27 January 2010 11 Komen

AJL24 & Illuminati:Jawapan Penerbit

Artikel ini merupakan jawapan kepada persoalan di artikel AJL 24 dan Illuminati,satu perancangan? tentang adakah penerbit AJL terlibat atau tidak. Seperti yang telah saya ulas di artikel tersebut,saya mengambil langkah selamat dengan menganggap bahawa penerbit tidak tahu apa-apa tentang AJL 24 dan Freemasonry/Illuminati, apa yang berlaku adalah suatu kebetulan dan Alhamdulillah, langkah selamat ini betul-betul selamat apabila penerbit AJL 24, Ahmad Shaifullizam Arshad mula menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh wartawan tentang AJL 24 dan Illuminati/Freemasonry.Jawapan di bawah diambil dari mStar Online.

“Kenapa pula saya nak rancang benda tu (unsur Freemason) kerana ia tiada kena-mengena dengan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24,” soal penerbit Ahmad Shaifullizam Arshad atau Gbam ketika dihubungi berhubung isu set pentas AJL24 yang dikatakan mirip kepada gerakan Freemason dan Illuminati.

Dakwaan ini tercetus ekoran pendedahan yang dibuat dalam blog milik seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jordan, Mohammad Sufian Talib, 22, mengenai unsur-unsur negatif yang ditemui sepanjang majlis itu berlangsung pada 10 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.

Blog jejakitinggalanrasul.blogspot.com itu menunjukkan bukti-bukti gambar gerakan Freemason dan Illuminati yang dikatakan banyak mempunyai persamaan dengan set pentas program yang ditonton oleh 4.6 juta penonton itu.

Bagi Gbam, mungkin semua perkara itu berlaku secara kebetulan. Tambahnya, persembahan opening dan interlude sahaja yang dirancang oleh TV3, sebaliknya untuk persembahan artis datang daripada idea mereka sendiri.

“Mengenai pakaian Datuk Siti Nurhaliza, tiada kena-mengena dengan kami kerana kami hanya memberitahu konsep kepadanya.

“Saya rasa mungkin sebab program ini dilihat oleh ramai penonton dan dikatakan sebagai event of the year…mungkin satu kebetulan. Kita tidak ketengahkan unsur anti-Islam,” jelas penerbit yang pertama kali menggalas tanggungjawab itu setelah mengimpikan untuk bergelar produser AJL sejak 10 tahun lalu.

Dalam nada kesal, Gbam berkata blog itu tidak patut menyebarkan dakwaan negatif seperti itu terhadap majlis yang bertemakan Music Unfolds itu.

“Tak baik orang tuduh saya dengan mengatakan penerbit tidak sensitif dengan agama Islam. Kalau perkara ini dirancang, saya nak tahu siapa ‘mastermind’ dia kerana tak masuk akal juga,” tuturnya.

Walaupun sebelum ini Gbam pernah mengatakan dia sanggup turun ke persada Hollywood seperti menyaksikan persembahan American Idol secara langsung untuk mendapatkan idea, namun tidak semestinya dia meniru bulat-bulat konsep yang diterjemahkan dalam program itu.

Katanya: “Saya hanya melihat cara mereka menyusun kedudukan kamera, lampu. Kalau saya meniru konsep persembahan seolah-olah kreativiti itu telah saya copy dan paste.

“AJL24 melibatkan satu produksi yang besar dan dipecahkan kepada bahagian masing-masing. Misalnya, team pakaian, team baju, dan artis pun ada team mereka sendiri.”

Beberapa kali Gbam menegaskan yang konsep yang mirip gerakan Freemason dan Illuminati itu bukan dirancang dan ia berlaku secara kebetulan.

“Mungkin ia adalah satu kebetulan. Saya pun tak tahu sangat pasal Freemason. Yang saya tahu, ia pernah ditonjolkan dalam filem dari Hollywood tapi saya tak ‘gila’ untuk merancang perkara seperti itu.

“Mungkin ia satu kebetulan. Bukan saya tak sensitif. Tetapi pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati dan sensitif. Secara tak langsung saya nak minta maaf juga.

“Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

[source]

Penutup bicara yang diberi oleh Penerbit benar-benar menunjukkan rasa rendah diri penerbit malah penerbit juga meminta maaf kepada semua orang yang terasa. Dan secara peribadi,saya memuji sikap penerbit AJL 24 kerana tidak mudah melenting walaupun dirinya hampir difitnah. Walhal jika kita ikuti isu semasa atau apa-apa kisah artis yang berlaku sekarang, pantang dicabar, jumpa di makhamah! Biarpun dirinya(penerbit) dipersalahkan dalam hal ini,walhal dia memang tidak tahu-menahu dalam isu Illuminati ini, dia tidak menuding jari pada orang lain, malah nekad untuk lebih berhati-hati dan setakat ini belum ada kenyataan daripada beliau untuk menyaman blog jejakitinggalanrasul yang mencetuskan kontroversi ini.

Alhamdulillah,dengan tercetusnya kontroversi ini, semestinya rakyat kita akan lebih cakna dan sensitif dengan perkara yang dilarang agama. Berapa ramai pembaca-pembaca yang selama ini memandang Illuminati sebagai perkara enteng, tapi kini mula mencari dan mengkaji tentangnya. Bukan kita ingin beriktikad dengannya tapi kita ingin lebih berhati-hati supaya kita tidak menghina Islam dalam sedar mahupun tidak.

Saya doakan yang terbaik untuk semua.

11 Responses to “AJL24 & Illuminati:Jawapan Penerbit”

  1. kyo_9 27 January 2010 at 8:42 pm #

    nice..
    gini ghupe nyer jawapan penerbit tuh..

  2. coolman 30 July 2010 at 5:25 pm #

    yela tu..smua kebetulan ek??stacy dalam sangkar tu kebetulan jg ke??6 – 7 persamaannya dgn illuminati..kebetulan ke??aku yakin ada kmpulan yg rancang ni…

  3. sha 25 August 2010 at 6:51 pm #

    Biasala tu, bila kita dah point out benda yang negatif, diaorang ni bukannya boleh terima. Nak tegakkan jugak benang yang basah tu. Lagipun dah terang2 dalam Islam, ada garis panduan untuk berhibur. Apa yang susahnya kalau ikut guideline tu, kata diaorang:’tak, tak bolehlah, kunolah, macam2lah’. Kunolah bagi diaorang sebab takleh nak berdangdut, takleh nak bukak sana bukak sini, hmmm takleh macam2lah. Pengaruh Illmuinati ni dah lama dalam kalangan Orang Malaysia ni, cuma sedar dengan tak sedar je. Apa2pun tahniah dan syabas kepada insan2 yang ada kesedaran buat analisa dan hebahkan pasal illuminati ni kat kita semua, hanya Allah saja yang dapat membalas semua ni. =)

  4. sheikh 14 October 2010 at 10:04 pm #

    bagi saya la kan benda2 mcm ni dilakukan oleh pihak illuminati melalui nama illuminati pn kte tidak boleh teka siapa dalangnya..tpi kte kena tahu gerakan ni memang dah bertapak kt malaysia sudah lama…

  5. Anti Illuminati 19 October 2010 at 4:22 am #

    tak mungkin kebetulan..
    jawapan budak tadika dari gbam..
    semuanya perancangan yang sangat kemas.
    laknat lah mereka yang mengagung2kan illuminati..
    Allahu Akbar!

    • Cerah Jeff 19 October 2010 at 12:05 pm #

      jujurnya,saya pun rasa sedemikian.Mungkin bab pemakaian itu kebetulan tapi bab latar dan hiasan,ia mesti bermotifkan sesuatu sebelum dihias. Wallahua’lam.

  6. Sham 3 December 2010 at 11:57 am #

    Yeke x dirancang… nama pon iluminasi muzik… iluminasi convert ke inggeris “illuminati”… sah2 dah…

  7. safiona lazarus 9 December 2010 at 1:38 pm #

    Pesanan ikhlas pada Gbam, sebelum terbitkan apa2 rancangan, sila rujuk pada ahli2 agama/sejarah dulu. nie tidak, org bg idea/konsep ko main ikut jer…patutnye buat la homework dulu…bila dah berlaku perkara yg tak diingini baru nak cover…jawapan standard “hanya kebetulan”….kita boleh tipu org tapi kita x boleh tipu Allah..

    fyi, aku dulu penah dok US 3 tahun….mase tu aku x tau langsung pasal freemasonry/illuminati….bila Allah beri aku hidayah + bukak minda aku + baca buku2 pasal FM/Illum. baru aku sedar sekarang…FM/Illum. dia control mind orang…subliminal messsage….yg boleh detect melalui pandangan mata hati dan bukan pandangan mata kasar semata2….selalu mintak doa pada Allah suapaya Allah bagi hidayah + petunjuk kepada hamba2Nya yang ingin mencari kebenaran…Amin!

  8. winset-z 10 December 2010 at 6:01 pm #

    dalam surah Hujurat ayat[6].dijelaskan bahawa jika ada perkhabaran dari org fasik hendaklah dipastikan kebanarannya dulu,[aku x tau gbam tu fasik ke x,tapi klu dah AJL tu ade org bukak aurat & macam2 maksiat lg yg malemahkan iman aku(org lain x lemah kot...sbb tu sokong AJL) xkan la aku nak kate gbam tu org soleh.musibah.........musibah.....Bile org fasik & org kafir dah jadi sanjungan & disokong......[ops lupe lak 1 m***y**a ...tapi agama pon bersatu ke] aku x kata die sokong freemason tapi yg gi tgk american idol tu pehal …kan dah t’pengaruh…

  9. ahmad 3 April 2011 at 4:29 am #

    hang punya blog ni baguih….hmmm, susah nk ckp pasai illuminati ni…aku dah nmpk sgt dah iluminati ni kat malaysia, bnyk sgt….hadoi….bnyk!!!lebih dari blog ni, aku sarankan hampa dan aku kembali kepada ajaran Al-quran dan sunnah rasul.

  10. Samwan 11 April 2011 at 4:44 pm #

    Assalamualaikum.

    Ada baiknya, kita memahami apa yang kita bicarakan. Sedikit kesal dengan komen penerbit yang boleh membawa kita jauh menyimpang dari hukum Allah.

    “Tak baik orang tuduh saya dengan mengatakan penerbit tidak sensitif dengan agama Islam. Kalau perkara ini dirancang, saya nak tahu siapa ‘mastermind’ dia kerana tak masuk akal juga,” tuturnya.

    Bukankah suara perempuan itu aurat? Dan mendedahkan aurat itu haram. Jadi haram bagi lelaki mendengar nyanyian perempuan. Tidak sensitive tentang hal suara perempuan atau pun dah buta hati dengan terikut-ikut dengan budaya barat?

    Ingatlah, kita akan dipertanggungjawabkan untuk setiap perilaku kita didunia.

    Saya menyeru diri saya sendiri dan sahabat sekalian supaya kembali kepada Allah dalam segala urusan. Dunia bersifat sementara dan medan mencari bekalan untuk hari akhirat.

    Wassalam


Leave a Reply