkan dari Usamah bin Zaid,katanya:Aku mendengar Rasulullah bersabda, “akan dibawa datang seorang lelaki lalu dicampakkan ke dalam neraka.Lalu neraka ia berkisar dengan alat pengisarnya.Lalu ia dikelilingi oleh ahli neraka yang lain dan mereka berkata: Wahai Fulan,bukankah engkau yang menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang kemungkaran?Maka dia menjawab:Aku menyuruh orang berbuat baik tapi aku tidak melakukannya dan aku melarang orang melakukan maksiat tetapi aku sendiri melakukannya.”

Semasa Nabi diisrakkan juga,Nabi melihat ada sekumpulan manusia yang menggunting bibir-bibir mereka dengan gunting-gunting api.Lalu Nabi bertanya kepada Jibrail,”siapakah mereka?”Jibril menjawab, “mereka ialah ahli-ahli pidato iaitu mereka yang menyuruh manusia melakukan kebaikan dan melupakan diri mereka sendiri sedangkan mereka membaca kitab Allah.”

Ulama’ menyebut bahawa ada 3 jenis manusia yang dalam kerugian di akhirat kelak.Yang pertama, tuan yang mengajar hambanya melakukan ketaatan dan kebaikan tetapi dia sendiri melakukan maksiat.Yang kedua,Seorang lelaki yang berusaha mendapatkan harta dan dia lupa dan menderhakai Allah. Yang ketiga,lelaki yang mengajar ilmu kepada satu kaum dan menasihati kaum tersebut.Kaum tersebut mengambil pengajaran daripadanya dan beramal tetapi dia sendiri tidak beramal.Pabila kaum tersebut masuk ke syurga,dia diperintahkan masuk ke neraka.Maka lelaki itu berkata, “alangkah ruginya,alangkah tertipunya..Bukankah mereka melangkah ke syurga disebabkan ilmuku?”

Adakah hadis di atas ditujukan buat lelaki sahaja?Kepada pemidato sahaja?Kepada tuan sahaja?Tidak,kepada semua orang yang menyeru manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan.

Alangkah malangnya nasib si Naim di akhirat kelak jika dia tidak insaf,dia melarang orang bercouple tetapi dia sendiri yang bercouple walaupun couple mereka dalam senyap.

Rasulullah bersabda, “sehebat-hebat manusia yang menerima siksaan di kiamat kelak ialah orang alim yang tidak memanfaatkan ilmunya.”

Jadi,tidak payah tulis blog?Tidak payah tulis artikel agama?Berhenti berdakwah?

Tidak!Jangan sesekali anda tinggalkan medan dakwah kerana itulah sebab utama kita dihantar ke atas muka bumi ini.Untuk menjadi khalifah.Khalifah bukan sahaja mentadbir bumi tetapi mentadbir alam,manusia adalah satu subset daripada alam.Oleh kerana yang demikian,kita juga harus mentadbir manusia.Mentadbir yang macamana?Membawa manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran daripada berlaku.

Anda jarang turun ke surau, tetapi anda tahu bahawa kalau Nabi boleh wajibkan umatnya,maka Nabi akan wajibkan solat fardhu berjemaah.Satu hari, seorang kawan datang kepada anda dan bertanya kepada anda tentang solat berjemaah,apa yang akan anda jawab.Nak jawab,wajib turun,anda sendiri tidak turun surau,besar kemurkaan Allah kelak.Kalau jawab tidak wajib,anda menentang hadis Rasulullah.Yang mana satu harus dipilih ketika ini?

Jawablah yang benar,yang berpandukan al-quran dan assunnah.Soal anda tidak turun,itu soal seterusnya.Yang wajib,kebenaran harus disampaikan berdasarkan hadis nabi yang cukup terkenal iaitu “sampaikan olehku walaupun seayat”.

“Habis tu,Allah akan murka la…”

Tak,nekadkan dalam hati bahawa kita ingin berubah.Anda ingin turun ke surau.Bukan nekad sahaja tetapi wajib disusuli dengan usaha,jika ketika itu juga tidak mampu,wallahua’lam,bergantung kepada Allah untuk menghukum kita.Tetapi percayalah bahawa Allah tidak akan menghukum hamba-hamba Nya yang telah berusaha sehabis mungkin.Dia lah yang Pemurah dan Penyayang,tiada seorangpun yang sayang kepada kita melebihi sayang Nya Dia kepada kita.

Jadi,jangan pandang belakang kepada bloggers dan pendakwah sekalian,sebaliknya,majulah ke hadapan.Sebarkan daripada Rasulullah sebanyak mana yang anda tahu dan beramallah,semoga yang baik itu dapat dibangga-banggakan di akhirat kelak dan yang buruk itu tidak menjadi penghinaan kepada kita di negeri abadi kelak.

Tahu kenapa Nabi Muhammad merupakan orang yang paling berpengaruh di atas muka bumi ini?

Dia lakukan apa yang dia suruh!

Itulah kunci kejayaan bagi seorang pemimpin!

Related posts:

  1. Nak Kahwini Diri Sendiri?
  2. Ruginya Orang Beriman Kalau…
  3. Orang lalai lebih buruk dari pelaku maksiat
  4. Syok Sendiri
  5. Allah Tak Bagi Buat Ni…

Categories: Fikrah, Islam

Comments (1)

......

August 5th, 2009 at 6:20 pm    


lakukan apa yg Dia suruh…em.betul2

Leave a reply

Name *

Mail *

Website