Manga tentang Islam
Meow. Pernah dengar tentang website deviantart? Oh,itulah syurga resource bagi designer. Entri kali ini, aku mahu kongsi sesuatu dengan pembaca Azzariyat.
Dalam deviantart ada seorang mangaka(pelukis manga) muslim yang melukis manga bertemakan Islam. Ya, manga tentang Islam. Unik bukan?
Nama pena beliau ialah FullWhiteMoon. FullWhiteMoon banyak menghasilkan karya menerangkan Islam dengan cara yang amat mudah difahami. Anda boleh lihat salah satu karya beliau,’Understanding Islam 4 Dummies’ dibawah. Anda juga boleh baca seluruh siri di sini. Bukan sahaja menarik, malah lukisan pun kawaii. Untuk membaca karya beliau yang lain, sila ke galeri deviantart FullWhiteMoon.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh baca manga oleh Nayzak Al-Hilali.
Untuk entri kali ini kredit kepada Obefiend.

Dah habis baca? Mudah difahami, kan?
Kepada pembaca yang mempunyai akaun deviantart, subscribe FullWhiteMoon dan Nayzak sebagai tanda sokongan kepada mereka.





