Makan & Hidup

memilih makanan yang berkhasiat ibarat memilih jalan-jalan hidup yang terbaik

Ini entri tentang ‘makan’. Tentang ‘hidup’. Tentang apa sahaja kerana minda bisa menafsirkannya tanpa halangan.

Menu ala Carte tersenarai di bahagian atas. Terlekap di dinding.Ada juga terbentang di atas meja shubbak. Mata liar melihat, kalau-kalau ada promotion, siapa tidak mahu?

Menu pizza pelbagai rasa tersenarai:

-Pizza pepperoni
-Pizza massala
-Pizza cendawan butang bersama hirisan keju mozzarella
-(dan lain-lain tersenarai panjang)

Menu makanan ringan:
-burger king
    -burger fillet
                                                          -bugger daging
                                                                    -bugger ayam spicy
                                                              -nugget tempura
                                                              -kentang goreng

Beverage, happy meal, tempura oyster mushroom. Semuanya tersenarai dengan kemas. Wah, semuanya mengundang saliva memenuhi ruang mulut!

Aki mengangkat Adi, anaknya berusia 5 tahun. Sengaja di bawa si kecil ke situ terlanjur telah berjanji beberapa hari sebelumnya. Adalah berbohong jika dia tidak menunaikannya. Jika dia berbohong pasti akan memberi kesan dalam pembentukan syakhsiah anaknya itu. Panjang akal Aki memikirkannya.

Adi nak makan apa?’
Adi..emm..entah..Adi nak yang sedap!’
Yang sedap..semua pun sedap..
Mmm..’gumamnya panjang.’ Nak nugget ni..dengan air miloo
Ok sayang.Cik.. mintak tambah pizza cendawan butang ni ya sekali

Pesanan dibuat. Beberapa minit kemudian, pesanan diperoleh, lalu dibayar. Lalu pulang dia bersama si kecil.

Gembira.

…………………………………………………………………………………………
Pengajaran yang ingin disampaikan penulis melalui cerita ini adalah seperti berikut:

1. [Mahu makan apa? Mahu yang ini yang itu (Contoh: nasi goreng ikan masin dan air suam)]
[Mahu makan apa? Tak kesah..apa-apa pun. ] Awas dengan jawapan ni! Kadang-kadang ia boleh mengundang ‘kegeraman’ orang lain terhadap kita!
Tetapi hakikatnya, itu lah jawapan normal yang selalu kita dengar. Sedar atau tidak di dalam memilih makanan sekalipun kita perlu spesifik, mahu makan itu, ini, apatah lagi dalam kehidupan!

2. Hala tuju yang jelas-> strategi (action plan) yang jelas-> membantu kita untuk menggapai apa yang kita mahu dengan lebih mudah kerana kita lebih nampak jalan-jalannya iaitu jalan-jalan bagi menggapainya. Hala tuju yang umum ibarat ‘mahu makan yang sedap’ orang lain tidak dapat menghulurkan bantuan mereka untuk memilih makanan bagi kita, melainkan setelah kita perincikan ‘mahu makan nugget’ contohnya, maka dengan mudah orang tersebut mengambil pesanan makanan kita.

3. Jom bina impian! Biarkan diri kita dikejar oleh impian tersebut! Ayuh keluar dari kotak selesa, ingatlah kotak selesa itu sendiri adalah ujian buat kita. Tanya diri kita: mahu susah di waktu muda atau tua? Tanya hati kita! Ayuh lah teman-teman masih belum terlambat untuk berubah! Senaraikan cara-cara untuk gapai impian itu diatas kertas, agar ia jelas tertera, usah biarkan ia hanya terawang-awang di kotak fikiran! Moga ia menjadi inspirasi kejayaan kita!

4. Lakukan apa yang anda suka, kerana perkara yang menjadi kesukaan tidak menjemukan (InsyaAllah), malah ia menjadi inspirasi serta menjadikan kita kuat untuk terus berusaha. Tidak ada kesusahan melainkan hanya cabaran.

Related posts:

  1. Dia yang makan sampah..
  2. Jom Makan!
  3. Jalan Hidup (2) : Ujian Hidup
  4. Jalan Hidup (1) : Syukur
  5. Jalan Hidup (2) : Hujan Panas

Categories: Cerpen, Muhasabah

Comments

No Comments

Leave a reply

Name *

Mail *

Website