Filem:Ketika Cinta Bertasbih 1

Mungkin disebabkan tekanan dan kritikan orang ramai terhadap ceritanya, Habiburrahman El Shirazy kali ini mengadakan Audition khas bagi memilih pelakon-pelakon untuk filem keduanya, ‘ketika cinta bertasbih’.Pelakon yang betul-betul pelakon kali ini hanya seorang sahaja dan pelakon-pelakon lain,termasuklah hero dan heroin filem kali ini merupakan pelajar Pasantren(Pondok).Mereka fasih berbahasa arab dan ada yang menghafal al-quran.

Filem kali ini agak perlahan namun tetap menarik.Hal ini juga mungkin disebabkan komen dari penonton yang mengatakan filem Ayat-Ayat Cinta dan novelnya jauh berbeza,jadi Habiburrahman El Shirazy dengan sedaya-upayanya cuba membuat filem kali ini sama seperti novelnya.

Secara ringkas,Filem ini menceritakan kehidupan Khairul Azzam, seorang mahasiswa Indonesia yang sedang menuntut ilmu di Al-Azhar University, Kairo. Cerita yang mampu menjadi inspirasi bagi kita, ketika melihat bagaimana kerja keras Khairul Azzam yang menuntut ilmu sekaligus berjuang demi ibu dan adik-adiknya di kampung. Filem ini juga mampu mendidik kita tentang cinta, ketika melihat usaha dan perjuangan Khairul Azzam dalam menemukan jodohnya dengan tetap selalu teguh berpedoman kepada ajaran agama.

Babak yang paling saya suka dalam filem ini ketika Azzam memberi nasihat kepada seorang kawannya yang telah berputus asa tentang cinta.Kawannya ini telahpun menggadaikan cintanya kerana seorang Ustaz yang baik dengannya masuk meminang kekasihnya,disebabkan kesempurnaan yang ada pada ustaz tersebut,dia menarik diri.Lalu Azzam menasihatinya,lebih kurang :

Azzam:Mendahulukan orang lain dalam ibadah itu makruh hukumnya.

Kawan:Tapi dia jauh lebih baik dari saya..

Azzam:Apakah kamu fikir kahwin itu bukan ibadah?

Huhuhuhu…

Related posts:

  1. Ketika Cinta Bertasbih 2
  2. Ayuh Pengarah Filem Tempatan!
  3. Syahadat Cinta:Kisah CINTA dan cinta
  4. Tentang Cinta Siri 3 : Menyelami Erti Cinta~
  5. Kerana Cinta

Categories: Azzariyat

Comments

No Comments

Leave a reply

Name *

Mail *

Website