Kenapa lebih BAIK, bukan lebih BANYAK????
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”(67:2)
Tertarik untuk mengulas tentang ayat ini. Walaupun pendek saya nampak sesuatu yang penting disitu. Allah menekankan tentang amalan yang lebih baik dan bukan lebih banyak.Sebagai manusia seringkali akal disogok dengan hujah bahawa banyak amalan menjamin syurga. Mana tidaknya,duit berjuta-juta menjamin anda untuk ke mana-mana sahaja di dunia ini,bukan duit yang lebih baik tapi sikit. Namun kita sebenarnya tertipu dengan sogokan akal tersebut. Sebenarnya dalam ghairah mengejar amal, perkara pertama yang perlu kita titikberatkan adalah kualitinya bukan kuantiti. Setiap hari kita tidak lepas membaca Al-mathurat pagi dan petang, tidak kira apa keadaan sekalipun, dalam bas, dalam lif, naik tangga, mulut lancar membaca Al-mathurat yang rata-rata telah ramai yang berjaya menghafalnya. Namun bagaimana kualiti bacaan al-mathurat itu tadi. Adakah ketika naik tangga, hati kita benar-benar menghayati setiap zikir itu? Adakah ketika didalam bas yang bergema-gema lagu 90-an itu, kita berjaya menghayati makna-makna zikir kita? Sama-sama kita renungkan kembali.
Sebenarnya telah ‘tersetting’ di minda kita, “hari ini aku kene baca Al-mathurat pagi dan petang”, “ aku kene solat hari ini”,maka walau dalam apa jua keadaan sekalipun, kita akan pastikan kita melakukannya dan soal kualitinya tidak dipandang sebagai satu perkara utama.Saya tidak nafikan,perkara itu jelas ada kebaikannya,cuma ada kekurangan dalam kebaikan.
Apabila melihat orang lain solat berjemaah, cepat-cepat kita berlari, bimbang tertinggal rakaat bersama imam, tapi apabila kita mengangkat takbir, adakah betul-betul ditetapkan niat solat kita itu untuk Allah s.w.t semata-mata? Atau sekadar berasa lega kerana kita telah berjaya solat seiring dengan imam, tidak tertinggal satu rakaat pun. Apabila Allah telah berpesan dalam Al-Quran, itu maknanya ia sesuatu yang memberi kebaikan kepada hambaNya dan wajib ditaati. Ya, amalan yang baik itu pastilah amalan yang diniatkan ikhlas kerana Allah s.w.t semata-mata dan dengan izin Allah jika amalan itu diterima Allah,pasti ia jadi pembela kita di akhirat kelak.
Berbalik kepada ayat tadi, kenapa Allah menekan amalan yang lebih baik bukan lebih banyak? Pastinya amalan yang lebih baik itu memberi kesan dalam jiwa kita, sebaliknya amalan yang banyak semata-mata tanpa penghayatan tidak memberi apa-apa kesan dalam jiwa malah boleh timbul rasa riak dalam amalan yang banyak itu. Nauzubillah.
Artikel ini bukanlah menyeru anda untuk ‘mengurangkan’ kuantiti amalan anda tetapi jadikan ia satu pendorong untuk kita lebih menghayati amalan kita. Amalan yang lebih baik itu dituntut, tapi jika kita memilih amalan yang lebih baik DAN lebih banyak,bukankah itu lebih disukai Allah s.w.t. ? Sempena Ramadhan yang bakal bertandang tidak lama lagi, inilah masanya untuk kita membuat persediaan hati menyambut kedatangan Ramadhan agar dapat kita lalui Ramadhan kali ini dengan penuh penghayatan dan memberi kesan yang kekal dalam jiwa. Dan jadikan kualiti amalan itu menjadi perkara paling utama dalam amalan kita. Selaras dengan apa yang dituntut, carilah amalan yang lebih baik.






x sabar nye nk sambut Ramadan…
erm…sama la kan kalu baai, lps je solat fardhu, trus kte solat sunat even mse tu ade org bagi tazkirah.maybe mulut kte lancar mmbaca surah2 dlm smbahyang, tp hati dan telinga kte terganggu dgn tazkirah td.so, di mana kualitinya?..so,adalah “lebih baik” kte dgr n tggu tazkirah habis dlu, n smbung ngn solat sunat..dpt jgk 2 2 pahala dctu..kualiti lebih baik drpd kuantiti…
cik uwais
saye stuju dengan pendapat anda
maaf mungkin silap faham ayat tu
solivitehoshii~
betol2
dalam baai tu
cuba rebut dua2 pahala~
kepada cik uwais
saye rase apa yg dikatakan saudara itu betol
utk mengelakkan dr lagha, kita ambil pendekatan berzikir
tp
bg saya, dalam baai al-mathurat itu sendiri(contohnya)
sebaik-baiknya ia dibaca dalam keadaan yang tenang dan boleh dihayati~
itu sekadar pendapat tentang analogi diatas~
insyaAllah akn mengubah diri…
nice post…
mase kt sek dulu..atr solat sunat dgn dengar tazkirah…lebih baik dengar tazkirah…habis tazkirah br solat..setuju dgn solivitehoshii..
ustaz mokhtar yg bgtau..
ape maksud “hayati” tu ek?
and camne nak hayati satu2 ayat tu?
fahami ayat… dan amalkannya sebagai petunjuk utk m’jalani hidup dimuka bumi Allah
Allah sukakn amalan yg sdikit tp bterusan…ISTIQAMAH mlakukn kebaikan dsmping mnjga kualiti amalan..jom!=)
memang perlu m’jaga kualiti dalam kita beramal…. tapi adakah dengan kita datang lambat ke masjid/surau untuk solat dikira solatnya lebih baik daripada orang yang datang awal untuk solat……???? konklusinya, wujudknlah kemahuan,kemampuan dan kesempatan utk melakukan apa pun