24 August 2009 4 Komen

Puasa dan Permasalahannya

iftar_thumbWalaupun boleh dikira terlambat,tapi ada baiknya saya menghantar juga artikel ini.Artikel ini bukanlah ditulis oleh saya tetapi saya kumpulkan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.Insya Allah,dalam artikel ini terkandung masalah-masalah yang dihadapi ketika kita berpuasa dan cara menyelesaikannya.

Menelan Air Liur Membatalkan Puasa?

Syarak telah menetapkan hukum makan dan minum pada ketika puasa adalah dilarang. Maka perbuatan sengaja menelan apa-apa benda luaran juga tidak dibenarkan. Tetapi tidak perlu dibangkitkan permasalahan-permasalahan seperti air liur atas bibir jika masuk ke dalam balik, renjisan hingus masuk hidung balik, kerana perkara-perkara ini tidak diperincikan oleh syarak. Kerana:
- Apa-apa yang syarak senyap tentangnya, maka ia adalah kemaafan.
- Perkara-perkara tersebut jika hendak dijaga, pasti memabawa masyaqqah. Contohnya, jika berkumur ketika puasa, sudah pasti lebihan air kumuran akan tertinggal dalam mulut, akhirnya boleh jadi masuk dalam rongga. Ini adalah masyaqqah yang dimaafkan.
- Menimbulkan persoalan ini akan membawa kepada penyakit was-was.

(sumber)

Korek Hidung/Telinga Membatalkan Puasa?

Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum. Rongga yg dimaksudkan oleh syara’ ialah saluran makanan dan minuman sahaja. Adapun rongga hidung dan telinga bukanlah saluran makanan. (Demikian kata Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah 3/224) sekian.

(sumber)

Niat Puasa Sebulan Terus

Ada fuqaha mengharuskan niat secara sebulan puasa, dan tidak wajib niat setiap malam. Di kalangan ulama terkemudian, pendapat ini dipilih oleh Syeikh Uthaimeen.
Katanya: Kalau kamu bertanya mana-mana orang Islam, nescaya mereka akan berkata bahawa mereka berniat untuk puasa selama sebulan. Jadi, sekalipun tidak berlaku niat hakiki pada setiap malam, tetapi dia sudah dikira berniat dari segi hukumnya. (Syarh Mumti’).

(sumber)

Solat Tarawih-Berjemaah atau Berseorangan Lebih Afdhal?

Solat tarawih boleh didirikan berjemaah atau berseorangan. Kedua-duanya pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Cuma, secara berjemaah, baginda hanya melakukan dalam beberapa malam pertama sahaja kerana bimbang jika dilakukan secara konsisten dengan berjemaah, nanti ia difardhukan.
Dari segi afdhal, ramai fuqaha memasukkan solat tarawih dalam jenis solat yang disunatkan berjemaah.
Kata Imam Nawawi, “Solat tarawih secara berjamaah adalah lebih afdhal kerana ia adalah ijmak sahabat dan seluruh umat merata tempat”. (Majmuk4/32).

(sumber)

Memakai Bau-Bauan Ketika Berpuasa

Memakai wangi-wangian dalam bulan Ramadhan ketika mengerjakan ibadah Puasa adalah dibolehkan dan tidak ada larangannya , malah ianya juga tidak dikatakan menimbulkan gangguan pada diri orang yang mengerjakan puasa atau pada orang sekitarnya . (Yusof Al-Qardhawi)

(sumber)

Muntah Batal Puasa?

Imam Bukhari rh adalah meriwayatkan secara mu’alaq dari Ibn Abbas ra dan Ikrimah ra bahawa : ”Puasa itu berkenaan dengan apa yang masuk, dan bukan apa yang keluar” .Ibn Baththal memaparkan dari Ibn Abbas ra dan Ibn Mas’ud ra bahawa tidak batal puasa jika muntah secara sengaja atau tidak sengaja. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa pandangan yang mengatakan muntah membatalkan puasa tidak sesuai dengan pengertian puasa itu sendiri.

(sumber)

Tertelan Kahak Membatalkan Puasa?

“Akan tetapi ia (kahak) tidak membatalkan puasa jika ditelan! Kerana sesungguhnya ia tidak keluar dari mulut, dan ia tidak ditelan sebagai makanan atau minuman, dan jika menelannya setelah sampai ke mulut, ia tidak membatalkan puasanya” [al-Sharh al-Mumthi' ala Zaadil Mustaqni', 6/248]. Fatwa IslamOnline juga menyebut bahawa pandangan yang agak benar adalah menelan kahak tidak membatalkan puasa kerana ia termasuk didalam bab kesukaran / kesusahan bagi seseorang membuangkan kahak pada setiap kali. Walaubagaimanapun, jika menelan itu dilakukan tidak sengaja, sepakat ulama’ mengatakan tidak batal.

(sumber)

Cabut Gigi Membatalkan Puasa?

Dlm majmuk al-fatawa syeikhul Islam ibn taimiyyah, bahawa mencabut gigi itu tidak membatalkan puasa.
Sekiranya ketika mencabut gigi memerlukan berkumur, maka ia tidak membatalkan puasa selagi mana cecair itu tidak ditelan spt mana juga melakukan dental filling, scaling dsb.

(sumber)

Terkeluar Air Mani

Terkeluar air mani disebabkan bermimpi perkara yang mengghairahkan tidak membatalkan puasa.Seharusnya apabila si pemimpi terjaga daripada tidurnya,dia harus segera mengangkat hadas besar atau mandi wajib dan meneruskan puasanya seperti biasa.

(sumber)

Pakai Contact Lense

Tidak ada hal. Asal setiap sesuatu adalah harus, kecuali ada nas yg melarangnya. Puasa batal jika dengan sengaja memasukkan ke dalam badan sesuatu untuk tujuan makan, minum dan hubungan seksual. Adapun contact lens, ia bukan makanan dan minuman. Ini fatwa umum Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dalam fiqh Sunnah jilid 3.

(sumber)

Saya kira soalan-soalan ini sahaja yang biasa timbul bagi kita selaku seorang pelajar.Jika ada soalan-soalan yang lain,anda boleh tulisnya pada bahagian komen dan saya akan cari jawapan kepada soalan anda.Yang baik datang daripada Allah,yang buruk daripada kelemahan diri sendiri.

4 Responses to “Puasa dan Permasalahannya”

  1. guest 24 August 2009 at 12:18 am #

    thanks 4 the info! ;)

  2. clumzycaffein 24 August 2009 at 11:49 pm #

    yup. welcome!
    selamat berpuasa

  3. megalo 2 September 2009 at 10:42 pm #

    kalo tertelan air mata camne?? (kalo nangis time solat ke)

  4. poseyi 7 September 2009 at 10:42 am #

    pasal penggunaan minyak wangi pada bulan ramadhan tu,
    setahu saya die makruh dsbbkan wangian dapat menyegarkan badan.
    sama juga dengan mandi selepas asar..bua kite lebih segar
    dalam web al-ahkam tu die sbnr nye jawab soklan tak bile die ckap takde langsung larangan pakai minyak wangi? tidak menjawab makruh ke tak?
    maksud die tu pose tak batal ke? atau tak makruh? atau tak jejas sesen pon pahala pose kite?

    minta komen.. mekasih


Leave a Reply