Biarlah berakhir atas jalanMu~

Kadang-kadang kesedihan datang seiring dengan kehidupan kita. Ada orang rasa hidup dia seringkali ditimpa kesedihan, malah lebih banyak kesedihan berbanding kegembiraan. Kita yang sedang mencari sokongan dan kekuatan atas jalan yang dipilih mula keliru, perlu ke kita meneruskan jalan yang dipilih? Mengapa seakan-akan banyak halangan atas jalan itu. Kita memilih untuk bersama berada di atas jalan dakwah, kita berazam melapangkan masa kita untuk majlis ilmu kerana kita yakin dengan janji Allah.

“Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (58:11)

Namun, dalam kita mencari kekuatan itu, banyak pula dugaan yang menimpa. Dalam kita luangkan masa untuk majlis ilmu, report kita mula huru-hara, kerja rumah entah kemana. Kita mula rasa dakwah adalah halangan. Sebab pergi majlis ilmu la kita gagal siapkan report. Namun kita tak pernah fikir, ada juga waktu 24 jam yang diberi, kita gunakan untuk hiburan sedangkan masa yang Allah beri ini tidak layak langsung kita gunakan untuk dunia. Kalau guna untuk majlis ilmu dan belajar semata-mata mesti semua kerja berjalan lancar dan tiada masalah yang berlaku.

Seringkali kita berdoa supaya Allah membantu kita membuang jahiliah dalam diri kita. Kita berdoa agar Allah membuang sifat mazmumah dalam diri kita. Suatu hari, berlaku perkara yang membuat kita sangat sedih, sangat marah, tak boleh terima. Rupanya kita tak sedar Allah sedang tarbiyah kita secara langsung. Kita tak sedar perkara yang berlaku sedang menguji kita bagaimana kuatnya kita membuang sifat-sifat jahiliah kita seperti pemarah, tak sabar dan sebagainya.

Hakikatnya, dalam kehidupan ini tiada yang buruk sebenarnya. Jika kita benar-benar yakin dengan takdir Allah, jika kita benar-benar yakin dengan pertolongan Allah dan jika kita benar-benar yakin dengan janji Allah.

“Ya Allah,

Seringkali aku merasa sunyi dan sedih

Seringkali aku rindu nasihat dan dorongan rakan

Hakikatnya aku lupa

Aku lupa Ya Allah, Engkau sentiasa ada bersama-samaku

Engkaulah rakan yang paling setia rupanya

Engkaulah teman yang tak pernah tinggalkan aku

Ya Rabbana,

Seringkali diri ini merasa sedih

Geram dan tercabar

Atas perkara yang berlaku dalam kehidupan

Rupanya aku terlepas pandang

Engkau sedang mentarbiyah diri hina ini

Subhanallah, betapa agongnya cara Engkau mentarbiyah

Tidak kulihat dengan mata kasar

Namun dapat kulihat setelah kubuka mata hati

Ya Rabbul Izzati,

Ampunkan dosa hambaMu ini

Kerana seringkali aku lupa mengadu padaMu

Saat kutadah tangan berdoa

Betapa terlalu banyak masa berlalu bagitu saja

Entah ada redhaMu entah tidak

Jarang sekali aku fikirkan

Kini baru kusedar

Dunia ini kehidupan pinjaman

Apalah sangat ertinya jika kuterus bersedih

Dengan isi-isi dunia yang sementara sifatnya

Kini langkah baru kuatur kembali

Berbekal keyakinan dalam janji-janjiMu dalam kalamMu

Berbekal tekad dihati aku terus bersabar

Takkan ku hirau lagi

Mulut-mulut bising yang menghina

Takkan kuhirau lagi

Wajah-wajah sinis mereka

Kerana aku yakin

Engkau sentiasa ada membantu

Takkan ku hirau lagi

Hujah-hujah mereka yang menentang

Biar aku seorang

Biar tiada lagi yang menyokong

akhir nafas dan titis darahku

biarlah berakhir atas jalanMu

Kerana tekadku menggapai redhaMu

Kerana tekadku menuju syurgaMu

Semoga kasihMu mengiringi

Semoga cinta padaMu sentiasa melekat dihati insan kerdil ini

Kerana akhir hidupku

Aku kembali jua kepadaMu”

Related posts:

  1. Biarlah insan merintih kepada Tuhan nya…
  2. Atas Nama Cinta (buat yang tidak sudi mendengar…)
  3. [Latest News] Perkembangan Serangan Israel Ke Atas Konvoi Bantuan
  4. Ukhwah: Cahaya atas cahaya~

Comments (2)

botaq

May 18th, 2010 at 1:52 am    


lagi satu, bila kita dalam kesusahan jangan sesekali kita marah kat Allah. bila kita marah Allah umpama macam kita samakan Allah ni seperti makhluk2 lain. boleh2 main bowhhh je… bila dah samakan Allah seperti makhluk2 lain, boleh jatuh hukum dosa menduakan Allah.

sekadar kongsi.

euforia

May 18th, 2010 at 12:23 pm    


senyumlah, biarpun dunia memberi anda seribu alasan untuk berduka, tunjukkan padanya, anda ada sejuta alasan untuk gembira…

menangislah sekali sekala, kerana kita juga manusia biasa, yang punya Tuhan tempat meminta…

Leave a reply

Name *

Mail *

Website