25 January 2012 0 Komen

Meminta-minta Amalan Mulia?

Apalah erti hidup tanpa memberi. Penulis masih ingat lagi, rakan-rakan penulis sering mengulagi kata-kata atau tageline seorang ustaz yang menulis buku Aku Terima Nikahnya itu. Memang menjadi buah mulut para sahabat penulis ketika itu. Tapi, apabila penulis fikir-fikirkan kembali, apala ertinya hidup penulis ini jikalau hidup hanya meminta sahaja. Tiada yang mengalir daripada diri kita yang menjadi kebaikan untuk masyarakat.

Bila direnung-renungkan, di dunia ini ada pelbagai jenisnya. Ada kalanya, kita menjadi peminta. Meminta-minta untuk dipenuhi kehendak hati. Hati ini pun satu perkara lain, tetapi insyaAllah, di entri yang lain nanti penulis kupaskan. Bila dibincangkan soal meminta ini, semestinya pembaca terfikirkan tentang masalah peminta sedekah di Malaysia amnya. Malah, perkataan ini sendiri memiliki imej yang negatif. Penulis juga tidak menafikan bahawa masalah peminta sedekah yang semakin menjadi-jadi ini memberi banyak impak yang kurang elok kepada masyarakat kita khususnya masyarakat Islam itu sendiri.

Tidak dapat dinafikan kebanyakan peminta sedekah yang berada di Malaysia ini terdiri daripada bangsa yang Melayu yang membawa imej Islam dalam diri mereka. Malah, mantan perdana menteri kita Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sendiri mengakui “Bangsa Melayu bukan bangsa yang lemah”. Kenapa mesti kita merendahkan diri kita sendiri? Malahan, jika berterusan begini, keadaan mereka pasti menimbulkan fitnah kepada agama Islam itu sendiri. Terutama sekali imej Islam terhadap orang bukan muslim, menyebabkan mereka berfikir bahawa Islam itu lemah dan miskin, lantas menbuntutkan hasrat hati mereka untuk mengambil tahu tentang Islam. Memikirkan hal sedemikian, penulis memaksa diri untuk menjadi orang Islam yang berjaya, berpendidikan tinggi dan membawa imej yang baik-baik demi Islam. insyaAllah.

Tetapi, dalam kehidupan ini, meminta juga bole menjadi sesuatu yang positif melalui kaca mata kita. Cuma bagaimana kita menggunakannya sahaja yang berbeza dengan meminta yang negatif. Sebagai hamba kepada Tuhan pencipta alam ini, meminta itu menunjukkan kehambaan kita kepada Yang Maha Kuasa. Malah, Ar-Rahman ini juga mengajar kita bagaimana caranya untuk meminta kepadaNya, iaitu degan berdoa, seperti surah al-A’raf 7:29,

Katakanlah, “Tuhanku menyeruhku berlaku adil.

Hadapkanlah wajahmu (kepada Allah) pada setiap solat,

dan sembahlah Dia dengan mengikhlaskan setiap ibadah semata-mata hanya kepadaNya.

Kamu akan dikembalikan kepadanya sebagaimana kamu diciptakan semula.

 

Berdasarkan ayat ini, kita sememangnya dialu-alukan oleh Allah untuk berdoa kepadanya. Setiap kali selesai solat. Penulis pernah mendengar satu cerita yang berkaitan dengan meminta. Dalam sebuah sesi perbincangan ilmu, seorang sahabat penulis menujukan soalan berkaitan emosi kepada seorang akhowat. Balas  akhowat itu,

“Bila adik-adik bermasalah, siapa yang adik cari? Adakah Allah yang pertama mengetahui segalanya tentah gundah gelana di hati adik? Adakah Dia tempatadik meyuarakan rasa gembira? Adakah Allah segala-galanya yang pertama buat adik? Ingatlah , Allah, tuhan kita itu sebenarnya maha sweet. Cuma kita sebagai hambaNya sahaja yang tidak mahu ambil tahu. Bila kita sedih, Dia memberikan kata-kata semangat kepada kita sehingga kita bole tertawa semula. Apabila kita bingung menghadapi masalah, Dia yang menunjukkan jalan keluar yang membuat kita tenang kembali. Bila kita sendirian, keseorangan, Dia pasti tidak akan meninggalkan kita. malah sentiasa berasa di samping kita. Yang penting kita pinta kepadaNya. Minta dengan sesungguh hati dan berulang-ulang kali. Itu yang Allah suka. Itu yang Allah rindukan dari hamba-hambaNya. Kadang-kadang, Dia sengaja beri kita ujian. Sebab Dia rindu nak dengar suara kita mengadu kepadaNya. Seperti surah al-Baqarah 2:186,

Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku,

maka sesungguhnya Aku dekat,

Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu,

hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku,

dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.

 

Itulah pesanan seorang okhowat kepada sahabat penulis itu. Teringat sahaja kisah ini, pasti penulis akan bermuhasabah diri. Mengimbau ujian-ujian yang telah Dia berikan kepada penulis. Alhamdulillah.

Fikir—fikirkanlah berkenaan dua jenis meminta. Sama ada pembaca mahu menjadi peminta yang positif ata peminta yang negatif. Untuk mengakhiri entri ini, kita sama-samalah kita bermuhasabah diri untuk mencapai redha Ilahi yang menjadi tiket untuk kita Jannah. Assalamualaikum.

Leave a Reply