Nak Kahwin Susah,Jadi Dia Cari Pelacur
“Em,baik tukar lense micro ni,mesti gambar ni jadi lagi lawa,”monolog Azeezan keseorangan sambil membuka beg kamera DSLRnya. Majlis pernikahan terus berlalu tanpa menunggu beliau. Selesai sudah Azeezan menukar lense kameranya,dia cuba fokus kepada pengantin tetapi alangkah terkejutnya pengantin sudah siap diijab-qabulkan. Pantas dan senang.
“Eh,da habis ke?”Soal Azeezan.
“Dah,ko lambat. Imam tanya je Zul terima tak,Zul cakap terima,semua orang cakap sah,selesai,haaa,ni lah Islam sebenar!” Balas Akmal.
Bukan Imam di Masjid Tokyo sahaja,bahkan di mana-mana yang orang arab imamnya,beginilah kepantasan ijab qabul berlansung. Tak perlu baca panjang-panjang,tak perlu lafaz ijab dengan satu nafas,tak perlu ada ‘lah’ atau tidak,cukup dengan saya terima dan didengari oleh semua orang,perkahwinan itu sah. Inilah perkahwinan dalam Islam yang sebenar. Senang dan pantas tapi kita,Melayu,memasukkan adat-adat yang tak sepatutnya,menampakkan perkahwinan dalam Islam itu susah sehingga kalau lafaz itu sekali,ia patut dibanggakan padahal itu adalah kebiasaan.
Tak cukup dengan adat-adat Melayu,ditambah pula dengan adat-adat keluarga sebagai contoh,perempuan yang jenis macamana patut dipilih,yang tentu fizikal,harta dan keturunan menjadi pilihan. Jarang sekali keluarga yang menitik beratkan agama.
“Mama,Ayih ada berkenan dengan kawan baik Ayih ni,dia baik,pakai tudung labuh.”
“Oh,bagus-bagus. Dia belajar apa?”
“Dia tak belajar pun sekarang,dia kerja kat kedai jual buku tu.”
“Ayah dia?”
“Ayah dia dah meninggal. Mak dia dan dia lah yang sara adik beradik.”
“Em…Mama bukan tak berkenan Yih,Mama ok je ngan pilihan Ayih,tapi Ayih carilah orang yang berharta sikit,senang hidup Ayih nanti..”
Mungkin ramai yang tak suka dengan Mama jenis ini sebab ramai yang tahu tentang hadis Rasulullah tentang kalau nak pilih pasangan,utamakan agamanya berbanding harta,kecantikan dan keturunan tapi masalah utama sekarang,golongan yang faham hadis ini adalah golongan muda,yang belum menjadi Mama. Yang jadi Mama sekarang tidak faham tentang ini.
Jadi Ayih pun meneruskan usahanya dalam mencari ‘tulang rusuk’ miliknya. Tapi lepas satu demi satu ditolak mamanya dan dalam masa sama,nafsu syahwatnya semakin bermaharajalela. Dia mengaku kalau kawannya tuduh dia mahu berkahwin untuk lepaskan nafsu syahwatnya,padanya itu lagi mulia daripada melakukan hubungan seks bebas atau zina. Dia juga yakin bahawa bukankah salah satu hikmah perkahwinan adalah bagi menjaga penghormatannya,jadi dia tidak segan dengan alasannya itu.
Tapi imannya semakin luntur. Semakin hari semakin banyak gambar gadis-gadis seksi dilihatnya di Facebook. Semakin hari semakin ramai perempuan-perempuan Melayu membuang selendangnya,membalut buah dada dan mengikat kaki. Ya,dalaman Ayih semakin memberontak.
Tapi dia cuba berusaha,dia terus berdoa agar dia berjumpa dengan jodohnya dan dia mampu mengawal nafsu untuk waktu itu. Setahun lamanya,23 orang dirisiknya tapi kesemuanya gagal. Sama ada pihak perempuan tidak mahu atau mamanya yang menolak. Dia sering tertanya,kenapa sangat susah dalam mengerjakan kebaikan?
Satu hari ketika kawan-kawan serumahnya yang lain pulang ke kampung,pintu rumahnya diketuk oleh seseorang. Dari luar, terdengar suara perempuan.
“Bang,saya sunyilah malam ni…”
Gelabah Ayih seketika. Pintu yang dibuka ditutupnya kembali dengan kuat. Peluh mula keluar di mukanya. Apakah yang patut dia buat.
“Bapak lawa pompuan tu…Body pun ok…Amoi Cina pulak tu…Em….Is,Amir takde kat umah..Aku pun dah tak tahan lagi da ni…Eh,takleh,takleh…Aku kena kawin dulu,zina ni..dosa ni……Tapi…Nak tunggu aku dapat jodoh,dari dulu tak dapat-dapat… Takpele,try sekali…Eh,takleh-takleh…Em..Ahhhh,lantak la!”
Imannya cair. Dibukanya pintu,lalu dipelewa si perempuan masuk ke rumah. Lalu berlakulah apa yang tak sepatutnya berlaku. Walaupun bukan dengan orang yang dicintainya,walaupun bukan dengan orang yang sah,hakikatnya dia telah kalah dengan nafsu syahwatnya. Bila perasaan bersalah datang kepadanya.
“Ah! Aku nak yang halal susah,lantak la..!”
Walaupun cerita Ayih adalah rekaan penulis tetapi keadaan di atas mungkin berlaku dalam kehidupan kita. Kalau bukan tentang perempuan,mungkin dari segi duit atau peperiksaan. Letih kita belajar siang dan malam tapi keputusan peperiksaan kita masih di tahap yang sama sedangkan kawan kita yang tak belajar mana pun,sentiasa dapat nombor 1. Satu hari kita nampak bilik pensyarah kita tak terkunci,kertas peperiksaan untuk esok ada di dalam dan pensyarah kita dah balik rumah. Disebabkan kita telah berhenti berharap pada Allah,kita pun menceroboh masuk dan membaca soalan peperiksaan. Betul,kita dapat keputusan yang tinggi tapi tidak dengan cara yang betul.
Bilamana kita berhenti berharap dan yakin dengan Allah,pastinya kita akan terjerumus dalam lembah kesesatan. Tidak kisah sesiapapun,saya dan anda,semuanya. Tapi apakah alasan Ayih boleh diguna pakai? “Nak cara halal susah,tunjuk yang ni tak berkenan,yang tu tak berkenan,suruh tolong cari taknak! Lantak la,aku amik pelacur!!” Apakah alasan ini boleh diterima?
Apakah Allah akan terima alasan Ayih dan mencampakkan ibunya ke dalam Neraka sebagai ganti Ayih mengambil pelacur? Tidak, dosa Ayih,Ayihlah tanggung. Tak dinafikan ibunya memang menyusahkannya tetapi menjadikan ibunya sebagai sebab untuk dia melanggang pelacur adalah salah di sisi agama. Apa yang sucinya Islam,yang bersih itu sentiasa bersih dan yang kotor itu sentiasa kotor,andai ada sedikit sahaja kotoran pada yang bersih,terus yang bersih itu dipanggil kotor. Tiada kompromi dalam beragama.
Wahai teman,saya menasihati diri saya sendiri dan kawan-kawan semua,jangan berhenti berharap dengan rahmat Allah.Tak kisahlah soal perkahwinan,soal rezeki,soal peperiksaan,ingat jangan sesekali berputus asa dan mencampakkan diri kita ke dalam lembah kesesatan. Saya tersentuh dengan satu kata-kata di Facebook;
Mendirikan solat itu memang susah,tapi senangkan letak tangan di atas api?






terima kasih atas perkongsian.. boleh dijadikan bahan untuk muhasabah diri..