Memang kebenaran itu pahit…….~
Saya baru terperasan satu perkara. Nak sampaikan perkara baik susah sangat kan? Kalau nak sampaikan perkara-perkara tak berfaedah tu lancar je mulut bercakap. Nak ajak kawan buat perkara baik susah sangat kan? Nak ajak kawan keluar shopping senang pulak.
” Jom solat jemaah.” agak susah nak cakap dekat kawan yang duk kusyuk main game.
” Jom baca mathurat kejap.” agak sukar nak cakap dekat kawan yang nak sambung tidur lepas subuh.
” Jom pegi program weekend ni.” agak kelu lidah nak bagitau kawan yang sedang belajar untuk test minggu depan.
” Jom shopping wei!.” senang nak cakap pada kawan bila-bila masa pon.
” Penat belajar. Jom la layan cerita korea ni kejap.” Senang juga nak cakap dengan kawan- kawan yang tengah tepu belajar.
Hakikatnya, dialog diatas tidaklah semua berlaku. Cuma contoh rekaan semata-mata. Tapi yang mahu disampaikan sekarang, dunia sekarang memperlihatkan perkara-perkara keduniaan ini lagi mengiurkan berbanding janji Allah seperti syurga,pahala dan keampunan untuk manusia yang membantu menegakkan agamaNya.
Kadang-kadang bukan kita tak boleh sampaikan. Cuma rasa susah nak tegur itu. Susah nak tegur ini. Kadang-kadang terfikir sendiri, kenapa susah sangat nak buat baik ni? Kenapa susah sangat nak berdakwah ni?
Kerana syurga Allah itu mahal. Lupakah kita Allah berfirman dalam kalamNya. Diulang-ulang tentang janji suyrga untuk orang bertakwa. Kenapa untuk orang-orang bertakwa saja? Kenapa bukan untuk semua orang?
Analoginya mudah,hatta di dunia sekalipun, kalau kita goyang kaki, tidur, main game, tengok tv tanpa buat apa-apa kerja mustahil kita peroleh rumah besar, isteri cantik, kereta besar. Apatah lagi nak capai syurga Allah.
“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal..” (29:58)
“Bagi mereka (disediakan) darussalam (syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal saleh yang selalu mereka kerjakan. ” (6:127)
“Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan : “Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu.” Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.” ( 2:25)
Kadang-kadang rasa letih sangat berdakwah. Tapi apalah sangat rasa letih itu. Tidakkah syurga Allah itu mengiurkan kita? Mungkin sukar sebab kita tidak nampak syurga itu. keindahan syurga itu memang tidak mampu dibayang manusia. Selagi kita terbayang indahnya syurga begitu dan begini, selagi itulah syurga yang sebenarnya lebih indah dari yang kita bayangkan.
Memang nak menyampaikan yang benar itu pahit. Tapi pahit itu balasannya syurga yang memaniskan kehidupan hakiki kita ‘disana’.
Jadi, nak masuk syurga Allah tak? Tanya iman, tanya hati.
“Sesungguhnya bila kamu melangkah di jalan dakwah ini dengan perasaan yang dingin, tanpa perasaan pada dakwah ini pada hati kamu seperti mana perasaanmu pada isteri, anak-anak dan ibu bapamu, maka kamu pasti akan menemui kegagalan. Kegagalan yang menjadikan generasi seterusnya tidak berani lagi untuk berfikir tentang gerakan dakwah ini sehinggallah sampai waktu yang cukup lama. Kerana itu, sebelum memulakan langkah yang besar, haruslah kamu mengukur kekuatan kamu, memeriksa bahagian mana dari niat dan akhlak yang mesti ditanamkan terlebih dahulu…. ( as-syahid maududi)”
Related posts:
Categories: Azzariyat



Comments
No Comments
Leave a reply