Wanita dan Kesihatan : Salah faham tentang PMS

PMS merupakan singkatan bagi Pre-menstrual-syndrom atau dalam bahasa melayunya Sindrom pra-haid. Kebanyakan wanita menjelang haidnya akan mengalami beberapa gejala atau symptom yang luar dari kebiasaan akibat gangguan horman dalam tubuh badan. Simptom ini bermula dari 7 hingga 10 hari sebelum haid tiba. Kajian menunjukkan PMS lebih banyak dialami oleh golongan wanita berumur 25 hingga 30 tahun. Namun, saya pasti di kalangan kita sendiri pun ramai yang mengalaminya.

Antara tanda-tanda PMS dari segi fizikal adalah rasa letih, tidur terganggu, kekejangan abdomen, sakit kepala dan kembung perut. Manakala tanda-tanda dari segi mental adalah berlakunya gangguan emosi, cepat naik marah, tertekan, rasa tidak berguna malah hilang minat minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan. Mungkin bagi golongan yang tidakĀ  mengalaminya, menganggap golongan wanita yang dilanda PMS sebagai seorang yang mengada-ngada. Tapi hakikatnya, segalanya berlaku diluar kawalan kerana disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam badan seseorang.

Salah Faham tentang PMS

Rata-rata orang Asia teruatamanya Malaysia menganggap gejala ini sebagai sesuatu yang normal berlaku terhadap setiap wanita, terutamanya mereka yang belum berkahwin. Makanya, tiada sebarang usaha yang dilakukan untuk mengatasinya. Mereka lebih rela menderita dalam senyap, menahan sakit sendiri, atau memilih tidur dan masa sebagai ubat. Hakikatnya, PMS jika tidak diatasi dengan baik akan mengganggu sistem kehidupan kita.

Terpaksa ponteng kelas, terpaksa meninggalkan aktiviti harian, terpaksa tidur sepanjang hari semata-mata untuk melegakan sakit yang dialami. Kajian menunjukkan PMS banyak menjejaskan wanita dalam aspek prestasi kerja, belajar, perhubungan sesame keluarga dan orang yang tersayang. Ramai wanita yang telah lali dengan PMS menganggapnya sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka. Konsep pemikiran yang salah inilah yang menghalang setiap dari kita untuk mendapatkan bantuan sebaiknya demi mengatasi gejala ini.

Terdapat juga mitos tentang penggunaan ubat-ubat penahan sakit yang boleh melegakan PMS, tetapi membawa kepada kesan yang lebih buruk pada masa akan datang. Hakikatnya, menurut seorang pelajar Farmasi, paracetamol bukanlah punca kepada kanser. Pengambilannya juga tidak membahayakan, maka kerajaan kita membolehkan paracetamol didapati oleh sesiapa saja dan dimana-mana sahaja.

Rawatan PMS

Antara cara perawatan yang baik untuk mengurangkan atau mengatasi sindrom ini adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Diet yang baik(kurangkan jumlah pengambilan gula dan lemah), senaman aerobic 30minit, 4 hingga 6 kali seminggu juga baik untuk mengatasi tekanan dan menstabilkan mood.

Cara yang paling mudah pastinya dengan pengambilan ubat-ubatan yang boleh menstabilkan hormon, juga ubat-ubatan penahan sakit yang boleh didapati di pasaran. Antara ubat yang disyorkan adalah Evening Primrose Oil(EPO) untuk menstabilkan hormon, dan juga pil panadol menstrual untuk melegakan senggugut.

Diharap dengan pembetulan-pembetulan ini, kita semua lebih yakin untuk mengambil langkah terbaik mengatasi PMS demi menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Related posts:

  1. Salah Faham Tentang Solat Jamak
  2. Rogol-lelaki atau wanita yang salah?
  3. Laporan:PROGRAM FIQH WANITA[WANITA DAN DARAH]
  4. Berbahagialah…Kerana Anda Seorang Wanita
  5. Langkah-Langkah Memelihara Kesihatan Iman

Categories: Azzariyat

Comments (5)

euforia

January 28th, 2010 at 1:18 pm    


menarik… bgs gak ade post pasal kesihatan ni, t.kasih pd penulis…

Cerah Jeff

January 28th, 2010 at 9:25 pm    


stuju2,lagipun bukan sume orang amik taw sal bende ni

bukannamasebenar

January 29th, 2010 at 11:55 pm    


semangat pulak encik2 lelaki ni nk comment.. haha

xpernah cuba, but i’ve heard yg panadol menstrual tu xelok sangat, sebab ade certain orang xkena senggugut selalu pun (not every month la maksudnye), tapi bila dh start ambik panadol tu, tiba2 jadi ‘habit’ pulak senggugut tu, n jadi makin teruk. betul ke?

cik nas^^

January 30th, 2010 at 6:53 pm    


salam. nice info sal pms!
juz nk share yang pil menstrual warna pink yg slalu girl2 mkn time period pain act not good to health coz, 1 pil tu bley than more than 5 years dlm ginjal. if diambil stiap bulan, ia akan sbbkn risiko skit buah pingang.

ad cara len nk hilang kn pms. cra pling mudah mkn cokelat. then. ur mood akan jd okey^^

konokokoro

February 1st, 2010 at 11:42 pm    


@cik nas^^

tq for the info…drpd makan ubat, lebih baik makan coklat kan? hehe..=)

Leave a reply

Name *

Mail *

Website