Sekadar Fesyen Terkini
Perhatikan rakan-rakan sekeliling. Mungkin ada di antara meraka sedang bersenang lenang di rumah. Ataupun sibuk dengan report-report yang menggunung dan terkejar-kejar tarikh akhir untuk hantar. Perhatikan betul-betul sahabat kita. kali ini bukan melihat kesibukan diri mereka. Atau melihat gaya tudung yang dia sedang pakai. Tapi, mari perhatikan sahabat kita ini dari sudut akhlak mereka. Adakah mereka masih seperti dahulu? Masih diselaputi dengan akhlak jahiliyah atau sudah berubah menjadi baik?
Untuk mengemukan pendapat peribadi saya, saya rasa sedikit terkilan dengan kawan-kawan saya sendiri. Semakin lama saya telan perasaan itu, selama itu juga lah saya berasa ragu-ragu dengan sesuatu yang sedang saya kerjakan kini.
Mungkin remeh bagi orang lain, tetapi tidak pada diri saya.
Bila saya perhatikan kawan-kawan, Alhamdulillah, cantik-cantik belaka. Pakaian masing-masing sudah lain. Kebanyakkan kawan-kawan saya memiliki baju labuh muslimah. Rata-rata suka untuk mengenakan fesyen tudung labuh akel yang semakin cantik coraknya. Dan ada juga yang sudah memakai sarung kaki ke kelas. Saya sangat-sangat bersyukur dengan perubahan sahabat-sahabat saya yang selama dua tahun di JAD, mendapat hidayah dan tarbiyah melalui usrah.
Tetapi sayang. Perubahan fizikal tidak selari dengan perubahan akhlak yang mereka semua miliki. Saya sedikit terkilan apabila melihat sahabat saya yang berbaju dan bertudung labuh, tetapi masih duduk-duduk dengan kawan-kawan lelaki. Di dalam kelas juga, ada yang tidak mengawal percakapan sehingga boleh dengar hilaian gelak ketawa sehingga seisi kelas. Yang bertudung labuh, masih terkinja-kinja di hadapan lelaki yang bukan muhrim. Apakah itu?
Sering kali persoalan ini timbul dalam fikiran saya. Kadang-kadang saya malu untuk memiliki imej yang serupa dengan mereka kerana saya tidak mahu dilabel sebagai orang yang hanya berpura-pura saja. Saya malu bila ada ikhwan yang meminta saya untuk tegur sahabat rapat saya sendiri untuk berkelakuan lebih sopan dan lebih menjaga batas pergaulan antara lelaki dan juga wanita.
Cuba kita fikirkan. Tidakkah fitnah akan timbul seandainya orang yang memiliki imej baik ini melakukan kesalahan yang tidak enak untuk dipandang. Dan menjadi sukarlah kepada para pendakwah yang ada di sini untuk menarik minat remaja lain untuk berada dalam landasan Islam yang sebenarnya. Contohnya, seorang guru menegur anak muridnya untuk beratur ketika membeli makanan di kantin sekolah, tetapi dia tidak mengapa jika tidak beratur untuk membeli makanan.
Saya sedar zaman sudah berubah. Begitu juga dengan fesyen berpakaian. Salah satu fesyen terkini ialah baju labuh muslimah dan tudung arini. Memang bersyukur kerana dengan wujudnya fesyen sebegini, sudah ramai yang mahu menutup aurat rambut di kepala walaupun tidak biasa. Semua orang mencuba sedaya upaya untuk tidak tertinggal dengan fesyen-fesyen yang terkini.
Tetapi, saya berharap, sahabat-sahabat saya tidak terlibat dengan keadaan sebegitu. Sekadar berubah kerana mengikuti peredaran masa dan dunia fesyen. Semoga, perubahan yang mereka lakukan secara lahiriah, turut memberi sentuhan di dalam hati dan menzahirkan perubahan lahiriah tadi seiring dengan perubahan akhlak untuk menjadi lebih baik. Jangan jadikan yang baik itu sekadar trend yang akan berubah ditelan zaman pada bila-bila masa nanti.
Related posts:



Comments (5)
nicol david
April 7th, 2011 at 9:43 pm
assalamualaikum…huhuh.T_T
sy, bertudung 50′ bju labuh.usually kalau keluar. tp bila p kelas, saya terasa sgt hipokrit.
kerana, dalam pengajian saya, sememangnya grouping diff gender 3-5 orang. yang mana bila dlm grouping memang akan berinterksi byk dgn diff gender.
kdg2, saya terfikir, ap agknya pandangan org bila melihat sy di kelas?
dan bila baca post ni..rasa T_T. dlm pgajian sy, mencari mereka y berada dlm trbiyyah ni ibarat mencari seekor belalng di tengah padang pasir.
hny berkongsi,dan jazaki/allah utk post ini. salah satu alat supaya sy lebih ingt.
Dyana
April 9th, 2011 at 2:53 pm
Luaran – dalaman kene ade ciri-ciri muslimah sejati~
insyaAllah,
perubahan selalunye takes time, hakikat yg perlu diakui,
kite yg melihat, tegurla dgn care yg diplomasi,
doalah secara berterusan..
** Peringatan utk diri dan anda muslimat di luar sana.
Nor
April 10th, 2011 at 10:57 pm
Saya seorang yang memandang seorang yang bertudung labuh itu sangat baik, bagus, dan ada tatasusila..Tapi, hari demi hari.. saya semakin bersangka buruk pada orang yang bertudung labuh (terutama yg berada di kawasan rumah)sebab diorang sangat-sangat hipokrit..sebab tingkah laku diorang keterlaluan dan saya rasa tak layak diorang berpakaian begitu..
Saya bukan seorang yang bertudung labuh..tapi ada berniat juga untuk bertudung labuh…
Tak dinafikan tak semua orang bertudung labuh buruk akhlak..tapi sebab nila setitik rosak susu sebelanga..ibaratnya begitu..tempiasnya akan dirasai…
Lagi satu..trend tudung sekarang…memang tutup kepala..tapi tengkuk terdedah, dada apatah lagi…sanggul dah macam bonggol unta…saya tak faham..kenapa nak kembali pada zaman jahilliyah ya.. Makin berteknologi, makin mundur akhlak..
jowa97
May 6th, 2011 at 4:49 am
muslimah yg bertudung labuh seperti yg dimaksudkan telah mengikut kod etika berpakaian..kod etika pergaulan dan akhlak mereka belum tamat belajar lagi kot..dalam hidup ni semua benda memerlukan ilmu..
bertudung labuh bukan lah pakaian orang ALIM..
dan orang alim tidak dilihat pada PAKAIAN..
laki pakai jubah x semestinya alim..kat arab sana org bawak trektar ,main bola,buat rumah,bercucuk tanam,bawak teksi,ramai je pakai jubah..ramai yg salah anggap dgn konsep pemakaian jubah,asal sebut jubah,ALIM,asal sebut ALIM,jubah..diulangi sekali lagi,ALIM BUKAN DILIHAT PADA PAKAIAN..islam x mengkhusus kepada sesuatu fesyen(jubah ke ape ke)..yg penting mengikut kod etika berpakaian islam..dalam islam,dari bangun tidur ari ni sampai la bangun tidur keesokan harinya semuanya ada kod etika..kita perlu mempelajarinya..sekian..(teringat 1 lirik lagu, ”umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam”
dee
January 19th, 2012 at 2:51 pm
memang tak dapat dinafikan, ramai yg sudah brmula tertarik dengan pilihan pakaian yg lebih proper.. mungkin perubahan akhlak tu masih boleh dibaiki perlahan-lahan, mereka perlukan bimbingan. tentang isu lelaki n perempuan dlm 1 group dlm buat group assignment, kalau x dpt dielakkan x da masalah pun, asalkan dpat jaga batas-batasnya… x salah lelaki & perempuan berinteraksi utk bljar, asalkn biar ikut syariat. & sama-sama lah kita cuba berbaik sangka, mahupun yang bertudung labuh, ataupun tidak, & cuba sebaik mungkin untuk ubah yang tidak baik kepada lebih baik, insyaAllah.
Leave a reply