“Aku Tak Patut Diuji Begini!”

Mungkin seumpama tajuk post ana kali ini, kita melepaskan kemarahan atau kekecewaan saat menempuh ujian.

“Aku Tak Patut Diuji Begini!”

Sabar itu sebahagian daripada iman

Benarkah kita tidak patut diuji dalam hidup ini?

Orang motivasi selalu memberikan kata-kata perangsang:

“Gagal sekali bukan gagal selamanya!”

Namun harus kita ingat, hakikat sebuah kehidupan bahawa:

“Berjaya sekali bukan bererti kita akan berjaya seterusnya!”

Firman Allah SWT:

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ”kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)”? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta”.

Al-Ankabut : 2-3

UJIAN HIDUP. Satu lumrah kehidupan. Mari kita renungkan kembali  kisah Nabi Adam melalui kejadiannya.

Ketika baginda diciptakan di syurga baginda dilarang untuk memakan buah khuldi, namun kerana terpengaruh dengan hasutan iblis telah membuatkan Adam AS telah melanggar arahan dan dicampakkan ke bumi. Lihatlah bahawa awal kejadian khalifah sekalipun Allah telah menguji hamba-Nya. Maka apakah kita ingin berkata bahawa ”aku tidak patut diuji”?

Lalu saat kita ditimpa dengan pelbagai ujian maka terdapat segelintir antara kita yang cuba mempersoalkan keadilan Allah SWT dalam memberi dan mengagih ujian kepada hamba-hamba-Nya. Akibat daripada itu maka ramai yang akan mula mengeluh dan mengalah dari rasa untuk berusaha dan terus berdoa kepada Allah SWT untuk diberi kekuatan ke atas ujian yang ditimpakan ke atas mereka.

Anda kita menghadapi ujian, harus kita terima dengan hati yang terbuka kerana sesuatu itu, sama ada positif atau negatif, ia adalah ujian daripada Allah. Setiap penyakit ada ubatnya. Setiap ujian ada hikmahnya. Setiap baik ada buruknya dan setiap buruk ada baiknya. Inilah hakikat duniawi.

Renungilah firman Allah SWT ini:

”… dan boleh jadi kamu benci (tidak suka) kepada sesuatu pada hal ia (sebenarnya) baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu pada hal ia (sebenarnya) buruk bagi kamu, dan ingatlah Allah jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya”.

Al-Baqarah : 216

Semoga dengan ujian-ujian yang kita hadapi, sama ada ringan atau berat, dapat mematangkan kita seterusnya memantapkan keimanan kita kepada Allah. Sahabatku, tabahkan hatimu, la tahzan…

Related posts:

  1. Ketika Diri Diuji..
  2. Doa Untuk Jepun
  3. Ujian Itu Satu Anugerah
  4. Berita Gembira Buat Sabit
  5. Sebenar-benar ujian

Comments (5)

Boy

May 22nd, 2010 at 12:49 pm    


haihhh nape ni.. sabar2

ArdiniHumaira

May 22nd, 2010 at 6:55 pm    


usahakan sedaya upaya.. setiap ujian tu ada hikmahnya.. benar.. gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.. tabahkan hati, teguhkan semangat… InsyaAllah akan dapat hasilnya ^__^ Allah tak nak bagi terus kat kita sebab Allah tahu kita lebih menghargainya lepas diuji… Dia selalu berikan yang terbaik untuk kita…

cheers!

YOUTHSAYS ADALAH COMPETITOR NUFFNANG ; ANDA MUNGKIN AKAN KEHILANGAN STATUS GLITTERATI JIKA MENGIKLANKANNYA

(^_^)

June 3rd, 2010 at 9:59 pm    


btul2 setiap ujian de 1000 hikmah terselindung..tpi bg yg diuji mgkin ssh tuk terima..tpi bila kte redha n belajar tuk menerima lbih baik drpd kte asyik menyesali n bertanya knp kte diuji begini..belajar menerima lbih menenangkan jiwa..dlm 1 ujian Allah turunkan de 1000 rahmat yang Allah kurniakan bersama klu kte betul2 renung dgn mata hati..

wallahualam..

konokokoro

June 5th, 2010 at 2:51 am    


soudesune…
dan jangan pernah berhenti berharap…
Sesungguhnya Dia Maha Penyayang dan Maha Mendengar..
(saying this to myself~ kokoro wo tsuyokushite!!)

muzaf

October 11th, 2010 at 7:57 pm    


Kita kena selalu bersangka baik dengan Allah, Tuhan yang mencipta kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Jom renungkan :)

Leave a reply

Name *

Mail *

Website