“Kenapa Tuhan Buat Neraka? Kenapa Tak Buat Syurga Je?”
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya XXX telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat:
“..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak:
“Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
“perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”tanya ustaz.
“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
“Bila Tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.

Seindah hiasan adalah wanita solehah...
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
“Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan diri kita juga. Assalamu’alaikum.”
sumber kisah: http://mr-tazkirah.blogspot.com/
Related posts:
- Syurga Di Pintu Neraka
- Aku Gerenti Masuk Syurga!!!
- Re:Allah tak nak kita masuk neraka…
- Aurat,wanita dan neraka [part 2]
- Aurat,wanita dan neraka [part 1]
Categories: Azzariyat, Hati ke Hati, Terkini, Umum



Comments (6)
neodmarco
May 15th, 2010 at 2:29 am
satu jawapan yang amat bijak dari ustaz tu.
malabaek
May 15th, 2010 at 3:06 am
huhuhu good!
saya ada bagi tazkirah kt opis time praktikal sy, disuruh sebenarnya..sy terjumpa satu crita
best explanation Allah itu wujud!
lebey kurang cmnila jugak!
haha nak crita pjg la pulok..
anda follower saya? sila ambil award anda!
candleprince
July 2nd, 2010 at 4:41 pm
perempuan tu salah tanya. dia patut tanya kenapa tuhan menciptakan kita yang cenderung berbuat keburukan.sedangkan dia telah pun mengetahui depan dan belakang.
Cerah Jeff
July 2nd, 2010 at 6:42 pm
nice! Huhuhu
Allah tidak cipta kita cenderung ke arah maksiat sahaja,Allah cipta kita cenderung ke arah kebaikan juga,cuma jadi pilihan kita mahu pilih yang mana,kedua-duanya untuk menapis manusia yang terbaik,sebab? Syurga hanya untuk yang terbaik.
candleprince
July 3rd, 2010 at 9:21 am
Pernah tgk matrix tak? Neo dalam matrix pernah tanya oracle. Jika depan dan belakang adalah satu ketentuan yang telah wujud DAN DIKETAHUI.Bagaimana pula seseorang itu boleh mengatakan adanya pilihan? Satu gula-gula itu tuhan telah mengetahui kamu akan ambil,jadi apakah kamu dapat berbuat keputusan untuk tidak mangambil gula-gula itu?
Menarik juga bila oracle tu cakap, kita di sini bukan untuk membuat pilihan…tapi kita di sini untuk memahami.Satu renungan.
Putra Ikhwan
August 1st, 2010 at 12:31 pm
Tuhan maha mengetahui, pilihan itu wujud, bahkan sentiasa wujud, dan lebih-lebih lagi, setiap SAAT dan DETIK, pilihan itu datang dan pergi datang dan pergi.. dalam kehidupan kita.
hidup ini merupakan satu line.. yg telah ditetapkan Tuhan akan cabang-cabang yg banyak sbgai landasan line tsebut.. panjang line bertambah selagi mana masa itu bergerak.. cabang mana yg line tu nk ikut.. dari detik ke detik.. adalah atas pilihan kita.. kita yg memilih.. kita yg diberi pilihan.. dan kita lah yg memilih baik buruk kehidupan kita..
dan Tuhan itu maha mengetahui
Leave a reply