25 May 2011 0 Komen

Buang Munafiq,Masukkan Saya

Berapa banyak ayat Al-Quran yang kita baca dalam sehari?

1 Juz?

2 helai?

1 helai?

1 ayat?

Kalau satu ayat pun,kita patut bersyukur,paling kurang kita sudah baca satu ayat daripada tidak baca lansung dan harus ada dalam hati kita untuk baca lagi banyak atau konsisten dengan satu ayat. Lain orang,lain kemampuannya. Jangan pula bila kita baca 1 Juz sehari dan kawan kita baca 1 helai sehari,kita pandang rendah padanya,sebaliknya bergembiralah bersama-sama kerana dia dan kita berbeza tetapi buat benda yang sama.

Baiklah,kalau sehari kita mampu baca 1 Juz,berapa ramai yang baca terjemahan Al-Quran? Berapa ramai yang hafal terjemahan surah Al-Fatihah untuk dihayati ketika imam membacanya di setiap kali Solat? Berapa ramai yang faham dan tahu maksud ayat surah Al-Ikhlas?

Mungkin tak ramai sebab Quran yang kita guna untuk baca tiada terjemahan. Saya sarankan anda beli satu Quran yang ada terjemahan,harganya lebih kurang Rm30 tetapi hasil yang anda bakal dapat,subhanallah.

Kita tidak sehebat imam-imam besar untuk mentafsir ayat Al-Quran tetapi kita boleh baca terjemahan Al-Quran. Memang ada ayat yang sukar difahami tetapi ada juga ayat-ayat yang senang difahami jadi soal susah senang faham itu bukan alasan,yang penting,kita baca dahulu.

“Malas la nak baca,baca pun tak faham..”

Kalau sebelum perlumbaan mula kita sudah mengaku kalah,memang kita akan kalah,itu teori paling asas dalam kehidupan kita.Jangn berputus asa selagi belum cuba sebab kadang-kadang satu perkara itu nampak payah tapi bila dibuat,kitalah juara.

Masa di tingkatan 2,seorang senior tingkatan 4 mengajar saya matematik. Lalu saya tanya,”bang,addmath susah ke?” Jawab dia,”fuh,kalau math ni pun ko da rase susah,baik takyah amik la addmath.Susah gile kot..” Tapi saya tak percaya dengan jawapan beliau,saya tak bahas balik,saya diam dan saya nekad untuk belajar addmath.

Bila saya naik tingkatan 4,subjek yang paling saya suka ialah addmath. Sepanjang saya belajar addmath dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5,saya tak pernah dapat A2 dalam addmath. Di tingkatan 5 saya terfikir balik apa yang senior saya kata dulu,addmath susah,mungkin lain orang lain kehebatannya.

Jadi bila kita sudah selangkah baca terjemahan Al-Quran,apa yang harus kita faham,Al-Quran ini diturunkan kepada seluruh manusia dan kita adalah subset manusia,Al-Quran diturunkan kepada kita. Jadi setiap ayat yang terkandung di dalam Al-Quran,kita harus hayatinya dan faham bahawa ayat itu ditujukan kepada kita.

Satu hari kita baca surah Al-Munafiqun ayat 2;

Mereka(Orang-orang Munafiq) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

“Teruk gile orang munafiq ni,ade ke main-main ngan sumpah,pastu halang orang lain lak…Ish..”Lintasan hati kita.

Bila kita baca sebegitu,hati kita tidak akan rasa akan amaran ini. Kita secara total ingatkan ayat ini diturunkan kepada munafiqun,kita bukan munafiqun jadi kita rasa selamat daripada amaran Allah ini. Padahal,kita sebenarnya ada potensi untuk menjadi orang munafiq,sepatutnya apabila kita baca ayat ini,kita seharusnya rasa gerun dan takut,bimbang diri kita yang dimaksudkan oleh Allah.

Banyak lagi ayat-ayat lain yang memberi peringatan kepada orang fasik,kafir,yahudi,nasrani dan sebagainya,yang kita selalu rasa selamat ketika membacanya padahal kita sendiri ada sifat-sifat yang dimaksudkan. Apabila membaca terjemahan Al-Quran,buanglah kata ganti nama itu dan gantikan dengan diri kita supaya ayat itu lebih terkesan.

Imam-imam besar mampu menangis ketika membaca ayat-ayat berkenaan dengan Munafiq atau Fasiq sebab bimbang diri mereka yang dimaksudkan sedangkan kita,imam yang tak besar mana ini,rasa selamat dan selesa membaca ayat-ayat yang sedemikian.

Ayuh,buang ganti nama dan ganti dengan diri kita,jom berubah!

Leave a Reply