Tekanan itu satu hadiah!
Hidup ini satu perspektif. Ia benar-benar tentang cara bagaimana kita melihat sesuatu itu. Jika baik sudut pandangannya, baiklah apa yang akan kelihatan pada mata kita. Jika buruk cara kita menilainya, sesuatu yang baik juga tidak mustahil akan kelihatan buruk. Nauzubillah.
Tekanan, stres. Semua orang pernah mengalaminya lebih-lebih lagi bagi yang bergelar pelajar. Mengharungi hari-hari yang tak cukup tidur akibat masa yang terlalu mencemburui. Bebanan kerja sangat banyak tetapi masa yang ada terasa sangat sedikit. Sedar tak sedar kita mula merungut, kita mula mengeluh. Tidak kurang juga yang mungkin bertindak luar dugaan. Semuanya kerana tertekan dengan bebanan kerja, rasa lelah mengejar ‘deadline’ yang sangat hampir. Peperikasaan sudah hampir, tapi kita seolah-olah tidak mengetahui apa-apa tentang subjek tersebut. Malahan ada juga yang mungkin akan bertambah stres melihat raka-rakan lain sudah berjalan laju ke hadapan sedangkan kita masih terkial-kial menyusun langkah.
Saat ini sebenarnya kita sedang diuji. Kebolehan kita menyusun masa sedang menjadi taruhan. Kekuatan kita melawan rasa mengantuk dan teruskan membuat kerja menjadi kayu pengukur. Tetapi kita perlu sedar, saat tekanan datang menyapa, bukan sahaja kebolehan intelektual sahaja yang diuji, ia nya lebih dari itu. Saat ini kita perlu juga menyedari bahawa keimanan kita juga turut diuji. Keyakinan kita pada ALLAH juga turut diuji. Sama ada ujian ‘tekanan’ ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik atau sebaliknya.
Satu pandangan yang biasa terhadap tekanan adalah ia akan membuat kita terkejar-kejar, tidak cukup tidur, rasa mahu menangis, bahaya pada kesihatan kita dan pelbagai lagi kesan yang berbaur negatif. Paling tidak, kita akan mengeluh tatkala berhadapan dengan lambakan kerja dan timbunan muka surat yang perlu diulangkaji. Buang seketika pandangan tersebut kerana ia hanya akan membuat kita bertambah derita.
Buka hati dan rasakan sebenarnya tekanan itu satu hadiah. Lambakan kerja itu adalah penggalak untuk kita lebih berusaha. Usah hitung berapa malam yang kita tidur lewat kerana nak siapkan tugasan, tetapi hitunglah berapa kerap kita berdoa pada ALLAH supaya kerja kita dimudahkan. Tandanya ketika itu hati kita sentiasa mengingatiNya. Saat tertekan inilah kita tanpa diduga menjadi sangat rajin untuk beribadah, mengaharap secebis bantuan ALLAH. Membawa kita lebih khusyu dalam solat kerana kita tahu seusai solat itu kita akan kembali berperang untuk mengejar tarikh akhir penghantaran tugas. Pendek kata, tatkala diuji inilah kita akan merasa lebih dekat dengan ALLAH dan kebergantungan itu berada pada tahap tertinggi. Subhanallah!
Inilah antara perkara-perkara yang menjadikan tekanan itu satu hadiah. Namun kita selalu terlepas pandang tentang kebaikan-kebaikan ini. Kita anggap ianya cuma sampingan padahal ia adalah isi utama yang patut kita fahami. Jadi selepas ini semoga kita lebih bijak dalam menghadapi tekanan. Anggap ia satu anugerah yang dapat mengajar diri dan mendisiplinkan hati. Terima ianya sebagai teman yang mengisi masa lapang yang selalu melalaikan kita. Ambil ianya sebagai wasilah yang akan buat kita menjadi hamba yang lebih beriman dan bertaqwa. Lupuskan reaksi-reaksi negatif yang mungkin hadir bersama tekanan itu. Hadapi dengan bijak dan ingat,
“Always tell your problems how GREAT Allah is!”
Akhir sekali, pujuklah hati yang sedang tertekan dengan bait indah dari surah At-Talaq ayat 2 hingga 3. Disitu adanya kekuatan buat yang mencari, adanya sinar buat yang meyakini.
Related posts:
- Hadiah Iblis Kepada Nabi Musa
- Ujian Itu Satu Anugerah
- AJL 24 dan Illuminati,satu perancangan?
- Adakah firman itu satu penipuan?!
- Satu Kesilapan
Categories: Azzariyat



Comments (2)
linda misrah
January 27th, 2012 at 5:01 pm
Assalamualaikum, izinkan ana copy artikel nta ya.. ana suka dijadikan sbg teladan dan sempadan, syukran ya ukhti…
aliyahsumayyah
January 28th, 2012 at 12:47 am
Silakan
semoga bermanfaat.. InsyaAllah
Leave a reply