9 April 2010 1 Komen

Bukan Babi Sahaja…

Artikel kali ini masih berkaitan dengan Negara Matahari Terbit,al-maklumlah,orang baru sampai,mesti banyak yang ingin diceritakan. Jepun sememangnya terkenal sebagai Negara yang maju dari segi teknologi,bangsa yang sangat berdisiplin dan anime-anime yang menarik. Jika pengetahuan anda hanya setakat ini,anda belum mengenali Jepun yang sebenar. Berdasarkan pengalaman 2 minggu berada di Jepun,ada satu lagi benda yang mampu mengikat anda untuk terus berada di Negara Matahari Terbit ini dan perkara itu ialah makanan-makanan ringan,contohnya pudding(purin),cream puff(shu cream) dan onigiri(tsuna mayo maki).

“selain tsunamayo,yang mane lagi bley makan ni?”

“bace la ingredient belakang tu,kalau ade nyukazai,xyah la”

“ni ada kanji babi,”

“yang tut rang tang-tang takley makan la..”

“roti ni,bley makan ke?”

“asal xde ayam,daging n nyukazai,ok la kot..”

Teliti benar pelajar-pelajar JAD memilih makanan,menurut salah seorang , “makanan halal haram mesti diambil berat sebab jadi darah daging kita. Kalau dah jadi darah daging kita maknanya anak-anak kita pun akan terlibat sama,nanti perangai cam setan lak..”

Sebagai seorang pelajar Islam,saya sangat bangga dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan yang seorang ini tapi alangkah sedihnya bila orang yang sama tidak pernah menghiraukan solat atau tidak.Betul,di rumah dia solat tapi bila dia keluar ke Akihabara,dia lansung tidak menghiraukan solat fardhunya. Saya terangkan tentang ruksah(keringanan) dan kewajipan solat kepadanya,lalu dia balas, “susah lah nak buka stoking nak basuh kaki,dah la sejuk.”Saya terangkan lagi tentang khuf,lalu dia balas, “malu la nak solat tempat awam..”

Sedar atau tidak,kita sebenarnya telah mengaitkan halal dan haram secara mutlak kepada makanan dan zina sahaja,kita lansung tidak pernah kaitkan tinggal solat itu haram,tidak puasa di bulan ramadhan haram,meninggikan suara terhadap ibu bapa juga haram dan banyak perkara haram lain yang sudah tidak dipandang seperti kita memandang daging babi panggang walhal haram atau halal bukan sahaja melibatkan makanan atau COUPLE sahaja,bahkan merangkumi kesemua aspek kehidupan.

Jadi saya seru kepada semua yang membaca artikel ini supaya kita muhasabah diri kita balik dan rujuk balik Fardhu Ain apakah perkara yang halal dan apakah yang haram supaya persoalan halal haram ini tidak disalah faham.

One Response to “Bukan Babi Sahaja…”

  1. syahirul 10 April 2010 at 1:49 am #

    sangat menyokong artikel ini.. thumbs up


Leave a Reply