Pakailah Payung Terjun Supaya Tak Jadi Orang Bodoh!

“Kenapa perlu kita buat sesuatu yang kita tak suka? Lebih baik kita buat apa yang kita suka dan ikhlas,”jawab Mawar dek teguran Ainun tentang auratnya yang terbuka.

“Tapi Wawa,tak semua yang kita suka tu Allah suka dan kita kena ikut apa yang Allah suka,bukan apa yang kita suka,”balas Ainun dengan penuh kasih sayang,dia yang baru sedar akan kepentingan berdakwah bimbang akan nasib kawan baiknya itu. Angan-angannya ingin berjiran dengan Mawar di syurga nanti.

Mawar tetap tak berpuas hati,dia merenung ke luar jendela,mencari hujah untuk terus beralasan.

“Ok,Wawa pernah dengar ceramah Ustaz Azhar suruh elak kita daripada jadi seorang yang munafiq,Ainun tahu ke apa tu munafiq? Munafiq ni dalam bahasa standard nya ialah hipokrit,Ainun faham ke apa tu hipokrit?” Soal Mawar dengan penuh yakin,padanya akal fikirannya,apa yang dia buat adalah betul dan tak perlu diubah.

“Hipokrit? Em..Berlakon?” Balas Ainun,dia mendengar dengan penuh teliti,bukan mencari kesalahan dalam tutur kata Mawar untuk diserang tetapi diperbetulkan apa yang salah.

“Ye,berlakon. Wawa taknaklah berlakon baik,dah Wawa memang jenis macam ni. Dari kecil lagi mama dan papa didik Wawa macam ni,takkan la dorang tak tahu yang mana baik dan buruk. Lagipun,Wawa tak pernah tinggal solat. Kan kita selalu solat berjemaah sama-sama,takkan Ainun tak tahu Wawa baik?” Balas Mawar,itulah definisi baik buat dirinya.

“Wawa,Ainun tahu Wawa baik tapi..” Sambung Ainun,kelihatan kerut resah di dahinya,dia bimbang dia tidak mampu meyakinkan Mawar bahawa baik bukan sahaja terletak pada solat tetapi pada keseluruhan agama itu sendiri. Lagipun dia juga seperti Mawar,seorang pelajar perubatan,dia bimbang Mawar tidak dapat menerima teguran daripada seorang yang bukan pelajar keagamaan.

“Tapi? Ainun nak cakap Wawa tak cukup baik?” Mawar mencelah dengan suara yang lintang,kesabarannya pada kemuncak. Perbincangan yang pada asalnya bermula dengan tenang kini berubah menjadi panas.

“Tak,Ainun tak habis cakap lagi. Wawa baik sangat,solat penuh,baca Quran sama-sama dengan Ainun tapi Islam bukan tu je Wawa. Islam tu cara hidup,cara kita makan,beribadah,belajar dan berpakaian,ada tata tertibnya sendiri. Semua dah Wawa buat kecuali bab perpakaian….”Terang Ainun dengan nada suara yang rendah,daripada bimbang Mawar tidak faham apa yang cuba diterangkannya bertukar kepada bimbang hubungan baik yang dibina selama 4 tahun dengan Mawar berakhir di sini.

“Takpe la Ainun,Ainun ikut jalan Ainun,Mawar ikut jalan Mawar. Kadang-kadang kita tak sama pendapat. Ainun kena belajar terima pendapat orang lain,kalau tak macamana Ainun nak jadi pendakwah yang fleksibel. Wawa tahu Ainun banyak ilmu agama tapi Ainun kena ingat,dengan semua ilmu yang Ainun ada tu,ada banyak lagi Ainun tak tahu macam kes Wawa ni. Harap Ainun boleh terima..”Kata Wawa sambil memasukkan buku-bukunya ke dalam beg dan berjalan keluar bilik.

Ainun terdiam dengan kata-kata Mawar. Dia tahu dia berada di atas jalan yang benar tetapi dia tidak berupaya untuk jelaskan apa-apa lagi. Dia hanya melihat Mawar meninggalkan biliknya dengan keadaan yang agak suram. Walaupun dia yakin dia berada di atas jalan yang lurus,sebagai seorang kawan baik,dia juga berada bersalah disebabkan teguran dia, hubungan dua sahabat itu menjadi renggang.

Hatinya sangat tidak tentang. Mawar terus melangkah ke perpustakaan,bukan untuk ulang kaji pelajaran tetapi untuk mengelak pertengkaran dia dan Ainun hilang kawalan. Dua sahabat yang bersahabat lebih daripada 4 tahun itu tidak pernah bertengkar sampai ke tahap ini,Mawar juga seperti Ainun,dia juga sayangkan persahabatan yang mereka bina. Hilai tawa dan air mata duka dikongsi dan diatasi bersama-sama.

Mawar duduk termenung di luar tingkap perpustakaan,dalam tidak sedar,matanya mula berkaca dan air mata mula membasahi pipinya. Fikirannya berkecamuk,dipenuh dengan Ainun dan kata-kata nasihatnya. Kadang-kadang dia tertanya bagaimana Ainun berada di atas jalan yang betul dan dia yang sebenarnya salah. Dia kebingungan.

Di satu sudut perpustakaan,ada sebuah papan putih yang di atasnya tertulis satu ayat Quran. Mawar tertarik pada tulisan di atas papan putih tersebut namun disebabkan jaraknya yang agak jauh dan dia terlupa membawa cermin matanya,dia terpaksa bergerak mendekati papan putih tersebut.

“Dan semua sujud kepada Allah, baik di langit mahupun yang di bumi, baik dengan kemahuan sendiri mahupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayang mereka, pada waktu pagi dan petang hari,” (Ar-Ra’d: 15)

Dia terduduk.

Menangis.

Menyesal.

_______________________________________Tamat____________________________

Pengajaran,kita hamba Allah. Segala arahan Nya wajib kita tunaikan,tak kisah kita rela atau terpaksa sebab itu arahan Nya. Soal ikhlas atau tidak,itu soal kedua,persoalan untuk kita ukur di syurga mana paling kita layak,yang paling atas atau yang paling bawah. Ingat,buat dulu segala arahan Nya,selepas itu baru fikir soal ikhlas atau tidak.

Cuba tanya diri sendiri,saya bodoh atau saya cerdik.

Untuk jawab soalan di atas,kita bayangkan kita naik kapal terbang. Ketika tengah terbang,kapal terbang kita rosak dan semua penumpang dikehendaki memakai payung terjun dan terjun. Tapi disebabkan kita tak suka pakai payung terjun sebab nampak macam budak-budak,kita pun tak pakai payung terjun tersebut. Kita cerdik atau bodoh?

Pakailah payung terjun tersebut,tak kisah kita suka atau tidak,paling kurang kita tak mati katak,kita berusaha untuk hidup. Samalah dengan arahan Allah,buatlah dulu,ikhlas atau tidak,letak di tepi sebentar,paling kurang dengan melakukan apa yang Dia suruh,kita dah sempurnakan arahan Dia selaku hamba Nya.

Jadilah orang cerdik sebab kita sentiasa diberi pilihan untuk jadi orang yang cerdik atau orang yang bodoh.

Kita yang tentukan!

Related posts:

  1. Nak Jadi Hebat Tak Perlu Jadi Orang Lain
  2. Pakailah Contact Lens Islam
  3. Supaya Allah menjaga aib kamu!!!~
  4. Supaya Solat Kita Diterima Allah
  5. Ruginya Orang Beriman Kalau…

Categories: Azzariyat

Comments (1)

Ibnul Wardi

January 6th, 2012 at 9:42 pm    


tahniah…artikel yang menarik.

Leave a reply

Name *

Mail *

Website