18 September 2009 0 Komen

Syahadat Cinta:Kisah CINTA dan cinta

Alhamdulillah,dalam keboringan yang melampau di malam hari selepas tamatnya semseta pendek di JAD,ana terjumpa satu filem yang agak menarik untuk ditonton iaitu Syahadat Cinta.Filem ini bukanlah satu filem yang baru tetapi dikeluarkan kira-kira pertengahan tahun 2008.Selepas Ayat-ayat Cinta dan Perempuan Berkalung Surban,sekali lagi filem indonesia ini menarik minat ana.

Syahadat Cinta mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang bernama Iqbal mencari CINTA nya.Iqbal seorang remaja yang hilang arah,seorang yang pemarah dan kaki mabuk telah insaf apabila dia telah mencedarakan ibunya semasa dia mabuk dan berjanji untuk memasuki pasantren(sekolah pondok).Namun,2 bulan dia di pasantren,dia hanya disuruh oleh Kiai untuk mengambil air di tasik dan dia tidak diajar ilmu agama.Konflik dalam dirinya timbul apabila melihat pelajar-pelajar lain yang hebat dalam agama sehingga dia datang sendiri berjumpa dengan Kiai dan meminta Kiai mengajarnya ilmu agama.Namun,apa yang dia dapat ialah arahan untuk mengangkat air lagi 2 bulan.Lalu dia lari ke tasik dan terjun ke dalamnya untuk melepaskan tensennya.Tanpa disedari, di dalam bot sebelah dia terjun ada seorang pelajar perempuan,Aishah,juga anak kepada Kiai di pasantren itu.Aishah memarahinya tetapi Iqbal yang sememangnya berperangai marah dan kejam,memaki Aishah sehingga Aishah menangis.

Dek kerana takut dimarahi Kiai,Iqbal melarikan diri untuk pulang ke rumahnya di kota.Namun,dalam perjalanannya pulang ke kota, Dia berjumpa dengan seorang gadis Kristian dan gadis Kristian itu merelakan diri untuk membawa Iqbal ke hotel untuk bermalam di kota.Namun,gadis itu dalam perjalanannya ke Universiti,jadi Iqbal terpaksa tunggu gadis itu di luar Universirti.

Maka,bermulalah kisah dia terjumpa dengan seorang ibu tua yang tidak ada makanan untuk menyara anak.Dia menolong ibu tua itu dan tinggal di rumah ibu tuan tersebut.Dipendekkan cerita,Iqbal ditangkap oleh polis kerana disyakki sebagai pengganas atau pemberontak Islam.Apa yang ajaibnya,insan yang tiada ilmu agama ini,insan yang solat hanya dengan perkataan Allah ini,mampu mengubah semua orang dalam penjara.Atas usaha sang gadis kristian,dia dibebaskan dari tuduhan itu dan sepulangnya bertemu dengan gadis itu,gadis itu telah melafazkan syahadah memeluk Islam.

Kisah semakin meruncing apabila Iqbal pulang ke Pasantren,dia meminta maaf dengan Aishah dan tanpa disangka-sangka, hubungannya dengan Aishah menjadi rapat.Oleh kerana hubungannya yang rapat,dia tidak disenangi oleh pelajar-pelajar disekelilingnya,lalu dia dipandang jelek.Konflik meruncing apabila Iqbal jatuh hati dengan seorang pelajar perempuan bertudung biru yang bernama Zainab dan Zainab juga menaruh harapan yang sama.

Dalam masa yang sama,keislaman gadis kristian tadi diketahui oleh bapanya dan dia dipukul dan dihalau oleh keluarganya sendiri. Tatkal Iqbal sedang berjumpa dengan Zainab dan perjumpaannya ini dapat dikesan seorang pelajar,gadis kristian ini datang meminta tolong Iqbal.Dek kerana gadis itu sudah tidak bermaya lagi,Iqbal memegangnya dan tatkala inilah semua orang di pasantren datang mengerumuni Iqbal dan memukul Iqbal atas tuduhan zina.

Apakah Iqbal terselamat dari tuduhan zina?

Adakah Zainab bisa menjadi milik Iqbal?

Dan yang penting,

Apakah Syahadat Cinta itu dimilikinya?

Saksikan….

Leave a Reply