TV3, alkohol, ayam dan peranan kita~

Terkenal dengan iklan-iklan raya yang menyentuh hati pada tahun-tahun sebelum ini membuatkan stesen televisyen berbayar, TV3 terus ghairah menghasilkan iklan raya yang lain dari yang lain. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila iklan itu dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam dimana iklan yang dipaparkan mempunyai unsur-unsur iluminati dan dilihat seperti iklan untuk menyambut perayaan Krismas sedangkan Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang sangat mulia bagi umat Islam selepas sebulan mengumpul takwa dibulan Ramadhan.

Jakim baru-baru ini mendedahkan bahawa kebanyakkan hotel di Malaysia mencampurkan arak ke dalam makanan buffet untuk berbuka puasa. Dan yang terbaru banyak minuman dipasaran yang dicampurkan alkohol didalamnya dan kebanyakkan umat Islam tidak dimaklumkan tentang perkara ini.

Beberapa buah pasar di Chow Kit diserbu kerana menjual ayam yang disembelih dengan cara yang salah. Ayam yang dijual dikatakan tidak disembelih mengikut cara yang dituntut Islam kerana urat pada leher ayam itu tidak putus dan kebanyakkan ayam mati ketika diletakkan di dalam tong berisi air.

Beberapa fenomena yang menjadi isu ‘panas’ di dada akhbar.  Yang pasti, ramai yang melenting tatkala membaca penerangan seorang penulis blog tentang setiap babak dalam iklan raya TV3 yang dikatakan mempunyai pengaruh iluminati. Ramai yang berkongsi tentang perkara ini terutama di facebook sebagai medan paling mudah berkongsi apa saja. Dilihat pula maklum balas diruangan komen. Ramai yang marah, menulis komen dengan begitu beremosi sekali. Ada juga yang memberi pendapat peribadi.

Membaca berita mengenai alkohol yang dicampur dalam hidangan buffet untuk menu berbuka puasa juga cukup membuat hati umat Islam terguris. Sudah namanya hidangan buffet untuk berbuka puasa, sudah pasti yang makan hidangan itu terdiri daripada umat Islam yang menjalankan ibadah puasa.

Membaca berita mengenai ayam yang tidak disembelih dengan cara yang betul di pasar Chow Kit membuat saya sendiri rasa terkejut dan tersedar bahawa bukan di negara Jepun sahaja kita kena berhati-hati dalam memilih makanan. Dimana-mana kita berada, malah di Malaysia sekalipun, soal makan tidak boleh kita ambil mudah kerana ia adalah benih yang akan menyemai satu jasad untuk menjadi baik atau sebaliknya.

” Wahai manusia! makanlah dari ( makanan) yang halal dan baik yang terdapat dibumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” ( al-baqarah : 168)

Pendek kata, setiap kali mendengar berita tentang perkara yang memperlekehkan Islam, kita cepat bertindak. Membantah, berkongsi dengan rakan-rakan di facebook, menubuhkan akaun facebook bagi membantah setiap perkara yang menggangu sensitiviti umat Islam. Satu perkembangan yang positif apabila umat Islam berani menyuarakan pendapat sekaligus terus menjaga kesucian agama Islam.

Namun bantahan yang tidak disusuli tindakan sepatutnya hanya akan membuatkan perkara itu terhenti disitu dan selepas ini mungkin perkara yang sama akan berlaku lagi. Dan kita bantah lagi. Kitaran yang sama berulang-ulang namun masalah ini tetap tidak dapat diselesaikan kerana punca sebenar masih belum kita selesaikan.

Ini mungkin pendapat peribadi namun ingin juga berkongsi. Melihat masalah-masalah yang berlaku sekarang, kebanyakkan masalah mungkin berkait rapat dengan akidah umat Islam. Umat Islam sendiri perlu punya akidah yang kukuh supaya mereka tidak terpengaruh dengan agenda-agenda kristian dalam misi mereka menyesatkan umat Islam. Begitu juga dengan masalah makanan di Malaysia yang semakin banyak dibongkarkan kesahihan tentang halal haramnya. Ia memberi ibrah kepada umat Islam sendiri untuk berhati-hati memilih makanan dengan baik.

Membantah, mengkritik, menyebarkan tanpa tindakan susulan bukanlah satu cara yang baik mengatasi masalah ini. Haruslah dikaji dari mana punca berlakunya perkara-perkara yang memperlekehkan agama ini dan bagaimana cara kita mengatasinya. Jika agenda ini datang dari kafir laknatullah, maka kita tidak perlu lebih-lebih melenting dan berasa takut, kerana kita umat terbaik dan jika bersatunya umat Islam ini maka tiada rasa takut malah menjadi semakin bersemangat menegakkan kesucian Islam.

Sebatang lidi itu mudah patah. namun jika berkumpul banyak lidi menjadi satu padu, maka menjadi kuat dan memiliki daya bersih. Begitu juga kita, jika sendirian kita malas berjuang, mari padukan hati-hati kita membela kesucian agama Islam tinggallan Rasul tercinta Muhammad s.a.w.

” Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh (berbuat) yang ma’ruf  dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” ( Ali-imran : 104)

Seruan amar ma’ruf nahi mungkar ini bukan sekali disebut dalam kitab suci al-quran, malah berkali-kali , menunjukkan perkara ini amat ditekankan untuk menjamin kesejahteraan umat Islam. Jadi, yang telah membantah isu-isu panas tentang sensitiviti umah Islam, yang telah memberikan komen memberangsangkan,yang turut sama mengkritik tindakan itu dan yang menyebarkannya dalam laman facebook, tugas anda bukan terhenti disitu. Mana tindakan susulan daripada kritikan kita itu? Apa nak buat selepas ini? Tugas anda masih panjang dan mungkin tidak pernah tamat sehingga dunia benar-benar mengamalkan cara hidup Islam yang adil dan aman.

Sampaikan ajaran Islam yang sebenar ini supaya ia boleh dihayati. Sampaikan ajaran Islam ini supaya mantap pegangan kita semua tentang Islam. Sampaikan ajaran Islam ini supaya ia difahami dan semua umat Islam mempunyai akhlak diri yang baik. Sampaikan ajaran Islam ini supaya dunia ini aman dengan mengamalkan sistem-sistem Islam yang adil. Sampaikan..sampaikan… sampaikan~


No related posts.

Categories: Terkini, Umum

Comments (3)

Hh

September 7th, 2010 at 2:43 pm    


mcm mlampau je yg ulasan setiap scene iklan tv3 kat blog tu…
cuma yg terang2 nya adalah unsur krismas tu kn..

pelik sebab xkn xde sorg pon kt sri pentas tu yg bsuara sblm iklan tu disiarkan? ke nk tggu masy bsuara baru nk tarik balik

mcm kes pengharaman judi sms piala dunia di malaysia yg awl2 nya dibolehkn..nk tggu masy respon baru nk tarik smula

media kn spatutnya mjadi prantaraan mnyampaikan bnda2 yg bagus dan boleh mdidik masy…wallahualam, sekadar pndangan

hmmm...

September 7th, 2010 at 11:35 pm    


makin berat tugas kita…
Ya Allah berilah kami kekuatan utk tegakkan Islam ini dalam diri kami dan orang2 sekeliling kami…amin

Cerah Jeff

September 8th, 2010 at 3:50 am    


bab iklan raya sama dengan krismas,saya setuju.
bab iklan raya ada unsur illuminati,saya tidak tahu betul atau tidak tetapi ada satu ketika dalam iklan tersebut mencurigakan,iaitu tulisan jawi terbalik atau mungkin ayat quran sebab tidak logik ayat itu terbalik. Kalau anda selak helaian buku,helaian belakang yang diselak itu pasti tidak akan terbalik tapi ia berlaku dalam iklan tersebut.
Saya tidak fikir ada unsur Illuminati dalam iklan tersebut, pendapat saya,pihak TV3 sengaja lakukan iklan sedemikian untuk meraih rating yang tinggi,kalau anda tidak percaya,cuba check google tentang iklan tv3.
=D

Leave a reply

Name *

Mail *

Website