Kenapa Abu Bakar Tidak Syahid

Bila diimbas kembali tentang Khalifah Ar-Rasyidin,Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali,cara kematian mereka semuanya sama,mati dibunuh kecuali Abu Bakar. Saya pernah bertanya kepada Naqoba’,Ustaz dan Ustazah,apakah ada hadis atau sebab mengapa Saidina Abu Bakar mati dek uzur sedangkan 3 khalifah lain mati dibunuh tapi tiada jawapan yang konkrit mereka berikan,semuanya andaian-andaian dan bagi saya,walaupun jawapan mereka bukan jawapan yang kukuh,saya pasti andaian yang diberikan itu sangat tepat.Ya,mungkin anda semua tertanya,”awat budak ni,ajal maut di tangan Tuhan, cara mati pun Allah tentukan,so xyah la dot tanya benda-benda simple camni.”Mungkin pada anda ini perkara simple tapi saya yakin apa yang berlaku terhadap para sahabat,ada sebabnya.

Contohnya Khalid Al-Walid,apa jua peperangan yang disertainya,pasti dia menang dan pantang dengar seruan jihad,dia akan sertai.Niatnya hanya satu,untuk mencari syahid tapi kenapa dia mati di atas katil dalam rumahnya?Jawapannya, semasa beliau hidup,baginda pernah bersabda bahawa mana-mana peperangan yang disertai oleh Khalid,pasti Islam akan menang.Jadi,jika dia mati di medan peperangan,pasti Islam akan kalah disebabkan Khalid Al-Walid merupakan General Islam.Kalau Khalid Al-Walid pun cara matinya bersebab,ini pula kekasih no.1 Rasulullah.

Islamnya Abu Bakar As-Siddiq

Ramai yang tahu Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat pertama yang memeluk Islam,tapi berapa ramai yang tahu bagaimana dia memeluk Islam.

Abu Bakar pernah menceritakan pengislamannya kepada Ibnu Mas’ud,katanya “Aku pernah ke Yaman dan berjumpa dengan seorang tua.Dia rajin membaca kitab dan telah mengajar banyak murid.Lalu dia berkata kepada ku:

Orang Tua : Saya rasa tuan datang dari Tanah Haram(Makkah)

Abu Bakar : Benar

Orang Tua : Apakah tuan berbangsa Quraisy

Abu Bakar : Benar

Orang Tua : Apa yang saya lihat,Tuan ini dari keluarga Bani Tamim?

Abu Bakar : Benar

Orang Tua : Ada satu perkara yang ingin saya tanyakan kepada tuan iaitu jika tuan tidak keberatan,benarkan saya melihat perut tuan.

Abu Bakar : Saya tidak benarkan selagi tuan tidak perjelaskan niat sebenar tuan kepada ku

Orang Tua : Sesungguhnya,menurut ilmu yang ada padaku,seorang Nabi Allah akan diutuskan di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh 2 orang sahabatnya yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur.Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam kesusahan.Sementara yang separuh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus,ada tahi lalat di perutnya dan ada sesuatu tanda di paha kirinya.Apakah sudi tuan memperlihatkannya kepadaku.

Lalu Abu Bakar membuka bajunya dan memperlihatkan tahi lalat di perutnya.

Orang Tua : Demi Tuhan yang menguasai Kaabah,tuanlah orangnya!

Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kerana menguruskan perniagaan dan sebelum meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, “Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?

“Boleh sahaja, jawabku.

Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Makkah. Setibanya aku di Makkah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, “Adakah engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, “Apakah yang terjadi itu?

Jawab mereka, “Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.

Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, “Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan dan aku mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dan kepercayaan nenek moyang kita.

Maka ujar baginda, “Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian ummat!

Aku pun bertanya kepada baginda, “Apa buktinya?

Jawabnya, “Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.

Aku menambah lagi, “Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?

Baginda menyambung, “Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!

Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, “Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?

Maka ujar baginda, “Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.

Akhirnya aku benkata, “Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.

Itulah kisah keislaman Abu Bakar As-Siddiq,manusia yang diibaratkan;

Kalau dikumpul semua kafir di atas muka bumi ini,tidak akan sama dengan seorang Muslim.Kalau dikumpulkan semua orang Muslim,tidak akan sama dengan para sahabat.Kalau dikumpul semua sahabat,tidak akan sama dengan Abu Bakar.

Pengorbanannya dalam dakwah Islam memang tidak boleh dicanggah lagi.Suatu ketika Jibril datang berjumpa dengan Nabi dalam keadaan berpakaian guni dan berbutang duri,lalu Rasulullah bertanya, “Wahai kekasihku,kenapakah kamu berpakaian sebegini?”Lantas Jibril membalas, “Wahai kekasihku,Allah telah memerintahkan kami(malaikat) untuk berpakaian sepertimana Abu Bakar berpakaian.Tatkala umat Islam diseru menginfakkan harta ke jalan Allah,Abu Bakar telah menginfakkan seluruh hartanya ke jalan Allah hinggakan bajunya daripada guni dan butangnya daripada duri.”

Begitu juga semasa peristiwa Hijrah.Tatkala Rasulullah ke rumah Abu Bakar untuk memulakan misi Hijrah,alangkah terkejutnya baginda bila melihat Abu Bakar sudah siap dengan 2 ekor unta untuk bergerak.”Bilakah kamu bersiap Abu Bakar?”Soal Rasulullah.Abu Bakar menjawab, “dari hari kamu warwarkan kepadaku bahawa perintah Hijrah telah turun kepada mu Ya Rasulullah.”

Andaian Kematian Abu Bakar

Disebabkan pengorbanannya yang besarlah membuatkan saya tertanya mengapa cara ajal menjemputnya berbeza dengan khalifah-khalifah yang lain.Benar,tiada jawapan atau hadis nabi yang menceritakan tentang kematian Abu Bakar tapi saya yakin dengan andaian seorang Alim kepada saya:

Alim : Pernah dengar, “kalau dikumpulkan segala pahala umat Islam,pasti tidak dapat lawan pahala Abu Bakar As-Siddiq.

Saya : Ya,pernah.

Alim : Ana tidak ada hujah yang kukuh,ini sekadar pendapat.Mungkin,Allah matikan Abu Bakar berasbabkan uzur kerana kalau tiada pahala syahid pun,dia sudah mempunyai pahala yang terlampau banyak.Ana tidak kata khalifah lain tidak mempunyai pahala yang sedikit,tapi mungkin Abu Bakar tidak perlukan pahala Syahid untuk bersalaman dengan malaikat-malaikat.Wallahua’lam.

Perlu diingatkan,ini sekadar andaian,bukan fakta atau hadis,jika salah,sila tegur.

“Ketika Rasulullah berada di hadapan, ku pandangi pesonanya dari kaki hingga hujung kepala. Tahukah kalian apa yang menjelma? CINTA!!’ (Abu Bakar As-Siddiq r.a)

Related posts:

  1. Bukti Kukuh Khalid Al-Walid Tidak Akan Syahid
  2. Antara Abu Bakar dan Ali
  3. Kenapa Tidak Pada Babi?
  4. Cerpen Hijrah: Aku Idamkan Syahid
  5. “Kenapa Tuhan Buat Neraka? Kenapa Tak Buat Syurga Je?”

Categories: Sirah

Comments (11)

TokiDOki

April 24th, 2010 at 10:45 am    


Seronok baca kisah2 para sahabat…
kalau dapat baca banyak lagi kisah para sahabat kan best…

miss

April 24th, 2010 at 11:54 am    


bagus kongsi2 kisah2 para sahabat..
kadang2 kite manusia terlupa..kongsi2 ni boleh mengingatkan sesama kite..

amirhailmi

April 24th, 2010 at 10:32 pm    


http://www.youtube.com/watch?v=iyLCgvdrRDQ

kat atas ni link ceramah bertajuk biography of Abdullah Ibnu Maas’od. disampaikan oleh seorang penceramah yang mantap. sharing is caring! hehehe

Cerah Jeff

April 24th, 2010 at 11:51 pm    


@tokidoki&miss 24: kalo ada yang ingin dikongsikan bersama,jangan segan emailkan pada kami :D

@amirhailmi:thx,dah dengar n 5star!

imtiaz bebop

April 26th, 2010 at 8:05 pm    


syukran very much krana sudi berkongsi ilmu…. al ilmu bila amalin khasshajari bila samarin (ilmu yg x d amal spt pokok yg x berbuah)(”,)

dyana

October 22nd, 2010 at 9:45 pm    


Hmm, pndgn yg blh diterime jugak.
n terfikir n tertanye2 jugak psl ni.
~ smoge kite boleh amek teladan dr kisah para sahabat yg begitu tggi akhlaknya,

~Be Muttaqin, InsyaAllah.

muazzin

February 13th, 2011 at 4:41 pm    


salam, Abu Bakar As-Siddiq …ulama bersepakat beliau mati syahid diesebabkan bisa dari Ular yang mematuk ketika beliau bersama Rasulullah saw di dalam gua meyebabkan beliau menghidapi sakit dari bisa tadi sepanjang hayat beliau.

AsNiza

August 4th, 2011 at 12:03 am    


salam wbt..

terima kasih atas perkongsian.. terkenangkan Abu Bakar, membaca kisah2 beliau.. mudah saja saya menitiskan airmata.. betapa besarnya perbezaan antara saya dengan dia, kecintaannya kepada Rasulullah saw.. sungguh suci. saya ni, entah bagaimana..

teruskan berkongsi.. moga mendapat sebaik2 ganjaran dari Ilahi.

Wan

October 21st, 2011 at 5:19 pm    


Salam…

Saya berpendapat tidak perlulah kita mengkaji mengapa Saidina Abu Bakar r.anhu tidak syahid. Ini kerana sebagai amirul mukminin, beliau lebih afdal menjaga urusan mukminin daripada berjihad, dan awak tahu tak “Seorang yang afdal di tanah sendiri kerana manfaatnya walaupun dikecuali dari jihad, dia juga akan tergolong sebagai syahid sekiranya mati di tempat sendiri”.
Harap awak dapat berhati-hati… Itulah juga yang Saidina ‘Umar ataupun Saidina Abu Bakar beritahu Muadz b. Jabal, juga salah seorang sahabat yang juga alim besar.

Sekian, wassalam..
Wan.
Shaharizuan.Latif@al-ikhsan.com.my

Pak Teh

December 25th, 2011 at 11:36 pm    


Assalamulaikum wrt,,
kenapa Saidina Abu Bakar tidak syahid.. sebab dia benar2,,sepenuhnya mengikut amal Nabi Muhahmmad saw,,, ikhlas suci dari hatinya yang bercahaya,,, dengan asma Allah,,, sentiasa tidak lalai dengan mata hati yang sentiasa mendengar sebutan Allah,,allah,,,allah,,, banyak banyak.. dihatinya,,,sehingga hayatnya,,, maka janji Allah tidak lah tercela jasadnya,,, seperti mana Nabi Muhammad rasulullah saw ..

Pak Teh

December 25th, 2011 at 11:45 pm    


Didalam alquran sudah dijanjikan pelihara dan berbahgia kepada orang mukmin.. allah janji pelihara dunia dan akhirat serta berbahgia pula.. kalau dah jadi bangkai tu maksudnya tidak dapat pelihara allah..allah tidak menipu dalam menyebut memelihara dan berbahgia kepada hambanya? tetapi manusia yg suka menipu diri mereka sendiri..

Amal ini bukan bab amalan jasad, jasad sudah tidak bergerak, tetapi roh tidak mati, roh ini yg nak beramal…dimana tempat dia nak beramal, sudah pasti tempah yg dulu dicintainya..iaitu kalbun yg ada pada jasad tadi…

Bab amal ketika dalam kubur ini ,bukan bab amal untuk dapatkan pahala, ini amalan kalbun mukminin, kecintaan hati kepada penciptanya.. hati yg kekal mencintai allah..sudah berkilau dengan kalimah allah sebab masa hidupnya sentiasa mengingati dan menyebut ALLAH.. itu yg dikatakan kuburnya terang..

Kita perhatikan kenapa kalau kita kekubur disuruh bagi salam? org dalam kubur tu kan dah mati.. artinya org didalam kubur masih menjawabnya..itu juga sebahgian amalan… kenapa rasullullah telah wafat, setiap kali kita berselawat, baginda menjawabnya? kan rasullullah dah wafat, nak buat apa selawat lagi, itu amalan baginda..itu tanda nya org yg mati, itu bukan lah mati betul2, mereka mendengar, melihat, merasa, dan mampu beramal…

Allah lah yg mengetahui ilmu ghaib, dan sedikit dari manusia ini yg mengetahuinya, iaitu org2 yg dikehendakinya dengan jalan hidayah..

zikrullah, hati sebut ALLAH itu kekal selamanya..kerana allah kata nak jadi manusia wajib ada zikrullah… yg nak masuk syurga itu manusia, bukan haiwan..maka kene ada amalan jadi manusia..

“iqraq bismirabbikal lazi kholak, kholakal insan namin alak” sebutlah nama allah yg menjadikan,(semua makhluk) tetapi, dia menjadikan manusia dari hati”..iaitu hati tempat sebut nama allah tadi..

Sebabtu allah kata kalau kamu tidak tahu tanyalah Ahli zikir.. allah tak tulis dalam alquran tu, tanya ustaz? Allah tak suruh tanya org yg berilmu(tanpa hidayah).. Pasal org berilmu ini ilmunya ikut nafsu, rasullullah mengajar dgn ilmu hidayah.. “maka tanyalah kepada Ahli zikir sekiranya kamu tidak mengetahui” al-anbiya : 7..

Nak jadi ahli zikir bukan boleh blajar di mesir 5-6 tahun, bukan boleh dpat di UIA 3-4 tahun, kene berzikir puluh-puluh tahun.. rasullullah sendiri duduk dalam gua hiraq 15 tahun..zikir semata….sebab tu sampai hari ini umat islam makin jauh tersesatnya..mati masih jadi bangkai, hidup dapat ditikam orang, dirompak, tidak mendapat pelihara allah.

Ingat satu je..setinggi-tinggi ilmu, ilmu masih boleh ditakluki nafsu..
tinggi mana seseorang ulama itu balajar bukan ukuran ,tetapi sejauh mana hidayah yg telah diterima oleh seseorang ulama itu.. adakah hidayah yg kekal, atau hidayah sementara..

selagi tiada ilmu hidayah, tak boleh menjadi ustaz/ulama.. kalau kita lihat dalam alquran dan kira berapa ayat allah beri amaran kepada orng yg berdusta dengan ayat-ayat allah? (org yg memutar belitkan alquran?) bukan satu -dua ayat, beratus-ratus ayat.. itulah tanda org yg memutar belit alquran itu ramai, ramai ulama, ustaz, kitab yg menipu..terlalu ramai.. yg betul itu sedikit..allah dah firman “hanya sedikit kamu beriman”… dan allah dah berfirman “sebaik-baik golongan(orang yang beriman dari segi jumlah dan keimanan) adalah dizaman rasullullah..maksudnya kalau zaman rasullullah sahabat ada 500 org, hari ini yg beriman itu tidak akan capai pun jumlahnya 500 orang dalam dunia ini.

Kalau jumpa ustaz/ulama, minta ajarkan ilmu pelihara allah.nak buat apa solat, puasa, zakat haji kalau mati jadi balik jadi bangkai, tidak mendapat pelihara allah..? itu lah solat, puasa, zakat, org-orang fasiq- munafik dan musyrik..

Bagaimana nak tau kita mendapat pelihara allah atau tidak? kalau kita makan kuih manis, ada tak rasa manisnya? kalau makan kuih hangit ada tak pahitnya? nampak tak manis dan pahit? tak nampak..tapi ktia tahu? ye kita tahu..ilmu allah itu banyak yg ghaib2..cuma bukan semua orang yg dapat..tapi ilmu itu ada..belajarlah..

sebab tu mencari ilmu itu wajib..tapi ilmu yg bagaimana? ILMU IMAN YG WAJIB BELAJAR..

Dalam ilmu iman terkandung ilmu roh, ilmu nafsu, ilmu amal syahadah..kalau tak tau ilmu roh, sampai tua solat tak diterima..
“sesunguhnya berjayalah orrg yang mensucikan dirinya.” al-a`la ayat 14. siapa diri itu, itu lah roh.. roh kene kenal dulu..allah tidak boleh kita kenal dia bukan makhluk, tapi allah ciptakan makluk yg kta bileh kenal… “mensuci” ini tasauf.. nak cuci dengan apa? baca alquran banyak2 tu cuci gigi je, tapi memahami alquran itu cuci hati.. bagai mana pula nak cuci batin hati?(kalbun – tempat roh) bab sufi, ini pun wajiblah tau. sket je allah jawab “dan yg menyebut2 nama tuhannya(ALLAH) bukan sebut 99 nama sifat, atau bukan selawat, atau tahmid, tasbih, tapi allah kata yg sebut nama dia ..(ALLAH)…baru lah kusyuk solatnya ” al-a’la:15

nak jadi orang beriman, tapi ilmu iman tak mau cari… jemaah solat ada, jemaah ramadhan ada, jemaah haji ada, tapi mana jemaah iman?

“demi masa, sesungguhnya manusia didalam kerugian, melainkan orang BERIMAN dan baru beramal saleh.. solat rugi, puasa rugi, zakat rugi, sedekah rugi, kahwin rugi, semuanya rugi kalau tiada IMAN…
Posted by Jalan Menuju Kesejahteraan

Leave a reply

Name *

Mail *

Website