26 February 2012 0 Komen

Syndrom Terasa Diri Betul

Alhamdulillah,Allah memberi saya peluang untuk mengadakan perbincangan dengan orang yang hebat-hebat,salah seorang ialah Saudara Imran Koyube, pengasas ILI, seorang Ustaz yang pernah ditahan di dalam ISA selama 6 tahun kerana dituduh sebagai teroris dan seorang saudara penggerak sebuah Masjid di Kelantan. Bilamana sebut tentang perbincangan,tak semestinya pendapat kami sama dan kami saling meraikan pendapat masing-masing terutamanya dalam bidang politik. Jujur saya katakan, ketika saya memberi pendapat, kebimbangan saya kepada Sydrom Terasa Diri Betul datang kembali.

Sebenarnya kebimbangan saya dengan Syndrom ini sudah lama. Syndrom ini paling senang diterjemahkan dengan terasa diri dalam kelompok sedikit yang betul. Pada awalnya kelompok yang terkeluar itu(sedikit) itu adalah betul tapi selepas dipermainkan oleh syaitan,daripada kelompok yang sedikit itu,terjadinya satu kelompok yang lain,yang sudah lari dari sifat yang betul tadi. Memeningkan bukan? Untuk senang faham,ayuh baca contoh di bawah.

Sebagai contoh,bilamana kita terlepas satu Solat Fardhu kerana tertidur contohnya,kita akan terasa satu perasaan yang kurang senang walaupun telah ditunaikan(istilah orang Melayu: Qadha). Dan kita pernah dengar tazkirah dari para Ustaz andaikata kita terasa perasaan itu,bersyukurlah kerana kita masuk mempunyai iman. Kelompok ini tidak ramai.

Tapi saya khuatir disebabkan tazkirah itu kita yang pada awalnya ada perasaan tidak enak itu kembali gembira kerana kesalahan kita dianggap sebagai ‘satu kayu ukur keimanan’ padahal itulah mainan syaitan,dia kaburkan kita dengan mencampur sedikit fakta kebenaran. “Alhamdulillah lah,at least aku menyesal dengan kesalahan aku…” Kemudian kita ulang lagi,ulang lagi sampai perasaan bersalah dan monolog menyesal itu akhirnya menjadi satu kebiasaan,bukan lagi satu kebimbangan.

Begitu juga dalam berdiskusi, saya sangat bimbang akan diri saya merasakan pendapat saya betul. Alhamdulillah,saya mempunyai ilmu agama tapi disebabkan saya mempunyai ilmu agama lah,kebimbangan saya terhadap Syndrom ini sangat besar. Saya bimbang saya terasa hanya pendapat saya betul dan menolak pendapat orang lain.

Dan apa yang lebih membimbangkan saya,kawan-kawan saya muak dengan perangai saya dan membiarkan sahaja saya dalam kehanyutan ini. Saya khuatir saya dibiarkan lemas dalam dunia saya sendiri. Walaupun artikel ini bersifat kepentingan peribadi, saya mengajak rakan-rakan semua untuk saling mengingati. Ya,kalau anda ingin tuduh saya sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri,silakan,tetapi jujur saya katakan,saya sangat takut ‘ditinggalkan’ oleh anda semua.

Jangan ‘senyum’ kalau saya buat salah,tegur dan perbetulkan lah.

Bukankah orang beriman itu bersaudara?

 

 

Leave a Reply