Bukakanlah Hatimu

Baca situasi ini, dimanakah kita?

 

Tett, tett. Telefonku berbunyi. Mesej masuk.

Tertera jelas.

[ Majlis ta’lim - tajuk: Hari-hari dalam hidupku - surau murni, malam ni boleh hadir? Sila reply deh, kite tunggu awak! ]

Malas. Buang masa.

Itu sahaja kalimah yang terpacul di minda. Tiada lain.

Study week baru sahaja bermula. Aku harus struggle betul-betul sem ni. Sem akhirku dibumi USM, selepas ini kembara ke alam kerjaya dan juga alam-alam selainnya.

Mesej yang masuk dibiarkan senyap di dalam ‘inbox’. Tidak dibalas.

Bukan benci, cuma buat masa ini, tidak mahu.

Bukan tidak rindu, tapi biarkan dahulu.

Kelak mereka pasti tahu mengapa aku begini.

Aduhai sahabat berlapang dadalah kalian dengan diriku. Aku pohon kekuatan dariNya, Moga terus thabat pada jalanNya. Solat jemaah di surau sudah lama sangat ditinggalkannya. Namun jiwa rasa rindu amat! Tapi bagai ada suatu yang menghalang. Namun apakah ia?

Buku ‘seksaan Neraka’ di selak-selak kala jiwa rasa ketandusan. Namun jiwa rasa kosong. Ingin kembali bersama sahabat-sahabat, rasa malu. Malu apa aku tidak tahu.

 

———————————————————————————————————

Tett, tett. Telefonku berbunyi. Mesej masuk.

Tertera jelas.

[ Majlis ta’lim - tajuk: Hari-hari dalam hidupku - surau murni, malam ni boleh hadir? Sila reply deh, kite tunggu awak! ]

Oh, jari pantas membalas.

[Ya, insyaAllah hadir.]

Mesej dibalas ringkas, mera’i si penghantar kiriman pesanan ringkas.

Hati lapang. Lama ditunggu halaqah mingguan mereka. Sekian lama sepi kerana naqibah yang sering kali uzur untuk hadirkan diri. Ya, akhirnya, kesihatannya pulih, lalu kami dapat berkumpul lagi!

 

———————————————————————————————————

Tett, tett. Telefonku berbunyi. Mesej masuk.

Tertera jelas.

[ Majlis ta’lim - tajuk: Hari-hari dalam hidupku - surau murni, malam ni boleh hadir? Sila reply deh, kite tunggu awak! ]

[ Salam, Lisa pegi tak halaqah malam ni? Jom ar, ada makan-makan sket.]

[Syukran atas info. Tapi maaf ana tak hadir, nak study sket malam ni, esok dah nak balik umah]

[oh, ok, semoga dipermudahkan urusan]

[syukran]

———————————————————————————————————

Di manakah kita? Yang mana pilihan kita? Adakah kita nanti berada di majlis ilmu? Adakah nanti kita hanya duduk di atas kerusi, belajar, mengendahkan ajakan kawan kita? Adakah kita juga nanti hanya memberi alasan untuk ketidakhadiran kita?

Ya, ini antara pilihan kita. Seperti kehidupan kita. Terlalu banyak pilihan. Tapi di manakah pilihan kita yang betul? Allah hanya memberi pilihan-pilihan, dan kita hanya perlu memilih. Tapi tahukah anda, setiap pilihan kita akan dipertanggungjawabkan? Kadang-kadang pilihan kita betul, kadang-kadang pilihan kita salah.

Setiap pilihan yang betul pastinya membuatkan kita gembira. Sedangkan pilihan yang salah, akan kita sesali sampai bila-bila. Dan dari situlah munculnya perkataan “kalau”. “Kalau lah aku pergi ke majlis ilmu itu.” “Kalau lah aku belajar bersungguh”. Ingat, apa yang berlaku atas pilihan kita janganlah kita sesali. Belajar daripadanya, dan bersedia untuk memilih pilihan seterusnya. Berhati-hatilah dalam membuat pilihan.

Related posts:

  1. Carilah hatimu…
  2. Sentuh Hatimu Dengan Firman-Nya

Categories: Fikrah

Comments (1)

linda misrah

January 25th, 2012 at 3:11 pm    


assalam, ana suka baca artikel nta. izinkan ana mengcopy ya.. syukran jazilan..

Leave a reply

Name *

Mail *

Website