14 May 2010 25 Komen

Bukti Kukuh Khalid Al-Walid Tidak Akan Syahid

Dulu pendapat mengapa Saidina Abu Bakar tidak mati syahid telah saya ketengahkan,post kali ini,saya akan tunjukkan bukti kukuh kenapa Saidina Khalid Al-Walid juga tidak mati syahid.Walaupun pada post sebelum ini,ada saya sentuh tentangnya tapi pada post kali ini,saya akan terang dan ceritakan secara terperinci kenapa Khalid Al-Walid juga tidak mati syahid.

Dipercayai Pedang Milik Rasulullah

Sebelum kita terus kepada jawapannya,jom kita kenali dulu siapa Si Pedang Allah ini dan sebenarnya,selain daripada Rasulullah,beliau adalah tokoh utama dalam hidup saya sebagai seorang muslim.

Khali Al-Walid merupakan sepupu Saidina Umar Al-Khatab.Sewaktu kecil lagi,mereka sering beradu tenaga melalui permainan gusti dan setiap kali perlawanan diadakan,Khalid sentiasa menjadi juara.Kehebatannya terserlah apabila dia berjaya mematahkan tangan Saidina Umar dalam satu perlawanan gusti,maka tidak hairanlah kalau Khalid dan Umar sangat disegani dan ditakuti oleh penduduk Makkah.

Khalid tidak pernah mengenal erti kekalahan dalam hidupnya walaupun sekali.Setiap peperangan yang dia sertai,baik sebelum dia memeluk Islam dan selepas dia memeluk Islam,dia tetap juara.

Perang Uhud VS Perang Muktah

Perang Uhud tercetus daripada kekalahan tentera Quraisy dalam perang Badar.Pada awal perang ini,Islam kelihatan seakan-akan telah memenangi peperangan apabila tentera kafir Quraisy berundur.Natijah daripada tidak menurut perintah Rasulullah supaya tidak turun dari bukit untuk mengambil harta perang(ghanimah),Islam telah kalah.Khalid yang begitu cakna dengan perubahan persekitaran,sedar akan tentera Islam telah turun ke kaki bukit.Mengambil peluang yang ada, Khalid dengan tentera pimpinannya telah berpatah balik ke Uhud dan menguasai gunung Uhud.Akhirnya,dia berjaya mengalahkan tentera Islam.

Manakalah Perang Muktah pula berlaku selepas Khalid memeluk Islam.Perang Muktah menyaksikan kematian tentera Islam yang begitu ramai antaranya Zaid Bin Harithah,Jaa’far Bin Abi Talib dan Abdullah Bin Rawahah(Kisah 3 Sahabat yang Syahid kerana mendahulakan sahabat dari dirinya-kIsah kongsi Air).Tentera Rom ketiak itu 20,000 orang ramainya dan tentera Islam tidak mencecah 10 000 orang pun.Atas persetujuan ramai,Khalid telah dilantik untuk menggantikan komandan(3 orang di atas) sebelumnya yang telah Syahid dan dia mengarahkan tentera Islam berundur setapak demi setapak.Berundur bukan bererti kalah kerana selepas berundur,beliau menyusun semula strategi dari awal dan menyerang balas Rom dan akhirnya,dia berjaya menawan Rom.

Dilucutkan Jawatan

Semasa Khalifah Abu Bakar memerintah,Khalid dinaikkan pangkat sebagai panglima perang.Perang menentang nabi palsu,Musailamah Al-Kazab pun diketuai oleh Khalid dan dia berjaya mengalahkan Musailamah dan sekutunya. Perang demi perang disertai oleh Khalid sebagai panglima dan suatu ketika semasa perang sedang berlansung,Saidina Umar dilantik menggantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah kedua Islam dan telah memecat Khalid dari menjadi panglima perang.Tempat Khalid digantikan dengan Abu Ubaidah.Mendengar berita tersebut,Khalid tanpa rasa kecewa telah menanggalkan serban yang melambangkan panglima perang dan menyerahkan kepada Abu Ubaidah.

Saat Roh Ingin Berpisah dengan Jasad

Ketika Khalid sedang uzur,Umar datang kepadanya.

“Khalid Saifullah(pedang Allah),aku sesekali tidak pernah berdendam dengan mu,jauh sekali dari hatiku untuk menjatuhkan kedudukan mu.Aku turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi panglima perang bukan sebab aku cemburu dengan mu wahai sahabat,tetapi engkau tidak tahu,tatkala engkau keluar berperang sebagai panglima perang, penduduk Madinah telah tersenyum gembira dan ada di antara mereka seakan-akan mengagungkan mu,jika kau pimpin pasti kemenangan milik Islam,kata sesetengah dari mereka.Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah lalu aku turunkan jawatan mu wahai Sahabat,”ujar Saidina Umar Al-Khattab,mereka yang terdengar ucapan ini terus menangis.

Suatu ketika,seorang sahabat datang kepadanya.Walaupun dalam keadaan yang tersangat uzur,dia bingkas bangun dan membuka bajunya, “Wahai Sahabat,perhatikan badanku,adakah ada tempat yang tiada parut?”

“Tiada Wahai Khalid,”jawab sahabat tersebut.

“Jadi, bagaimanakah aku tidak bersedih? Kenapa ALLAH tidak menerima ku sebagai salah seorg syuhada’nya? Adakah taubat ku dulu tidak diterima?”Soal Khalid.

Mendengar keluhan Khalid itu,sahabat itu terus menangis dan kemudian dia berkata, “kau tidak boleh syahid,Khalid. Kau telah dilantik sebagai pedang Allah oleh Rasulullah dan pedang Allah tidak boleh patah di medan perang.”

Kata-kata sahabat itu benar-benar menggembirakan hati Khalid,dia tidak menyesal lagi dan akhirnya dia menghembuskan nafas nya yang terakhir dengan perasaan gembira dan redha terhadap ketentuan Ilahi.

Kata Nabi Itu Pasti

Ya,Khalid Al-Walid tidak syahid disebabkan kata-kata yang keluar dari mulut Rasulullah.Rasulullah telah berjanji apa-apa perang yang disertai oleh Khalid,pasti Islam akan menang,jadi jika Khalid syahid di medan perang,bagaimana Islam akan menang?

Percayalah,apa yang keluar dari mulut Rasulullah walaupun sekecil-kecil perkara akan jadi realiti.Mungkin anda tidak kenal dengan Suraqah Bin Malik tapi sekarang anda akan kenal siapakah Suraqah Bin Malik.

[jika anda berkesempatan,sila dengar lagu ini kerana nama Suraqah ada disebut dalam lagu ini]

Suraqah Bin Malik menerima tawaran Abu Jahar untuk membunuh Rasulullah dan Abu Bakar semasa peristiwa Hijrah. Di suatu tempat,dia telah berjumpa dengan unta yang ditunggang oleh Rasulullah dan Abu Bakar tetapi dengan tiba-tiba unta yang ditungganginya duduk.Dia memukul-mukul belakang unta,unta itu bangun tetapi duduk semula.Kejadian itu berulang-ulang sehingga Rasulullah datang kepadanya dan menawarkan kebebasan kepadanya dan dia menerima tawaran tersebut.Lalu Rasulullah membisikkan sesuatu di telinganya,Abu Bakar lansung tidak tahu apa yang dibisikkan oleh Rasulullah.

Semasa pemerintahan Saidina Umar,Khalifah telah menakluk Parsi dan tentera Islam berjaya merampas banyak harta benda Parsi termasuk istananya.Saidina Umar mengambil pakaian diraja Parsi yang ditakluk dan memanggil Suraqah,lalu dia memakaikan Suraqah dengan pakaian tersebut dan mendudukkan Suraqah di atas singgahsana Raja Parsi.

Lantas,Suraqah menangis dengan kuatnya.Umar pelik lalu bertanya adakah dia tidak suka dipakaikan dengan pakaian Raja Parsi yang sangat mewah dan duduk di singgahsana yang digilai ramai ini.Suraqah menggeleng kepala dan mula berkata-kata, “aku menangis bukan kerana aku tidak suka pakai pakaian ini dan duduk di singgahsana ini,tetapi aku menangis kerana ini adalah janji Rasulullah kepadaku,tiada siapapun tahu janji ini melainkan aku dengannya sahaja. Semasa aku memburunya sewaktu hijrah,dia telah membebaskan ku dan berjanji aku akan memakai pakaian diraja parsi dan duduk di singgahsana raja parsi.”

Islam Akan Menang!

Dulu,Rasulullah telah menjanjikan kemenangan Islam,Rasulullah telah menceritakan plot naik jatuhnya Islam dan pada akhirnya Islam akan menang.Ya,Islam akan menang walau semua manusia tidak memeluknya,walau semua manusia mengkejinya,walau semua manusia menghinanya.Cuma,apa yang perlu kita tanya kepada diri kita,apakah kita ini salah satu askar yang akan memenangkan Islam,adakah kita salah seorang yang menyokong Islam tatkala Islam menang, adakah kita mampu bangga kepada Rasulullah di akhirat nanti,”Ya Rasulullah,aku adalah umat mu yang memenangkan agama Allah tatkala manusia yang lain mengkejinya.”Mampukah kita?Tepuk dada tanya iman.

25 Responses to “Bukti Kukuh Khalid Al-Walid Tidak Akan Syahid”

  1. hazwan 14 May 2010 at 2:38 am #

    thanx…:D

  2. Saitama 2212 14 May 2010 at 4:18 pm #

    thx, very nice article…

  3. rasdan ibnu sabrie 14 May 2010 at 6:11 pm #

    cerita yang senang dipahami.. thanx.. wat semua yang nak tau lagi ngah terperinci cerita pasal khalid, aku cadangkan buku yg ditulis abdul latif talib.. tajuk ‘khalid pemburu shahid’..2 thumbs up 4 dat book!

  4. Najmi 20 May 2010 at 2:06 pm #

    ALLAHUAKBAR!

  5. dyana 22 October 2010 at 4:25 pm #

    salam.
    aku ade tgk2 gak buku abd latif tu kan,
    n aku tak bace pun,
    sbb mmber aku ckp ade unsur2 israilliyat,
    ade ke.
    aku ngt mcm nak beli, tp terbantut sbb ni. hehe.
    ade ke…sape2 yg da bace, ley a jwab.

    thnx
    Be Muttaqin,InsyaAllah.

    • Cerah Jeff 22 October 2010 at 6:10 pm #

      setuju,rasanya bukan israiliyat tetap unsur penambahan,al-maklumlah pencerita, mestilah ditambah-tambah supaya cerita lebih menarik. Tapi,basicnya masih boleh dipakai dan boleh dipercayai. Dan saya menyeru untuk anda membacanya kerana banyak manfaat mampu diperoleh. :-)

  6. dyana 23 October 2010 at 11:27 pm #

    Ok. Thnx.
    ~bace kisah Khalid al-Walid yg kat ats ni pun, sgt-sgt terharu
    dan betullah keberkesanan pemimpin pun mcm Saidina Umar tu, sgt-sgt menjaga iman rakyatnya.

    kita hari ni?
    tegur org pun kdg2 pk seminggu kowt.

    ~istighfar.

    • Cerah Jeff 24 October 2010 at 7:59 am #

      at least tegur,Alhamdulillah.

    • Buat para syuhada 4 March 2011 at 2:15 pm #

      Sebenarnya kisah Khalid Al Walid bukanlah berunsur israiliyat tetapi apa yang lebih penting adalah berkaitan mesej yang ingin disampaikan mengenai perjuangan para syuhada dan pejuang2 islam ini demi menegakkan agama islam dan demi cintakan Allah serta Rasulnya. Saya juga menyarankan supaya pembaca turut membaca buku berkaitan Sultan Salahudin Al Ayubi, Sultan Muhamad Al Fateh (penakluk konstantinopal), Abu Ubaidah Al Jarrah dan Ikramah. Apabila kita membuka minda dan menilai mengenai perjuangan mereka, boleh memberi kesan yang mendalam dan keinsafan dalam kehidupan seharian kita yang hidup di zaman ini… Insya Allah. Sebagai contoh.. saya terpegun memikirkan firman Allah yakni umat Islam hanya akan berjaya menawan kota konstantinopal apabila wujud ‘pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik’ di dalam buku Sultan Muhamad Al Fateh. Persoalannya adakah umat Islam di zaman ini akan berjaya seperti era zaman itu… mari sama2 kita hayati…. hanya Allah yang lebih mengetahui

  7. mardhati 16 December 2010 at 3:52 am #

    dyana: baca ar,bnyak manfaat insha allah~~

  8. AZIZI 13 January 2011 at 2:46 pm #

    Buku tu ok,……bacalah…tidak ada lah sampai ..ISRAILIYAT….

    • Cerah Jeff 13 January 2011 at 3:29 pm #

      setuju,cuma ada tambahan penulis supaya plot cerita lebih menarik dan lebih senang pembaca menghayatinya ^^

  9. pujanggaseni 4 May 2011 at 10:43 pm #

    syukran 4 the article..ringkas dan menarik. insyaallah ana dlm pembikinan buat nasyid bertajukkan – khalid saifullah… bleh amik serba sdikit maklumat d artikel ni.

  10. adam 10 May 2011 at 4:50 pm #

    banyak fakta keliru dlm post ni…di nasihatkan rujuk kitab dan ulama…

  11. hang kasturi 20 May 2011 at 2:13 am #

    salam..bro, mintak izin post artikel ni?

    • Cerah Jeff 20 May 2011 at 3:10 am #

      silakan,moga dilink balik supaya orang boleh rujuk ^^

  12. rushdan 21 May 2011 at 2:54 pm #

    khalid al walid syahid di jalan Allah…. wlaupon dya x mati di medan perang …. ada banyak ulama’ berkata begitu

  13. arumi 26 May 2011 at 10:14 am #

    tq..dapat ilmu bru ai nie..byk ag sya nak tau n arp dpt tau lbih terperinci tntg sahabat2 Rasulullah..

  14. alibaba 30 August 2011 at 5:32 am #

    unsur syiah pun ada dalam artikel ni.

    • syazwan 10 September 2011 at 7:02 pm #

      unsur syiah yg mne?

  15. safwan 29 November 2011 at 10:18 am #

    untung nya jadi orang islam..allah maha besar..

  16. Mohd Noor Yahya 12 January 2012 at 8:34 pm #

    Salam,

    Sedikit pembetulan. Khalid bin Al Walid sebenarnya adalah pangkat bapa saudara kpd Amirul Mukminin, Umar al Khattab.

    Ibu kepada Saidina Umar, namanya Hantamah binti Hisham bin Al Mugheerah.

    Nama penuh Khalid adalah Khalid bin Al Walid bin Al Mugheerah.

    Ini bermakna Hantamah ibu Umar adalah sepupu kepada Khalid.

    Sejarawan Barat (Edward Gibbons?) yang mula sekali menyebarkan kekeliruan ini kerana tidak mengetahui salasilah sebenarnya kerana Khalid dan Umar sebaya. Kedua duanya tinggi 6 kaki 3 inci, muka mereka hampir serupa, kedua duanya mempunyai perawakan yang menarik kecuali Khalid mempunyai parut cacar di mukanya.

    Wassalam

  17. Mohd Noor Yahya 13 January 2012 at 6:14 pm #

    Tambahan

    Sahabat yang paling rapat dengan Khalid Al Walid adalah Ikrimah bin Abu Jahal (shahid dalam Perang Yarmuk bersama dengan anaknya).

    Bapa Ikrimah, Abu Jahal aka Abul Hakam, nama sebenarnya adalah Amr bin Hisham bin Al Mugheerah.

    Jadi, Ikrimah bukan saja sahabat rapat kepada Khalid malah sepupunya juga dan Abu Jahal juga merupakan bapa saudara kepada Saidina Umar Al Khattab.

    Harus di ingatkan juga bahawa Rasullullah (SAW) pernah berdoa kepada Allah di Mekah pada peringkat awal sejarah Islam untuk memperkuatkan umat Islam dengan berimannya Amr bin Hisham atau Umar Al Khattab (doa ini di kabulkan dengan Islam nya Umar Al Khattab). Amr bin Hisham ini lah Abu Jahal.

    Wassalam


Leave a Reply