Encik T
Saya nak tulis ringkas sahaja kali ini.
Lebih berminat nak dengar respon pembaca pula. Kalau meriah, boleh kita bertukar-tukar pandangan di ruangan komen.
Beberapa hari lepas, ada seminar (hehe) tentang susur galur asal usul bulatan gembira dan hala tujunya. Mentang-mentanglah cerita tentang bulatan gembira, semua peserta nak duduk dalam bulatan. Nasib baik ruang masjid agak luas, maka dapatlah kami berbulatan besar, dan semestinya gembira sepanjang seminar.
Okay. Bila bercerita tentang bulatan gembira, tentu tidak boleh lari dari membincangkan perihal Encik T.arbiyyah.
Saya baru sahaja berkenalan dengan Encik T ini, tidak begitu memahami lagi hati budi beliau bahkan adakala tidak faham bahasa-bahasa yang beliau tuturkan kepada saya.
Ada yang menggelar Encik T dengan nama panggilan, “pendidikan”. Tetapi bagi saya, dalam benar-benar menjiwai perasaan Encik T ini, beliau harus disinonimkan dengan Tingkat.
Orang yang mentarbiyyah, seharusnya meningkatkan.
Orang yang ditarbiyyah, seharusnya ditingkatkan.
Keseluruhan kehidupan Encik T itu, harus berkaitan dengan proses peningkatan.
Dengan itu, barulah dikatakan Encik T berjaya mencapai matlamat kewujudannya di dunia ini.
Apa yang meningkat?
Boleh jadi, ilmu.
Atau amal. Akhlak. Cinta. Rindu. Malu.
Tentu yang lebih penting, ialah IMAN.
Bagaimana dengan anda?
Siapakah Encik T yang anda kenali?






pada saya, betul dah apa yang anda cuba katakan..semua element2 yang anda nyatakan ada pada encik T..
tapi suka untuk saya katakan, encik T adalah proses kembali..proses toleh kembali ke belakang..proses patah balik..patah balik ke mana?? kepada fitrah..kepada fitrah kita diciptakan..sebagai hamba Allah..encik T pimpin kita lalui jalan penuh duka, penuh cinta, penuh rindu, penuh dgn iman yazid wa yankus..encik T pimpin kita menyusur jalan itu..jalan menuju yang SATU..jalan menuju Rabbul Jalil..Allah SWT..itu cerita sy tentang encik T…Allahu a’lam
waa menarik, proses toleh kembali ke belakang…
terima ksh untuk sharing ni…