1 December 2009 0 Komen

Bersyukur Memundurkan Ummah?

“Bang,bang…Orang sebelah beli kereta baru la…”

“Bang,bang….Rantai kak Minah yang jual kain tu,beeesauuuu..”

“Bang,bang…Pak Cik Tahir tu,pakai kereta lagi besar dari kite bang…”

“Bang,bang…kak Cah melancong ke eropah ari tu bang…”

Rata-rata umat Islam hari ini tersalah dalam membuat perbandingan sehingga ajaran Islam dilupakan,lantas menyebabkan diri sendiri kufur terhadap nikmat-nikmat Allah. Nikmat yang diberikan oleh Allah kepada nya seringkali tidak mencukupi dek kerana seringkali membandingkan diri dengan yang lebih hebat daripadanya.

Dia sudah mampu makan nasi,tapi dibandingkan dirinya dengan yang makan lobster.

Dia sudah bercincin emas,tapi dibandingkan dirinya dengan yang berantai emas.

Dia sudah mempunya myvi SE,tapi dibandingkan dirinya dengan yang berBMW.

Dia sudah berumah teres,tapi dibandingkan dirinya dengan yang berbanglo di atas bukit.

Lama-kelamaan,diri menjadi tidak bersyukur dan hasrat dengki sudah mula menguasai diri. Natijahnya,berapa ramai yang sanggup memberi ‘duit kopi’ untuk mendapat projek daripada kerajaan? Berapa ramai yang sanggup memakai topeng hitam dan memecah masuk rumah orang lain? Berapa ramai yang sanggup menjual dan melacur anak sendiri demi makhluk yang bernama duit?

Namun,hal ini tidak berlaku pula dalam bab Ibadah kita.Dalam beribadah atau beramal soleh,seringkali kita memandang kepada orang-orang yang kurang imannya daripada kita.

Kita solat di akhir waktu,lalu kita bandingkandengan kawan kita yang tidak solat lansung.

Kita solat di surau,lalu kita bandingkan diri kita dengan kawan yang solat di akhir waktu.

Kita bertudung labuh,lalu kita bandingkan diri kita dengan yang bertudung jarang.

Kita puasa di bulan Ramadhan,lalu kita bandingkan diri kita dengan kawan yang tidak berpuasa.

Akhirnya,kita merasakan diri kita ini wali, kita merasakan diri kita ini bakal ahli syurga.Perasaan riak,takbur dan ujub mulai menguasai diri,lantas menyebabkan kita menghina kawan-kawan kita yang rendah daripada kita.Kita bongkak dengan mereka walaupun pada hakikatnya kita tengah meninggi hidung dengan Yang Kuasa.Al-quran dan As-sunnah mula diabaikan,pada kita, kita adalah ulama’,kita adalah wali,kita ahlul-jannah!Lansung,kita tidak perlu semua itu.

Semuanya berpunca daripada perbandingan sendiri yang tidak mengikut kaedah Islam.

Nabi meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud jika kita ingin membuat perbandingan duniawi,lihatlah orang yang lebih rendah daripada kita tapi bila kita membuat perbandingan ukhrawi(akhirat),lihatlah orang yang lebih hebat daripada kita.

Inilah kaedah perbandingan yang diajar oleh Islam,yang dibuat oleh Rasulullah sendiri.

Dalam hal keduniaan,bandingkan dengan yang lebih rendah daripada kita.

Kalau kita berkereta myvi SE,lihatlah orang yang bermotor.Tatkala hujan,dia basah ditimpa hujan tapi kita?Alhamdulillah, mampu berteduh di bawah bumbung kereta.

Kalau kita bercincin emas,lihatlah si miskin yang hanya bercincin emas celup.Pakai 2,3 tahun,emas itu hilang tapi kita? Alhamdulillah,emas itu masih kekal dicincin.

Kalau kita berumah teres,lihatlah Kak Jah yang beratap nipah.Sekali ribut datang,tercabut atap tapi kita?Alhamdulillah, kita masih mampu berada di depan TV menonton Akademi Fantasia.

Itulah sebabnya! Supaya kita menjadi insan yang bersyukur.

Dan kenapa dalam bab akhirat kena bandingkan dengan orang yang jauh lebih alim daripada kita?

“Aku ini selalu solat di akhir waktu.Kalau nak dibandingkan dengan Aidil yang solat di surau tu,siapa lah aku. Yosh! Aku akan cuba untuk turun surau esok!”

“Tudung labuh dah aku pakai,alhamdulillah aurat terjaga.Tapi kalau nak dibandingkan dengan Hayati yang berpurdah tu..Adoi..Die dahla tutup aurat,jaga pandangan laki kat die lak tu..Astaga,berdosanya aq.”

“Memang ramadhan aq pose penuh tapi bila tengok Tamlikha yang pose sunat Isnin-Khamis,ya Allah..Berilah hidayah Mu kepadaku..”

Inilah sebabnya dalam ibadah,nabi arahkan kita bandingkan diri kita dengan orang yang lebih alim. Memang,kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan kita yang berdisko,kita jauh lebih baik.Paling tidak,kita baca artikel Azzariyat.com,diorang tidak.Namun, kalau kita asyik bandingkan kita dengan mereka,sampai bila ibadah kita akan maju?Sampai bila kita sendiri ingin menulis artikel dan berdakwah?

Renung-renungkan,selama ini bagaimana kita membuat perbandingan…

Dan timbul satu persoalan apabila kita membandingkan diri kita dengan yang kurang dalam bab duniawi,

Adakah Islam menghalang kemajuan?

Mana tidaknya, sifat qanaah atau berpada-pada dengan apa yang ada memang mampu merencat kemajuan.

Ala,biarlah dia guna laptop.At least,kita ada desktop..

Ala,biarlah dia naik merc.At least,kita ada Myvi…

Ala,biarlah dia berantai emas.At least,kita ada cincin emas…

Ala,biarlah dia berbanglo.At least,kita ada umah teres…

Bukankah dialog-dialog di atas menggambarkan seperti kita berpuas hati dengan apa yang kita miliki dan kita tidak ingin yang lebih baik daripada apa yang kita ada?Bukankah ini menghalang kemajuan?Jadi,Islam menghalang kemajuan?

Jawapannya tidak.Islam tidak pernah menghalang kita daripada kemajuan dan jika diteliti balik ayat-ayat quran dan hadis-hadis nabi,tersangat banyak ayat quran dan hadis nabi yang menyuruh umat Islam berusaha untuk maju,sebagai contoh satu ayat daripada surah al-jum’ah dan ar-rum yang bermaksud:

“Kemudian selepas selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi untuk menjalankan urusan masing-masing dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak dalam segala keadaan, supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”

(Surah al-Jumu’ah, ayat 10)

 

Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.

( surah Ar-Ruum – ayat 8 )

 

Islam adalah agama Fitrah dan Islam tahu bahawa fitrah manusia mengejar kemajuan,fitrah manusia inginkan yang lebih baik. Hadis perbandingan di atas bukanlah hadis yang melarang daripada kita mengejar yang lebih baik daripada apa yang kita ada tetapi hadis yang mengarahkan kita sentiasa bersyukur kepada Allah dengan apa yang kita ada.Bukti mengejar kemajuan adalah fitrah manusia, jika dilihat orang yang paling miskin di zaman nabi ialah seorang yang mempunyai sehelai kain putih yang digunakan untuk menutup badannya dan kain itu hanya mampu menutup dari pusat ke lututnya sahaja.Namun,orang yang paling miskin di zaman kita? Paling kurang,ada baju dan seluar untuk dipakai.Memang pakaian itu diambil daripada orang lain tapi inilah bukti bahawa yang miskin itupun inginkan yang lebih baik walaupun mengambil barang orang lain.

Dalam kulit kacang,berusahalah di dunia untuk akhirat..Dan pabila membuat perbandingan,jadilah manusia yang bersyukur dan qanaah,serta majulah ibadah untuk syurga!

Leave a Reply