Aku Terima Cintanya
Apakah persepsi anda terhadap orang yang bercinta? Jika anda ‘budak Usrah yang baru’,mungkin anda akan membencinya. Jika anda ‘budak Usrah yang lama’,mungkin anda akan mendekatinya dengan cara yang baik dan menerangkannya tentang zina. Jika anda seorang yang Usrah pun tidak tahu apa,mungkin anda akan menyokong mereka melakukan zina. Setiap orang mempunyai persepsi masing-masing, memang tiada kata putus yang mengharamkan cinta tapi perlu diingatkan bahawa ada batas-batas yang memisahkan antara cinta halal dan cinta haram.Artikel ini tiada kaitan dengan bagaimana mencipta cinta yang halal atau apakah ciri-ciri cinta yang haram,sebaliknya artikel ini tentang bagaimana seorang wanita ‘cair’ dengan ayat-ayat seorang lelaki biasa.
Hari ini saya sempat berbalas status FB dengan seorang gadis yang seusia dengan adik saya,seorang yang tidak boleh hidup tanpa lelaki.Setiap masa mesti ada lelaki yang mendengar luahan dan ceritanya,kalau tiada,pasti dia bersedih.Saya mengenalinya bukan melalui adik saya tetapi menerusi sepupu saya ketika majlis pengebumian datuk sepupu saya yang lain.
Sepupu 1 : Sape Ayeen?Die add saya ikut FB
Sepupu 2 : Ade la…
Saya : Gewe awok ko?
Sepupu 2 : Ngorat jah…
Sepupu 1 : Budok sekolah agama kan?
Sepupu 2 : Hom..Tapi sekolah je agama die x agama pun. Dot di sekolah pakai tudung labuh,balik umah pakai skirt pendek.
Selepas habis majlis pengebumian datuk sepupu saya,saya balik ke rumah dan cari siapakah Ayeen dan memang benar, dia ‘in relationship with’ sepupu saya.Tidak sampai sebulan,statusnya kembali single.Seminggu selepas itu,dia kembali ‘in relationship’.Tanpa segan silu saya memulakan bicara.
Saya : Wah,laju cari peganti
Dia : Hehehe..nak wat camne,orang tinggal kite,terpakse la cari peganti baru
Saya : Yakin ke dia ni betul-betul nak kat Ayeen?
Dia : Yup,sebab dia cakap dia tunggu saya dari dulu lagi,masa kenal kat tuisyen,form 2.(sekarang Ayeen di form 4)
Saya : Ok lah camtu..Tapi ingat lah,laki sume mulut lidah bercabang,termasuk saya.
Dia : Lagipun,dia cakap dia ikhlas,dia cakap dia nak kawin ngan Ayeen,tu yang Ayeen percaya.
Saya : Ooo,baguslah,harap2 kawin la ek.Nak dengar nasihat?
Dia : Ok gak…
Saya : Laki ni ada banyak jenis.Ada yang bila dia sayang sorang pompuan,dia akan sayang betul-betul.Biar datang Lisa Suriani depan dia pun,dia takkan tergoda. Ada gak yang jenis kaki pancing,bila dapat,dia buang balik.Ala,sport fishing.
Dia : Sport fishing?
Saya : A’a,bila dapat ikan,dia lepas sebab dia pancing bukan untuk makan tapi untuk main-main dan jenis yang ni memang ramai.Semua ayat-ayat bunga akan keluar dari mulut dia.Saya nak kawin dengan awak,saya tunggu awak bertahun-tahun lama,saya rela bunuh diri kalau awak tolak cinta saya,saya sayang awak,i luv u so much dan macam-macam ayat lagi akan keluar.Matlamatnya hanya satu,ikan yang dipancing termakan umpan yang diletak. Padahal, tyme cakap ‘i luv u’ tu,dot usha FB pompuan lain.
Dia : Teruknya laki…
Saya : Yup,memang teruk tapi itulah hakikatnya. Nak cari lelaki yang benar-benar nak kat kita(cakap macam saya perempuan,hahhaha),sama susah nak cari pompuan tutup aurat dengan sempurna.Banyak lagi trick-trick yang akan laki guna untuk pastikan pompuan yang dia nak,dia dapat.Tapi dia bukan nak betul-betul,kadang-kadang ada lelaki yang nak perempuan tu sebab kawan-kawan dia selalu cakap siapa dapat perempuan tu mesti hebat.Jadi untuk tunjuk dia hebat depan kawan-kawan dia,dia usha la pompuan tu.Pompuan yang memang mudah cair dengan pujuk rayu laki,memang akan termakan la dengan segala kata-kata manis beracun itu.
Dia : Lelaki tak bersalah ke buat macam tu?
Saya : Mungkin ada yang rasa bersalah tapi kadang-kadang,mungkin bila dia dengar seruan azan or tengah solat,dia insaf. Tapi insafnya tidak lama,bila dia bersendirian,mula lah dia cari balik perempuan-perempuan.Nak taw sumthing?
Dia : apa dia?
Saya : Tyme dia panggil Ayeen sayang,Ayeen rasa camne?
Dia : hahahha,segan lah..Rasa disayangi..
Saya : Lagi?
Dia : Takde,rasa disayangi je..Tapi membahagiakan..
Saya : Ayeen taw bila Ayeen panggil budak laki as Sayang even mesej,apa yang dia rasa?
Dia : Disayangi lah kot sebab tyme couple,sume orang cakap kalau nak tunjuk kita sayang kat dia,panggil lah sayang.
Saya : Rasa disayangi itu satu hal dan sebenarnya ada lelaki yang teransang dengan panggilan itu,lebih-lebih lagi yang call di waktu subuh.Konon-konon nak kejut subuh tapi sebenarnya nak dengar suara sayup-sayup pompuan tidur.
Dia : Mane taw sume ni?Cam mengarot je..
Saya : Saya sekolah sejenis dari tadika lagi hinggalah awal form 4,form 1 hingga form 3 tu dahlah sejenis,sekolah agama lak,memang kuat lah bincang isu-isu Munakahat(nikah kahwin) ni,kadang-kadang satu hari suntuk dot bincang benda-benda ni.
Dia : Oooo…
Saya : So,saya x kata couple tu dibenarkan or salah,cuma sebelum terima seorang laki,periksa dulu latar belakangnya, kenal familinya dan tanya ‘adakah nak kawin ngan saya,kalau nak,datang umah jumpa mak abah dulu’,kalau dia kata nak,ok go on la.
Dia : Thanx
Ya,tadi saya buka Facebooknya dan statusnya kembali single.Baru 3 minggu selepas saya memberi nasihat kepadanya dan saya tanya dia “dah clash ke?”
“Tak sampai seminggu pun”
Tak sampai seminggu?BUkankah dia tunggu kamu dari form 2 lagi?Wahai kaum hawa,teliti balik dan kaji balik apa yang berlaku di sekeliling kamu,kamu sangat senang dipermainkan,jangan sesekali keluarkan perkataan sayang dari mulut kamu sehinggalah orang yang kamu ingin panggil sayang itu berstatus suami kamu.
WAlaupun nasihat ini pasti menjatuhkan saham saya =P,tapi saya seru juga kepada semua kaum hawa supaya jangan sesekali termakan dengan godaan lelaki,tanya balik soalan yang saya tulis di atas dan pastikan dia adalah suami kamu,barulah kamu keluarkan perkataan sayang.
Ingatlah fitnah paling besar di akhir zaman ialah godaan wanita dan tanya diri kamu,adakah kamu ingin menjadi salah satu dari fitnah dunia?
Related posts:



Comments (44)
tinta menari^^
April 15th, 2010 at 11:51 pm
moga dijauhi dr fitnah dunia.
ameen .
euforia
April 16th, 2010 at 12:14 am
hmmm~~
Solivitehoshi
April 16th, 2010 at 12:15 am
like this post..thnx.nsht yg sgt bergune…:)
Shau
April 16th, 2010 at 12:47 am
saya setuju..
puteri
April 16th, 2010 at 1:03 am
subhanAllah….artikel ni sangat bagus…terima kasih kepada penuli..
Prozen ninja
April 16th, 2010 at 1:06 am
MasyaAllah….xsangka mcm tu sekali….semoga kita semua dapat ambik pengajaran dan sebarkan…..Terima kasih atas perkongsian antum….pendekatan terbaik untuk beri nasihat…thumbs up =)
sarah
April 16th, 2010 at 1:59 am
Assalamualaikum…
sy telah di tag dalam ruangan ini maka sy pun terasa ingin nak memberi kesedaran pada diri sendiri dan semua kawan2 lain…
sy bukan la budak perempuan daripd sekolah agama ataupun maahad2 ternama yg ada di malaysia ataupun di luar sana.cuma seorang perempuan biasa yang iman dan akal hanya senipis rambut.tetapi sy masih lagi belajar untuk mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki akhlak yang serba kekurangan ini.(jadi jgn terasa kalau penulisan ini mengguris hati.maaf saya pinta)
di tempat sy belajar, sy lihat pelbagai ragam dari byk pihak.maklum lah byk kos disini…ada yg terlalu menjaga batas n ada juga yang terlalu terbuka fikiran sehingga “terbuka” di sana sini.
sbgai seorang gadis biasa sy mula berazam mencari cinta…maklumlah,dah degree.after degree, boley kahwin.(sy fikir saje)lumrah menjadi gadis pada usia awal 20an, ada saja kumbang yg dtg mendekati.
sy suka belajar melalui contoh.sy lihat couple yang berpegangan tgn dan “teraba2″ xakan kekal hingga ke jinjang pelamin.maka mana2 lelaki yg cuba mendekati dgn cara itu…sy tolak sebaik mungkin.alhamdulillah…semoga sy xkan terjerat dgn cara sebegini.
ikhlas sy katakan, wanita mana yg xmahu dibelai dan disayangi? wanita juga mahukan belaian dan sentuhan kasih drpd pasangan yang dikasihinya. harapan, pasangan itu akan kekal hingga ke akhir hayat…maka sy lihat segelintir perempuan mudah percaya dan menurut sj kehendak diri dan pasangan untuk saling “berbelaian”.apabila harapan musnah apabila di tinggal oleh sang kumbang yg sudah pun bosan…hati wanita hancur.(ini golongan perempuan yang senang percaya)(ramai juga lelaki macam ni)
sy kasihan melihat mereka…n benci pada kumbang2 yang terbang bebas selepas melayukan si bunga.maka timbul persoalan,bagaimana hendak mencari cinta sekiranya kita xdapt membezakan lelaki2 yg sedia ada?(dan bagi lelaki pula…kesian jugak saya tgok lepas kene tgl awek)
kalau bg lelaki, godaan perempuan merupakan fitnah paling besar, bagi sy sendiri… pujuk rayu lelaki sebenarnya fitnah yang paling besar…kerana ia boleh menggelapkan seluruh hidup seorang wanita…
jadi para lelaki, jgn tahu asyik nak menegur dan mengutuk wanita, lelaki sendiri patut mengawal nafsu dan jgn asyik nak mencuba untuk memikat.kalau nak memikat, pastikan anda benar2 pasti,sepasti-pasti dan yakin, dialah wanita yg bakal bergelar isteri…jgn lukakan hati wanita…kerana wanita juga boleh menghancurkan hidup lelaki dgn “fitnah” yang dibawanya.
lelaki dan perempuan…sma2 mempunyai kuasa.Jadi sy minta seikhlas hati, untuk para lelaki(selaku pemimpin), tunjukkan lah contoh tauladan yg baik kpd seorg perempuan yang akalnya hy senipis rambutnya ini…supaya bangkit seorg perempuan menjadi perempuan yang lebih baik n solehah…jgn la terlalu lemah sehingga kamu pula yang diperdaya oleh wanita~
kerana kewujudan lelaki,wujud wanita~tugas kamu lelaki…untuk memelihara kami…bukan merosakkan.
maaf kalau terkasar bicara~cuma peringatan untuk diri n kawan2 lain
namirah
April 16th, 2010 at 4:46 am
hohooh..lelaki mmg suka ckp syg.tp sgt cpt ilang syg tu bila hati dh terbekenan kt yg lain…
kdg2 sy mls dh nk percaya laki ni..ces!!
lelaki semua begini kah?
great
April 16th, 2010 at 12:34 pm
nice article.. mmg btol sgt ape yg dtulis.. bagi saya, saya lebih suka guna istilah “mengawan”. Klau tengok kt skeliling kita skrg, x ubah mcm duduk di kalangan binatang. Semua msti nk bercouple, nk berpasang-pasang. Lpas tu putus, cari yg lain plak, putus lagi, cari lagi.. Ermm.. macam musim mengawan.. saya lelaki, dan saya pun mengaku memang ramai lelaki mcm tu zaman skarang ni. prmpuan pun jgn mudah sgt trpedaya..
Cerah Jeff
April 16th, 2010 at 2:11 pm
sangat setuju dengan saudari,malah sebelum Allah menegur wanita tentang aurat,Allah dahulukan teguran terhadap lelaki supaya menjaga pandangan dan memelihara kehormatan diri(An-Nur 30-31)
amirhailmi
April 16th, 2010 at 3:41 pm
salam… cuma satu cadangan… memandangkan hari ini kita tengok kerosakan di kalangan lelaki dan wanita begitu berleluasa, maka jalan terbaik ialah dengan menjadikan seseorang yang boleh dipercayai sebagai orang tengah utk cari jodoh(kira kena kembali ke method lama ni). tak kira lah mak ayah, ataupun ustaz @ ustazah yang kita kenal kerana mereka pastinya akan cari yang terbaik utk kita… sekadar cadangan…
TokiDOki
April 16th, 2010 at 4:31 pm
post yg tersangat menarik…penat gak saye bitau benda nih pasal kat pompuan..tapi ade yg ikut dan ade yg tak…penat nak berckp..tapi ape yg dipostkan nih mmg ade kebenarannye..
semoga jadikan ini satu iktibar bukan untuk dibaca…
4 golongan yang boleh menarik lelaki ke neraka ialah
isteri ibu adik atau kakak..fahami la wahai kaum hawa jgn terpedaya dgn kata2 lelaki sesungguhnye wanita dilahirkan dgn hati yang kuat dan tabah..harap korang paham ape yg aku tulis tadi
cik mut
April 16th, 2010 at 7:47 pm
article yg menarik dan kene pada situasi sekarang =)
kpd wanita yang tak boleh hidup tanpa lelaki
banyak2kan berdoa
supaya Allah pelihara hati kita dr mencintai lelaki yang tidak layak dicintai
doa bersungguh2 kerana Allah s.w.t lah yang membolak balikkan hati manusia
jadi soal hati, serah pada Allah~ =)
i am n
April 18th, 2010 at 1:12 am
hurm…menarik…menarik…
ainik
April 18th, 2010 at 5:38 pm
emm..bgus3..tahniah saudara penulis..
tp kalo kte dh kapel n dh kenal si dia,sesuai jd suami n pmbimbing, n mak ayah pun saling mengenali,kne putus ke sbb msh study n xmampu kwen lg.
euforia
April 22nd, 2010 at 7:56 pm
@ ainik,
kalau saya kata anda kene putus?
ikan06
April 28th, 2010 at 1:03 am
huhu.. putus x semestinya stop caring about that person. you still care, its just that you dont show it anymore to that person.. and caring doesnt mean going out, bergayut or chat berjam2..
kalau btl2 care about that person, bnyk2 la doa semoga Allah jodohkn dgn die
insyaAllah..
ikan06
April 28th, 2010 at 1:07 am
Islam suruh umat die jaga saudara mereka!! bkn menyakiti atau merosakkn..
Cerah Jeff
April 29th, 2010 at 1:35 am
selagi kita tidak mampu menyedarkan umat Islam bahawa dakwah itu wajib,selagi itulah umat Islam tidak akan sdar bahawa menjaga saudara mereka juga satu kewajiban
tirah
May 24th, 2010 at 2:40 am
Assalamualaikum,
apa yg boleh sy katakan, oh ya, salah satu dari cara menasihati yg bagus, barangkali?
=)
hidayah
June 24th, 2010 at 8:51 pm
salam.. sangat setuju dengan penulis blog…
pernah alami masalah mcm nii,,
sorg lelaki yg difikirkan nampak agama nya… sya ingt boleh memimpin diri. yela, umur baru nak masuk 20 pada waktu tu…
terima laa lelaki tu… apa yg sya sukakn, agama sya dijga, x pernak mgambil kesempatan mahupun berpgg tgn… tapi tiada jodoh kami bpisah.
apa yg sya nak nyatakan, hbgn kami Alhamdullilah bnyk mgajar sya erti hidup yg sebenar.ALLAH memberi pgjrn yg besar dan hikmah yg besar apabila hubungan kami putus. di sini sya melihat jika bkn jodoh kte, perthnkn mcm mana pun xkn menjadi. biarlah masa yg menentukan. sekrg ni,, apepun pelajaran yg sya utamakan. bila fokus betul2.. rase sunyi seorg diri tiada, malah kerinduan pd yg ESA lg tinggi dah rindu pada keluarga apabila berjauhan lagi terasa. bila masa terluang, sertai aktiviti.
sya x mglkkn couple. sekiranya betul2 yakin dgn pilihan. istikarah dan pada sya pastikan hbs blaja dahulu.. =)
pandangan shja.
sakinah_gurlz
July 27th, 2010 at 11:45 pm
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
Cerah Jeff
July 29th, 2010 at 9:49 pm
sungguh berbesar hati untuk membaca perkongsian dari saudari tentang kefahaman saudari tentang ayat itu
Nurliyana
August 17th, 2010 at 11:20 pm
salam..
interesting la artikel nih..
truskan berkarya deh.TQ.
puteri salju
September 22nd, 2010 at 10:43 am
artkel yg mnrik utk sm2 kita renung2kan…krn inilh situasi yg sring tjdi pd remaja kita..gljak nfsu utk disyangi, myanygi…itu semua adlh ftrh kita sbgai mnusia biasa…nmun, prnhkh kita trfikir bhwa org yg kita pja itu adlh mkhluk yg sama sja dgn kita, yg akn mdh hlg prinsip yg slm ini dijunjg,apbla ketemu cnta dnia…cnta dnia xakn mbwa kbhgiaan hakiki skranya x dsemai dgn benih2 ksih Illahi…
hafizi tan
September 24th, 2010 at 2:42 pm
setuju sgt2…:)
pain
October 10th, 2010 at 8:20 pm
entri ini sangat bermakna…..
wanita perlu lebih berhati2 slps ini..
ash
October 27th, 2010 at 3:47 pm
huhu…. tepat!
silmi
October 28th, 2010 at 1:19 pm
salam..artikel yg mnarik+brmakna..thnx
izin share^^
Cerah Jeff
October 28th, 2010 at 6:10 pm
persilakan,lagi indah kalau dilink kan dengan Azzariyat
silmi
October 28th, 2010 at 10:34 pm
insyaAllah,syukran ye..:)
purple
November 9th, 2010 at 11:41 am
sangat berguna article ni, terima kasih kepada penulis kerana sgt berterus trang.
tautanhati
December 20th, 2010 at 12:12 pm
sgguh b’makna..ana mohon share ye utk p’kongsian shbt2 lain..syukran..
Cerah Jeff
December 20th, 2010 at 1:04 pm
douzo(silakan)
fisol
January 31st, 2011 at 9:48 pm
Untuk itu whai lelaki…ubhlh diri kamu..kerna lelki yg seorang mungkin lelaki lain turut trkena tempias…sukar untuk dipercayai wlaupun dia serius…
din
March 9th, 2011 at 11:46 am
sangat tak suka dgn intro.
“Jika anda seorang yang Usrah pun tidak tahu apa,mungkin anda akan menyokong mereka melakukan zina.”
kenapa nak compare org yg join usrah dgn tak.. bukan manusia dinilai dgn iman ke?
ummuuswah
March 11th, 2011 at 12:32 am
yup. lelaki akan cuba mengorat pompuan. lagi susah, lagi dia suka. adventure katanya.
macam2 cara, sampai nak juga kata kat meke, “Ko ni tak tahu malu ke, nak ngorat anak dara org ?” tapi sebab mak kata jaga mulut sikit dgn bdk laki ni n jgn buat hal, so baik diam n buat muka tak tahu je. klw jumpa yg macam ni, say bye-bye je la. memang tak patut jadi laki, boye frend blh.
cari pasangan bila kita betul2 dah siap utk nikah. contohnya, bila kita kata “mak saya nak nikah ni”. then, mak kata “ok je, bawalah kenalkan pada mak.” tu maksudnya, mak dah bagi lampu hijau dan penilaian utk anda kawen setle.
tapi klw mak kata, “sekolah pun tak habis lg dah gatal nak belaki” tu maksudnya red ligth utk anda. byk lg nak kene bljr ttg rumahtangga.
pastu baru blh cari lelaki yg baik adalah yg betul2 siap utk kawen dgn anda. carilah yg beriman betul2 sebab ramai yg celup2 je skrg ni. ada pekerjaan yg halal, dapat terima anda dan keluarga. famili dia pun patut dpt terima anda gak. baru kurang risiko dlm rumahtangga.
Nikah ni soal tanggungjawab, lepas nikah dan ade anak baru tahu susah senang mak ayah kita dulu besarkan kita. sebelum tu memang tak ingat dunia, enjoy je kerjanya.
Lastly, perbaiki diri dan Allah akan menemukan anda dengan pasangan yg terbaik utk anda. And I get it.
imny.hanani
March 17th, 2011 at 8:39 am
entri ny emg tol2 bgos! taniah .
ketahuilah bhwe sesungguhnya allah akn temukan kte dgn org yg slh b4 temukan kte dgn org yg betul .
jd senanye perlu ke kte kapel ? ana rse tak . mmg bnr laki or pompuan (lbih2 lg remaja nh kan) akn ad perasaan uh(na kapel uh sume) tp bkn ke Allah da ttpkan jdoh kte di loh mahfuz? yup, kte juz perlu cari jeh n kte yg tentukan personaliti ‘jdoh’ kte tu(sbb kte yg plih). Rasulullah sndri bersbda kalo dah suke sme ske , kwen a cpt . tu un tok elakkan zina n else .
*arap pham a . ana juz kongsi pndgn . slmt beramal .
Nor
March 23rd, 2011 at 9:31 pm
Nasihat yg sangat berguna..^_^
Melihatkan senario sekarang, saya menjadi fobia dengan lelaki…walaupun tak pernah bercinta..tapi saya banyak mendapat pengajaran dari pengalaman rakan-rakan yang mabuk cinta (sebab diorang selalu tanya pendapat dan nasihat sy)…
CINTA – banyak seksanya dari gembira..ramai yang menganggap kekasih tu macam suami/isteri..ada juga berkelakuan bagai suami isteri (bersalaman cium tangan)..sedangkan masih tiada ikatan…ramai yang tersalah faham dan buat pemahaman sendiri tentang hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim..walaupun sepasang kekasih, tapi batas-batas pergaulan tetap sama (antara bkn muhrim)..tapi yang haram telah dihalalkan..
Saya hanya ingin kongsi pendapat sahaja..maaf andai bahasa saya tak sesuai dan terima kasih kerna memberikan nasihat yang berguna.
AKU TERIMA CINTANYA « 05sep2010
August 10th, 2011 at 10:47 am
[...] Cintanya [...]
Liana
August 18th, 2011 at 10:02 pm
Perkongsian yang baik. Bertambah baik kerana berusaha memberi nasihat kepada orang yang melakukan maksiat.
Ia menjadi iktibar, bahawa setiap yang sedar perlu mengambil langkah untuk memberi nasihat dan menegur.
biskutmerri
August 26th, 2011 at 12:57 pm
jika perempuan jahat untuk lelaki yg jahat..perempuan baik utk laki yg baik…bagaimana perempuan jahat itu hendak berubah…sy jahil akn ilmu agama dan mahu mengambil pelajaran sekiranya sudi dikongsikan dengn sy…
Cerah Jeff
August 27th, 2011 at 2:22 pm
“….dan mungkin kamu benci akan sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu lebih sukai sesuatu, sedangkan ia buruk bagi kamu. Allah lebih mengetahui” Al Baqarah 2:216
Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita, tak payah la bimbang dengan ketentuannya. Berubah bukan kerana untuk mendapat lelaki yg baik, berubah kerana Allah, insya Allah..
ibnu sina
November 21st, 2011 at 4:00 pm
semua yang hidup akan mati kecuali allah…
Leave a reply