Pesanan Buat Temanku
Buat teman-temanku..
Ingin ku sampaikan pesan padamu..
Tak kiralah yang sebaya denganku..
Atau yang lebih tua dariku..
Mahupun yang lebih muda dariku..
Dengarlah bicaraku..
Buat temanku..
Yang sedang merantau mencari ilmu..
Tak kira dekat ataupun jauh..
Belajarlah bersungguh-sungguh..
Kerana ilmu itu adalah pelita hidupmu..
Yang bakal menerangi masa depanmu..
Buat temanku..
Yang kini menjelajah hidup baru..
Bersama insan tercinta di sisimu..
Jagalah maruah suami atau isterimu..
Sentiasalah jujur dan ikhlas pada temanmu..
Kerna itulah kunci kebahagiaan keluargamu..
Buat temanku..
Yang sedang meniti hari tuamu..
Jadilah pemimpin terbaik di kalangan anak mudamu..
Didiklah mereka sedaya kau mampu..
Ajarlah mereka jalan yang betul..
Agar mereka bisa dijadikan insan terunggul..
Buat temanku..
Yang baru lahir dari perut ibumu..
Tahukah dikau akan dibelai kasih oleh orang tuamu?
Akan mereka lengkapi hidupmu segala yang perlu..
Maka jadilah anak yang baik buat ibu bapamu..
Kerna jasa mereka tak mungkin terbalas olehmu..
Buat temanku..
Yang hanya menunggu masa diambil nyawamu..
Tabahkanlah diri menempuh hari-hari terakhirmu..
Hargailah setiap detik bersama orang kesayanganmu..
Agar bisa diabadikan setiap kenangan itu..
Sebagai memori terindah buat dirimu..
Buat temanku..
Yang masih segar dan sihat tubuhmu..
Gunalah ia untuk mengumpul pahalamu..
Sebelum malaikat Izrael menghilangkan nyawamu..
Kerna mati itu pasti buat dirimu..
Hanya masa sahaja yang menentu..
Buat temanku..
Yang sedang dirundum pilu..
Kerna dugaan sering melanda hidupmu..
Janganlah kau mengadu kenapa begitu nasibmu..
Cekalkan hatimu melayari jalan yang berliku..
Sesungguhnya setiap kejadian itu adalah yang terbaik untukmu..
Buat temanku..
Yang berjaya dalam setiap sesuatu..
Jangan kau riak dengan kebolehanmu..
Sebaliknya bersyukurlah dikau pada Tuhanmu..
Kerna Dialah Tuhan yang memberi rezeki padamu..
Dan Dialah Tuhan yang bisa tarik rezekimu tanpa ragu..
Buat temanku..
Yang pernah tersesat jalan hidupmu..
Yang pernah mengingkari perintah agamamu..
Usah mendengar lagi bisikan syaitan di telingamu..
Dan kembalilah kau ke jalan Tuhanmu..
Kerna masih belum terlambat untuk kau buat begitu..
Buat temanku..
Yang pernah terlanjur dalam hubunganmu..
Jangan kau pilih untuk gugurkan anakmu..
Mahupun mati sebagai penyelesaianmu..
Teruskan saja hidupmu dengan semangat yang baru..
Dan jangan sesekali ulang kisah hitammu..
Buat temanku..
Yang lahir bukan dari zuriat bersih ibumu..
Moga kau kuat hadapi orang sekelilingmu..
Biarpun mereka sering mencemuhmu..
Namun aku ingin kau tahu sesuatu.
Kau tidak pernah hina kerana perlakuan ibu bapamu..
Buat temanku..
Yang merupakan saudara seislamku..
Hargailah agama yang diberi padamu..
Kerna itulah satu-satunya agama yang luhur..
Andai benar kau ikuti ajaran nabi dan rasul..
Indahnya agama islam itu pasti kau temu..
Buat temanku yang memegang agama berbeza dariku..
Ku berdoa agar hidayat diberi padamu..
Ku berharap agar Allah akan membuka pintu hatimu..
Moga terdetik hatimu untuk memeluk agamaku..
Kerna itulah agama yang menjamin syurga mu..
Buat temanku..
Selesai sudah ku sampaikan pesanku..
Moga ia tersemat kemas di hati mu..
Marilah menginsafi diri dan menutup kisah lalu..
Sesungguhnya Allah itu Tuhan kau dan aku..
Dan syurgaNya tempat ku ingin bertemu denganmu..
Maka dengarlah kataku,ikutilah pesanku,wahai temanku..
karya : Fea Sephiria





