Harapan Ramadhan

istiqamah_thumbSabtu,hari kedua Ramadhan dan masih dalam sepuluh hari pertama,sepuluh hari yang di dalamnya terkandung berjuta Rahmah.Cuba tanya diri kita, sudah lengkapkah persedian kita untuk Ramadhan kali ini terutamanya untuk 10 malam terakhir? Cuba tanya diri kita, lengkapkah 2 hari kita solat sunat tarawikh? Cuba tanya diri kita adakah kita melambatkan bersahur dan mempercepat berbuka atau sebalinya? Cuba tanya diri kita,pada hari kedua ini, sudah berapa juzu sudah kita baca? Jika semuanya tidak,apakah yang kita harapkan untuk Ramadhan pada kali ini?Sekadar berlapar dan berdahaga sahaja? Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita,di manakah kita dalam spektrum orang yang beriman,adakah golongan yang dibawah, ditengah atau yang di atas.Tiada orang boleh mengatakan bahawa kita berada dalam golongan di bawah melainkan kita sendiri mengakuinya dan tiada orang boleh menentukan bahawa amalan seseorang itu diterima Allah ataupun tidak.Jadi,sempena Ramadhan yang dipenuhi dengan kemuliaan ini, marilah kita bersama-sama bangkit beribadah dan jangan malas-malas lagi.Jika pada tahun lepas kita solat suant tarawikh 8 rakaat,cuba tambah 2 rakaat lagi.Jika pada tahun lepas kita boleh habiskan 30 juzu al-quran,cuba habiskan 31 juzu pada tahun ini.Sama-samalah kita fikir dan amalkan supaya harapan pada Ramadhan pada kali ini menjadi kenyataan.

Related posts:

  1. Ramadhan dah dekat!
  2. Ramadhan:Semarakkan Taqwa
  3. 1 Syawal Vs 1 Ramadhan
  4. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara
  5. Ramadhan dan Syawal-ada apa di sebaliknya?!

Categories: Fikrah, Hati ke Hati

Comments

No Comments

Leave a reply

Name *

Mail *

Website