Normal la tu..
Assalamualaikum semua.. minna genki? Kokoro mo genki? Harap semua sihat-sihat belaka..
Kali ini, nak cakap pasal diri kita.. sekeliling kita.. dan yang paling penting sekali hati kita..
Cuba tengok sekeliling (kalau dekat rumah memang tak nampak) maksudnya bila kita di luar, tentu kita biasa lihat remaja-remaja yang ber’couple’ jalan berdua-duaan, makan sama-sama dan sebagainya. Atau pun, dalam situasi lain, kita nampak satu ‘study group’, bercampur lelaki dan perempuan tanpa meletakkan batas yang sepatutnya. Bahkan ada segelintir yang sanggup bawa lelaki atau perempuan yang bukan mahram masuk ke rumah dengan alasan untuk belajar. Perkara sebegini sudah lali dengan masyarakat sekarang, tak kisah walau dimana kita berada. Saat itu, apa perasaan kita? Suka? Benci? Rasa nak ‘join’ sekali? Mungkin macam-macam jawapannya. Matlamat tidak menghalalkan cara, acapkali ayat ini singgah ditelinga, tetapi sejauh mana kita aplikasikan dalam setiap apa yang kita buat. Jika saat melihat perkara-perkara begitu kita tidak rasa apa-apa, dalam kata lain kita rasa ‘normal la tu’, mungkin hati kita dah layak masuk ICU, kerana hati kita semakin parah, tidak kisah melihat maksiat berlaku di depan mata.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.
Rasanya, semua dah belajar hadis ini di sekolah menengah. Mari kita ingat balik sama-sama. Selemah-lemah iman adalah membenci dengan hati, tapi kalau hati pun dah tak rasa benci, di mana letaknya iman kita? Wallahualam..





