Kita Sudah Tiada Masa
Alangkah sedih diri ini apabila kaki melangkah berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah di Kota Bharu sabtu lalu. Hilai tawa remaja-remaja kita terus mengguris hati ini sehingga luka berdarah,sedih dan teramat sedih.Apa yang menyedihkan lagi,mereka bukanlah pelajar Universiti yang menunggu masa untuk memikul tanggungjawab membina keluarga tetapi mereka adalah anak-anak belasan tahun yang masih tidak mengerti makna tanggungjawab.Mereka keluar secara dari asrama secara beramai-ramai dengan memakai baju batik simbol sekolah mereka,apabila sampai di pusat membeli belah,baju tadi ditukar dengan baju-baju yang agak stylo.Budaya ini tidak berlaku pada pelajar lelaki sahaja,bahkan pelajar wanita.Bukan sekolah asrama biasa tetapi sekolah agama!
Budaya pergaulan bebas menjadi satu kewajiban buat mereka,lelaki dan perempuan duduk semeja sambil melalak menjadi kebanggaan buat mereka.Mereka sengaja gelak kuat-kuat supaya semua makhluk yang ada di atas muka bumi ini sedar akan kehadiran mereka. Kalau boleh,ingin sahaja mikrofon penjaga pusat beli belah itu dirampas dan digunakan untuk mengumum bahawa ditepi aku ini awek aku!!!
Menyedihkan tapi inilah hakikatnya.
Maka atas alasan tidak ingin bergaul dengan mereka ini,maka ramai yang memilih untuk lari menyembunyikan diri.Sangka mereka bahawa mereka telah mengikut sunnah nabi tatkala arab jahiliyah bermaharaja lela,nabi beruzlah.Membawa diri seorang diri mencari tuhan.Tapi jelas sekali,mereka telah lari daripada sunnah nabi.Nabi beruzlah,bersunyi buat seketika tetapi nabi balik kepada kaumnya dan menyeru ke arah kebaikan,begitulah rutin nabi tetapi apa yang mereka buat?Mereka terus lari bersembunyi tak keluar-keluar.
Jadi,atas sebab itulah,marilah kita sama-sama turun padang mengheret adik-adik kita yang jauh tersesat supaya kembali ke jalan yang lurus.Kadang-kadang,mereka bukan mahu lakukan sedemikian,tetapi mereka tidak tahu tentang perkara itu.
MEREKA YANG REBAH
Lihatlah sekeliling kita
Betapa saban hari pasti ada saja
Harapan serta bunga bangsa
Yang rebah
Tak memadai sekadar keluhan
Apatah lagi jelingan serta cemuhan
Yang jatuh dan yang rebah itu
Adalah anak watan mu
* Untukkan sedikit masa emasmu
Kerana mereka memerlukan mu
Tersesat mereka di hujung jalan
Marilah bersama
Memberi bimbingan
Tak daya mengawali diri
Lantaran terlalu menurut kata hati
Mereka bagaikan kehilangan
Pedoman di masa depan
Ulang *
La… la… la…
Ulang * sampai habis
Lagu: Fauzi Marzuki
Lirik: Habsah Hassan
Related posts:
- Bila aku sudah tiada
- Kerana Ramadhan sudah tidak lama lagi bersama kita~
- Kita Tiada Pilihan..これしかない!(1)
- Sabar Itu Perlu Setiap Masa
- Bila Malu Tiada Lagi
Categories: Azzariyat, Islam, Mesti Baca, Terkini



Comments
No Comments
Leave a reply