azzariyat.com

Jom Jadi Model
Assalamualaikum w.b.t. kawan-kawan!

Harap semua sihat sejahtera. Sudah lama rasanya tak menulis. Maaf atas kekhilafan diri ini.

Kawan-kawan, pernah tak rasa nak jadi model? Kecil-kecil dulu, mesti ada antara kita yang berangan-angan nak jadi artis, penyanyi dan lain-lain yang boleh jadikan kita terkenal, terutamanya golongan wanita.

Secara kita tak sedar, kita sebenarnya dah jadi model sejak kecil lagi. Tak perlu susah-susah nak ujibakat, berlatih catwalk bagai nak rak, pergi interview sana-sini dan sebagainya kerana KITA ADALAH MODEL ISLAM terutamanya apabila kita berada di negara yang asing dengan agama Islam ini.

Mungkin kita tak sedar tindakan kita sebenarnya diperhatikan oleh mereka yang bukan Islam. Jadi seboleh-bolehnya, kita praktikkan ajaran Islam sebaik mungkin kerana ini juga cara untuk kita berdakwah.

Alhamdulillah, ramai antara kita yang dapat berdakwah sama ada secara lisan, penulisan dan sebagainya. Tapi kadang-kadang saya sedih apabila sebahagian daripadanya tidak mempamerkan ciri-ciri yang sepatutnya. Sebagai contohnya, selalu lambat ke kelas, sikap kurang sopan terhadap sensei dan banyak lagi. Sedangkan Islam mengajar kita untuk menepati janji, hormat-menghormati dan pelbagai sifat mahmudah lain.

Dahulu, saya juga ada pemikiran “lantaklah apa mereka nak kata”, tapi bila difikirkan balik, jika sikap itu yang kita amalkan, bagaimana mereka mahu hormat dengan agama kita?

Islam is the way of life, so let’s try to practice it in everyday life, and be a good model of Islam!

頑張ろう！

Tunangku Bukan Tunangmu
Tatkala membaca helaian demi helaian dada akhbar baru-baru ini, mata terpana membaca satu berita yang jarang saya baca. Berita yang memaparkan kisah putus tunang satu pasangan yang membabitkan tindakan saman menyaman sehingga jumlah saman mencecah nilai 1.3 juta ringgit. Wow! Tingginya kos nak putus tunang, lagi tinggi dari kos nak buat majlis kahwin.

Tak hairan lah zaman sekarang. Majlis pertunangan pun sama saja gilang gemilangnya macam majlis kahwin. Majlis tunang pun orang dah buat pelamin sekarang. Baju tunang pun meriah dan mewah macam majlis kahwin. Majlis tunang pun siap ada video sekarang. Pendek kata, majlis tunang zaman sekarang sama saja hebahannya dengan majlis kahwin. Kalau boleh semua orang kena tahu yang kita dah jadi tunang orang sekarang.

Situasi berbeza bila berlaku kes putus tunang. Si wanita pasti terpalit dengan kata-kata ‘nakal’ orang ramai yang sedaya upaya mencari punca putusnya pertunangan itu. Si wanita pasti rasa tak mahu berhadapan dengan orang ramai kerana diselubungi perasaan sangat malu akibat putus tunang. Ye lah, semua orang sudah tahu dia bertunang, secara logik akalnya mestilah pengakhiran yang diharap oleh semua orang adalah berita perkahwinan mereka. Keluarga kedua-dua belah pihak juga mula bermusuhan, silaturahim yang dijalin sekian lama putus begitu saja kerana masing-masing terasa dimalukan akibat berita putus tunang itu.

Namun, pertunangan ini berbeza dari sudut pandang Islam. Islam memandang pertunangan ini sebagai satu proses yang perkenalan yang berbataskan syariat. Islam tidak menyeru penganutnya menghabiskan jutaan ringgit untuk majlis pertunangan, malah Islam juga tidak pernah memandang fenomena putus tunang itu sebagai sesuatu yang mengaibkan. Cukuplah dengan kita memahami erti sebenar pertunangan itu.

Begini, dalam Islam tidak menggalakkan status pertunangan dihebahkan. Ada hadis menyebut;

” Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.”

[ Hadis Riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair]

Pastinya seruan Rasulullah untuk kita rahsiakan pertunangan ini punya hikmah yang tersendiri. Dan selepas mendengar penerangan Ustaz Don dalam sebuah video bertajuk ‘ Kesan Hebohkan Pertunangan’ baru-baru ini, barulah saya mengerti cantiknya Islam dalam memelihara maruah seseorang muslim. Ternyata, hadis Rasulullah untuk kita rahsiakan pertunangan punya hikmah yang kita sendiri tidak terfikir.

Pertunangan ini merupakan satu proses perkenalan antara dua insan yang mahu mendirikan rumah tangga. Pertunangan ini merupakan proses untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat tetapi masih dipelihara batas-batas dalam Islam. Sebagaimana si wanita wajib menutup aurat dihadapan lelaki bukan muhrimnya, begitulah juga si wanita wajib menutup aurat di hadapan si tunang. Sebagaimana si wanita/lelaki tidak boleh keluar berdua-duaan dengan lelaki/ wanita bukan muhrimnya, begitu juga si wanita/lelaki tidak boleh keluar berdua-duanya dengan si tunang. Begitulah Islam masih memelihara maruah si lelaki dan wanita di dalam tempoh pertunangan. Perbuatan yang diharamkan oleh Islam masih tetap haram sehingga akad nikah dilafaz. Jika di dalam tempoh pertunangan itu, kita mendapati tunangan kita itu tidak sesuai dengan citarasa kita, mungkin ada beberapa perkara yang berbeza dari apa yang kita mahu, pertunangan itu boleh diputuskan. Ianya tidak langsung mengaibkan sesiapa selagi pertunangan kita itu dirahsiakan. Tidak ada siapa pun yang akan mereka-reka cerita nakal, tidak ada siapa pun yang akan menghebahkan berita putus tunang itu jika yang mengetahui tentang pertunangan kita itu hanyalah kita dan keluarga kedua-dua belah pihak. Dan sekiranya kedua-dua belah pihak ini benar-benar memahami tujuan pertunangan ini mengikut Islam, tidak akan berlaku persengketaan. Kedua-dua pihak pasti memandang ia sebagai sesuatu yang positif dan menjamin kemakmuran sesebuah hubungan daripada keadaan menjadi makin parah jika teruskan perkahwinan dengan pasangan yang tidak sesuai.

Jadi, belumkah kita melihat cantiknya agama Islam ini dalam memelihara maruah dan kemaslahatan penganutnya?

Mari kita fikir-fikir dan renung-renungkan. Sekiranya kisah pertunangan kita ini kita sendiri yang hebahkan, segala aktiviti sepanjang pertunangan kita itu kita ‘maklumkan’ kepada semua rakan kita di facebook contohnya, ianya sesuatu yang mungkin nampak ‘ so sweet’ gitu. Tapi bagaimana tanggapan orang ramai sekiranya berlaku kes putus tunang antara kita dan pasangan kita. Akhirnya kita sendiri yang akan menanggung malu. Sayangnya Allah kepada kita, betapa Allah mahu menjaga aib hamba-hambaNya, namun kebanyakan manusia yang membuka aib mereka sendiri. Tidak ada keperluan untuk kita hebahkan tentang tunang kita kepada orang lain. Siapa tunang kita, bila kita bertunang, berapa lama tempoh bertunang, tidak perlu kita kongsi dengan orang lain. Cukuplah kita dan keluarga saja tahu. Tunangku bukan tunangmu! hihi

Islam ini indah. Tidak seperti sangkaan ramai yang menyangka Islam ini banyak larangan itu dan ini. Sebenarnya jika benar-benar diteliti, terlalu banyak kemudahan dalam agama Allah ini berbanding larangan. Sebenarnya dalam Islam itu sendiri membenarkan kita berkenalan, tetapi dengan batas-batas syariat untuk menjaga kesucian sesuatu hubungan. Tak kan lah kita nak berkahwin dengan orang yang kita langsung tidak kenal kan? Sebab itu adanya tempoh pertunangan. Tempoh pertunangan ini bukanlah satu adat yang ‘asalkan buat’ dah ok. Tapi pengertian di sebalik tempoh pertunangan ini sangat mendalam bagi menjamin kebahagian sesebuah perkahwinan.

Sudah tiba masa kita serius memikirkan fasa kehidupan kita. Bertunang bukan sekadar memenuhi adat dan permintaan keluarga, tapi satu proses yang serius dalam mengenali pasangan kita dengan mengikut batas-batas syariat. Cubalah amalkan apa yang Islam anjurkan, insyaAllah kita pasti mengecapi bahagia selain maruah kita tetap terpelihara.

Saya sertakan dua video yang boleh dijadikan rujukan bagi yang ingin tahu lebih lanjut tentang proses pertunangan. Selamat menjadi mukmin yang lebih baik!

<object width="560" height="315" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/zeWzuFHI1Q8?version=3&hl=ja_JP" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed width="560" height="315" type="application/x-shockwave-flash" src="http://www.youtube.com/v/zeWzuFHI1Q8?version=3&hl=ja_JP" allowFullScreen="true" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" /></object>

<object width="420" height="315" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/SGX7oBkdPNM?version=3&hl=ja_JP" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed width="420" height="315" type="application/x-shockwave-flash" src="http://www.youtube.com/v/SGX7oBkdPNM?version=3&hl=ja_JP" allowFullScreen="true" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" /></object>

Hanya kerana awlawiyat kita berbeza?
Grrrr..Grrr..

Telefon bimbitnya bergetar. Mesej baru masuk. Tangannya menggapai. Matanya masih tertancap pada skrin laptop. Menamatkan saki- baki ayat pada jurnal yang ditekuni sedari tadi. Sungguh, agak sukar memahami sesetengah gaya bahasa yang digunakan. Silap faham. Habis!

Ditekan-tekan keypad telefon.

{Inbox}

{Conversation 1}

Ditekan lagi. Lalu paparan mesej keseluruhan terbentang.

[ Assalam..InsyaAllah minggu hadapan akan diadakan kursus akhir tahun untuk pelajar tahun akhir. Anda amat digalakkan untuk hadir bagi memastikan kesinambungan bersama-sama dalam satu kumpulan dapat diteruskan setelah anda bergraduasi.Sila respon kehadiran anda. Syukran  ]

Di balas.

[ Waalaikumussalamwrht. maaf tak dapat hadir. Balik rumah]

Matanya terus di tala ke skrin semula. Tetikus digerak-gerak, membuka fail PDF yang lain pula. Elderly and frailty. Haaa..ini untuk literature review. Gumamnya sendiri. Hmm..kena siapkan dalam minggu ni. Minggu depan nak hantar pada supervisor. Review buku belom lagi. Buat teks debat belom juga. Buku log..Allah tak tulis lagi! Sekarang dah tengah bulan 4. Deadline semua bulan 5. Aduh! Hatinya membilang-bilang kerja wajib yang wajib disiapkan, sambil mencongak-congak baki masa yang tinggal. Hanya ada masa kurang dari sebulan! Masakan sempat siapkan semua ini!

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”

Albaqarah (2):186

InsyaAllah sempat. Allah kan ada! Semangat membara dalam jiwa.

Kereta Kancil itu menyusur laju melalui Jalan Dusun, lalu melewati Jalan Macau. Kemudian  terus belok ke kanan, Nun beberapa sela jarak kelihatan kereta berbaris panjang. Lampu isyarat merah. Dia bersedia untuk menghentikan kenderaan. Brek ditekan lalu berhenti. Dalam fikirannya berlegar-legar misi agungnya – Pesta Buku Antarabangsa di Stadium Muhammad. jam 8 pagi- Ya, Itulah!  Menjadi ‘pembantu kedai’ bagi jualan dari syarikat Muda Osman. Pengalaman baru. Seronok!

Begitulah untuk seminggu ini. Kerja sambilan sambil belajar. Kebetulan kelasnya sering lopong-lopong. Akhir-akhir ini juga dia turut terlibat dalam takaful. Menjadi ‘pakar runding’, ‘jurubicara’ begitulah lebih kurang.

‘Lia..tolong carikan buku pasal Doa, tulisan ustaz Zahazan, telaga biru,’ Kam menghampiri dia. Kam adalah pekerja senior dalam syarikat Muda Osman dan dia juga merupakan penyelia Lia. Terpacak seperti pengawal keselamatan, getus hati Kam. Senyum segaris. Memang begini agaknya pekerja baru!

‘Oh..ok kak Kam, sekejap ya.’ Tangannya pantas mencari. Hah..buku ini sangat bagus untuk dimiliki. Ada doa-doa dari alquran serta keterangan ayat, khasiat dan kaifiat untuk beramal. Memang patut belilah!

‘Kak Kam..nah ni bukunya.’ Senyum menguntum sambil tangan menghulur.

‘Ok, thanks Lia.’ Senyum bertaut. Kak Kam berlalu.

Grrrr..Grrr..

Telefon bimbitnya bergetar. Mesej baru masuk. Tangannya menyeluk saku baju.

[ Assalam..InsyaAllah minggu hadapan akan diadakan kursus akhir tahun untuk pelajar tahun akhir. Anda amat digalakkan untuk hadir bagi memastikan kesinambungan bersama-sama dalam satu kumpulan dapat diteruskan setelah anda bergraduasi.Sila respon kehadiran anda. Syukran  ]

[ Waalaikumussalamwrht. Ni nambor sapa ya? ]

[ Ika kak..akak boleh pergi? Bagi nama dan nombo ic ]

[ ya, InsyaAllah. Aliah bt Kamaruzzaman, 890213105600 ]

[ syukran kak  ]

[Assalam..Az..Boleh hadir kursus akhir tahun tu? ] Hatinya tertanya-tanya.

[Waalaikumussalamwrht. Az tak dapat pergi Lia, balik rumah. Komitmen di rumah. Maaf..] Azhani tegas dengan pendiriannya. Awlawiyatnya adalah di rumah! Tahun akhir adalah peluang terakhir untuk dia berusaha secemerlang boleh!

[Tapi..ini mungkin kali terakhir kita berprogram bersama..  ] Lia sedikit kecewa.

[Tidak mengapa,kita masih boleh berjumpa dalam kelas  ] Az cuba menenangkan sahabatnya.

[Ok, kalau begitu..baiklah   Semoga Allah permudahkan jalanmu sahabat   ]

[ InsyaAllah, awakpun..  ]

Lia bermenung sendiri. Bertafakur.

Sahabat. Aku rindu saat dulu. Saat kita mula menyatu. Dalam nadi ukhuwah yang sangat jitu. Masih ingat? Kamu yang mula memimpinku ke taman itu. Tapi..kini kamu seolah-olah meninggalkan aku sendiri bertatih-tatih tanpa teman disisi.

Adakah hanya kerana awlawiyat kita berbeza? Atau keputusan yang dibuat kamu hanya sekali berfikir sahaja? Atau kerana kapasiti dan kebolehan kita berbeza maka menyebabkan aku boleh pergi dan kamu tidak? Ataukah kamu tidak meyakini ayat Allah yang bermaksud

“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”

Muhammad (47): 7

Bukankah ini salah satu cara kita menolong agama Allah? Agama ini tidak perlukan kita untuk membelanya malahan Allah boleh saja menggantikan kita dengan kaum yang lebih baik dari kita. Apa kamu sudah lupa?!

Astaghfirullah..sahabat maafkan aku. Aku terlanjur kata dalam hatiku. Aku sudah mula bersangka yang bukan-bukan terhadapmu. Mmm.. atau kerana kau sebenarnya ada masalah lain yang menghalang dirimu untuk turut serta lalu membuatkan aku perlu berlapang dada kerana berlapang dada mampu menutup pintu syakwasangka? Atau bagaimana? Kenapa?

Monolognya panjang saat itu. Saat azan subuh meniup dasar kalbu. Hatinya rasa sayu.

Sahabat..

Mungkin itu jalan yang terbaik buat mu. Namun aku tetap setia mendampingmu dalam doa kudus ku! Kerana itulah perananku sebagaimana firmanNya

“Saling berpesan supaya menjunjung ajaran Allah yang benar dan saling berpesan supaya bersikap sabar”

surah al-‘ashr 103:3

Ya Allah yang membolak balikkan hati, Kau tetapkanlah hati kami pada jalanMu ini. Andai kami terlari maka tariklah kami kembali agar kami terus menjadi mata-mata rantai perjuangan ini.

Munajatnya memanjang. Istighfarnya mengurai.

*awlawiyat: keutamaan/mengutamakan

Orientasi Khalifah
“Allah mahu ciptakan manusia sebagai khalifah di bumi, tapi kenapa Allah tidak terus mengutuskan Nabi Adam di bumi? Nabi Adam hidup dalam syurga dahulu sebelum di muka bumi. Kenapa perlu ada ‘transit’ sebegitu?”, satu persoalan yang  telah mengerakkan akalku untuk terus berusaha berfikir hingga mencapai zikir, Insyallah. Persoalan muncul ketika kembali mentadabbur Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 30 ~ 37. Setelah berdiskusi, akhirnya persoalan itu berjaya dirungkaikan. Sungguhpun begitu, Allah lebih mengetahui segala hikmah yang  tersirat dan yang tersurat.

Saya cuba menjelaskan pemahaman saya dalam 2 bahagian:

1)      Allah mahu memperlihatkan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim

Allah Maha Kuasa melakukan segala- segalanya. Allah juga berkuasa mengutuskan terus Nabi Adam ke bumi sebagai Khalifah. Menurut kisah yang bercatat di dalam Al-Quran , Allah S.W.T meletakkan Nabi Adam hidup dahulu di dalam syurga. Ini kerana Allah mahu memperlihatkan kepada kita bertapa agungnya sifat Maha Pengasih dan Penyayang NYA.

Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Nabi Adam dengan membenarkan baginda memakan apa sahaja jenis buah-buahan yang di dalam syurga. Larangan Allah cuma satu, jangan menghampiri pohon khuldi. Ketika Nabi Adam sunyi, keseorangan tanpa teman, Allah mencipta Hawa untuk baginda. Sungguh indah kehidupan Nabi Adam dan Hawa di bawah naugan kasih sayang Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kasih sayang Allah bukan setakat dalam nikmat sahaja, malah dalam dugaan pun terserlah indah. Setelah Nabi Adam melanggar perintah Allah dengan memakan buah Khuldi, Nabi Adam teramat sedih dan menyesali perbuatannya itu. Dalam peristiwa itu, menunjukkan kepada kita betapa cintanya Allah kepada Nabi Adam. Allah mahu Nabi Adam sedar bahawa dugaan, cabaran dan godaan untuk mengingkari Allah itu wujud tanpa mengira tempat. Tempat yang selamat hanyalah di bawah perlindungan Allah.

2)      Proses membentuk khalifah

Sebagai analogi, seorang raja mahu melantik seorang gabenor untuk menjaga kawasan taklukannya. Sebelum itu, semestinya gabenor yang akan dilantik menepati ciri-ciri atau ‘KPI’ yang dikehendaki oleh raja itu. Supaya gabenor ini berupaya melaksanakan amanah yang diberi. Tambahan pula, sebagai raja atau ketua, tanpa memberi panduan kepada tugas yang akan diberikan pada orang bawahannya, bukanlah seorang ketua yang baik.

Sebelum Nabi Adam a.s dihantar ke bumi sebagai khalifah, Allah mahu Nabi Adam a.s mengetahui bahawa ujian daripada Allah adalah sesuatu yang pasti. Setiap ujian pasti diringi dengan dugaan, godaan dan cabaran. Hanya dengan pertolongan dan bantuan Allah, setiap ujian itu dapat ditempuhi. Ia merupakan sifat asas yang perlu ada pada insan yang dinobatkan gelaran khalifah. Setiap khalifah mesti mengenali dirinya yang hanyalah insan biasa yang memiliki banyak kelemahan, tidak mampu menepis segala macam rintangan tanpa kasih sayang Allah Yang Maha Kuasa. Selain itu, setelah Nabi Adam diutuskan ke bumi dengan perasaan dukacita kerana merasa diri berdosa, Allah tidak membiarkan sahaja Nabi Adam a.s dihantui kesedihannya, malah mengilhamkan Nabi Adam a.s cara untuk memohon ampun dan bertaubat. Maha suci Allah Yang Maha Pengampun.

Apa yang boleh saya simpulkan adalah setiap ‘event’ dalam kisah Nabi Adam a.s dan kisah-kisah yang terkandung dalam Al-Quran ada hikmah yang tersirat dan tersurat. Ketika mencari hikmah itulah, akal makin rancak dan aktif berfikir dan akhirnya melahirkan zikir. Apabila zikir menjadi pembasah bibir dan penenang hati, iman yang utuh pasti terbentuk. Meskipun begitu, kita perlu mengimani bahawa segala pengetahuan itu hanya milik Allah, walaupun akal kita mampu menafsir tetapi pengetahuan Allah mengatasi segalanya. Sekian.

Sambutlah Salam CintaNya
Ini bukan kisah baru. Ini kisah yang diulang banyak kali. Kisah tentang dua ‘H’. Setiap yang bergelar manusia, pastinya akan melalui fasa 2 ‘H’ ini. Ia cerita tentang Hidayah dan Hijrah. Ia umpama sebuah kitaran yang seiring. Hidayah adalah petunjuk yang diberikan olah ALLAH kepada hamba-hambaNYA yang terpilih. Hanya dengan kehadiran hidayah ini, barulah penerimanya mampu melakukan hijrah. Sebuah hijrah yang bakal membuka lembaran baru dalam hidup si penerimanya. Pastinya jalan sebuah penghijrahan itu tidak mudah, namun yang Maha Penyayang telah berjanji bahawa dalam sesudah setiap kesusahan itu akan ada kesenangan. Sesungguhnya setiap kesusahan itu akan diikuti kemudahan!

Namun, hanya mereka yang benar-benar meyakini akan adanya kehidupan selepas mati sahaja yang akan menyahut seruan 2 ‘H’ ini. Mengambil setiap ibrah yang hadir bersama pakej 2’H’ dalam membina keimanan yang lebih teguh. Tidak sesekali mereka memandang enteng kehadiran 2’H’ ini dalam hidup mereka. Tapi buat mereka yang kurang iman, kehadiran Hidayah dan Hijrah ini tidak lebih sekadar kata-kata picisan yang tidak meninggalkan kesan. Entah kekuatan apa yang merasuk minda hingga hati seakan mati mengenal kebenaran. Hingga tegar menidakkan kehadiran sebuah hidayah dan lupa bahawa mati itu boleh dating pada bila-bila masa.

Dalam bahasa indahnya, hidayah adalah umpama salam cinta dari yang Esa. Sapaan halus buat hati-hati yang merindui keimanan dan ketaqwaan. Andai salam cinta ini disambut, barulah langkah menuju sebuah hijrah dapat dimulakan. Namun andai sejak awal lagi salam cinta ini dibiarkan sepi, hijrah itu juga hanyalah angan-angan yang lebur dalam angin lalu. Tak bermakna, tak bererti.  Analogi mudahnya, hidayah itu umpama satu surat tawaran untuk menyambung pelajaran dan hijrah itu adalah perjalanan kita menuju ke tempat belajar itu. Manakan mungkin dapat mendaftar diri untuk memulakan pengajian andai sedari awal surat tawaran itu tidak diterima?

Sama juga dengan cara hadirnya.  Tawaran kemasukan  itu mungkin sahaja sampai kepada kita melalui pos, panggilan telefon ataupun email. Hidayah juga begitu. Tiada hukum tetap mengatakan hidayah itu wajib hadir dalam bentuk ucapan lisan. Wajib lahir dari mulut seorang ulama. Tidak! Ia mungkin sahaja hadir dalam bentuk yang sangat subjektif. Mungkin sahaja ia hadir melaui pembacaan, melalui lagu, melalui pemerhatian, melalui perbuatan, hatta melalui seorang anak kecil yang belum mengerti apa-apa pun! Hidayah juga boleh hadir melalui mimpi, malah ia juga boleh hadir melalui musibah. Benar. Melalui musibah dan ianya adalah antara jalain paling pahit buat si penerima.

Apa yang saya maksudkan hidayah melalui musibah ini adalah setelah ditimpa musibah, baru nak terkial-kial mencari ALLAH. Setelah ALLAH menarik nikmat yang diberi, barulah dia mengerti erti mensyukuri. Setelah ALLAH menarik nyawa insan yang dikasihi, barulah sedar nasihat yang diberi adalah untuk kebaikan diri. Lalu bermulalah episod penghijrahan yang penuh sesal dan sakit. Sedangkan penghijrahan itu boleh berlaku dengan penuh semangat dan ketabahan jika sedari awal mengerti nilainya sebuah seruan. Sekiranya sejak mula lagi menyedari salam cinta Ilahi itu mampu hadir dalam cara yang tidak disangka-sangka.

Seorang rakan pernah berkata kepda saya. Dia dahulu seorang yang tidak patuh menurut perintah ALLAH. Dia tidak menjaga auratnya, dia tidak menjaga pergaulannya, solatnya juga tidak lengkap. Tapi setelah ALLAH mengambil nyawa salah seorang insan yang dia sayangi, barulah dia sedar betapa selama ini dia leka. Dan itulah cara ALLAH mahu membuka pintu hatinya. Sungguh, jalan hijrahnya pedih dan menyakitkan. Tapi dia bersyukur kerana dipilih ALLAH menerima sejalur cahaya dalam kelam perjalanannya.

Tapi sedarlah juga bahawa hidayah tak mungkin dating jika kita tidak mencari. Sekali lagi analogi mudahnya, bagaimana mungkin kita mendapat tawaran jika tidak memohon? Jangan bekukan hati, jangan batukan diri. Bangun dan berusahalah! Carilah sampai dapat. Berdoalah agar kita juga nanti dapat menerima salam cinta dariNYA.

Apabila sudah menerima salam cinta itu, jangan segan, jangan tunggu. Sambutlah dengan hati penuh yakin bahawa jalan hijrah itu nanti akan bertemankan kasihNya yang tak pernah padam. Tanamlah keyakinan itu dalam hatimu! Paling penting, tak usah tunggu musibah datang melanda barulah salam cinta itu disambut kerana anda yang akan merasakan pedihnya.

“Kalaulah aku diberi peluang, aku nak bagitau semua kawan-kawan kita. Berubahlah selagi ada masa. Berubahlah dengan mujahadah sendiri. Jangan sampai ALLAH tarik nyawa orang yang kita sayang baru nak kembali ke pangkal jalan.” – Sahabat saya.

Wallahualam.

Tidak Peduli??
Malam melabuh. Bulan tanggal 15 Rabiul akhir mengambang penuh. Cerah. Awan putih kelihatan kepul-kepul di langit. Bintang malam juga ada. Kelip-kelip. Jalan separa sunyi. Kadang-kadang motor siswa mendrum lalu. Kadang-kadang kereta mendesing laju. Sepertinya berlagak jaguh! Lampu-lampu jalan jarak-jarak adanya. Cahayanya melimpah terang. Ada separuh cerah, ada separuh gelap. Cengkerik-cengkerik malam berlagu riang, berzikir mengingat Tuhan yang mencipta.

Usai maghrib, aku berjalan sendiri. Dari nurani ke dewan murni mengambil masa 10 hingga 15 minit perjalanan tanpa atur langkah yang gesa-gesa. Rabu malam. Iya. Aku sudah maklum Christian fellowship (CF) acap ber’usrah’. Cuma malam ini, ‘all are invited’ termasuk MUSLIM. Tajuknya, masyaAllah, mengagumkan! Kenapa? Kerana mereka telah mengangkat satu isu ‘KEMANUSIAAN’, satu isu ‘GLOBAL’. Justeru, ikhwan dan akhawat pasti tertanya-tanya, isu apakah?

‘Pemerdagangan Manusia’ itulah isunya!

Pernah dengar tentang isu ini?

Pernah cakna?

Pernah ambil tahu?

Atau cuma buat endah tak tahu?

Aku terkesima sendiri. Isu sebegini jarang sekali menambat pandangan mata, lantaran ‘membosankan’ kerana tidak sesuai dengan jiwa. Namun, hakikatnya dengan penerangan yang diberikan oleh Dr Geshina Ayu sedikit sebanyak menggugah hati yang mendengar. Justeru, penulis menyeru sidang pembaca sekalian, mari sama—sama telusuri isu ini, agar kita turut memperjuangkannya kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada hari-hari yang mendatang.Adakah kita, adik kita, anak kita atau sesiapa sahaja di sekeliling kita bakal menjadi MANGSA seterusnya.

Mahu begitu?? Tepuk dada, tanya iman.

Moga ada manfaatnya buat kalian.

-http://jurnalmalaysia.com/index.php/topik/91-dagang-manusia-

-http://photos.state.gov/libraries/bahasa/99931/bm/tip2011_msia_bahasa.pdf-

Mungkin Yang Seorang Itu Kak Wardina?
Bila melihat status atau tweet Kak Wardina mendapat sambutan yang maha hebat,saya menjadi cemburu. Kadang-kadang,apa yang diberitahu oleh Kak Wardina bukanlah sesuatu yang hebat tetapi sambutannya,Allahuakbar,Allah sahaja yang tahu. Bukan bermaksud saya membenci Kak Wardina bahkan saya salah seorang peminat dan sentiasa mengharapkan status-status baru daripada beliau. Cuma saya rasa cemburu disebabkan status-status saya di Facebook atau twitter tidak mendapat sambutan yang hebat walau pada isinya,ia sama hebat dengan Kak Wardina. Pada firasat saya,andai ramai orang like,ramailah orang yang kita dakwah,banyaklah pahala yang kita dapat.

Jadi saya bertafakur sebentar,memikirkan masalah populariti dan dakwah.

Hebatnya para selebriti yang berhijrah ke arah kebaikan,mereka turut membawa peminat mereka ke arah kebaikan,seolah-olah mereka adalah pengemudi kapal,daripada neraka ke arah syurga! Bahkan ramai yang akan berlumba-lumba dengan mereka untuk menjadi lebih baik. Jadi saya berdoa agar lebih ramai selebriti yang berubah ke arah kebaikan,moga dengan cara itu,ramai anak muda sekarang yang tengah hanyut menaiki sampan yang sama bersama para selebriti menuju ke syurga.

Tidak dapat dinafikan,kita sebagai manusia sentiasa inginkan perhatian daripada orang ramai,begitu juga saya. Jadi saya fikir,kalaulah saya mempunyai populariti yang maha hebat seperti Kak Wardina,lebih ramai orang yang saya boleh dakwah, lebih senang matlamat yang ingin dicapai saya,tercapai.

Tetapi saya lupa satu perkara,kerana Siapa saya lakukan semua ini,apakah kerana manusia atau kerana Allah?

“Aku nak populariti sebab nak kembalikan balik kegemilangan Islam..” Monolog saya seorang diri.

Selepas lama diselebungi masalah populariti-dakwah ini,akal dan hati saya diketuk dengan kisah Uwais Al-Qarni. Biarpun beliau tidak terkenal di dunia,beliau adalah fenomena ‘Ustaz Azhar Idrus’ di langit. Uwais Al-Qarni adalah orang Yaman dan tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah namun kecintaannya kepada Rasulullah,hanya Allah sahaja yang tahu. Walaupun berada di Yaman, setiap kali Bilal laungkan azan,dia akan ke bumbung rumahnya dan mendengar azan itu dengan sempurna.

Rasulullah juga pernah menasihati sahabat andai berjumpa dengan Uwais,mintalah doa daripadanya kerana doanya dimakbulkan. Selepas kewafatan Rasulullah,Umar Al-Khattab dan Ali Abi Talib pergi mencari Uwais dan meminta doa daripadanya. Daripada kisah ini,ada 1 pengajaran besar yang patut kita belajar. Walaupun Umar dan Ali sudah dijamin syurga, mereka tetap berusaha mencari Uwais untuk meminta Uwais berdoa kepada mereka. Kita? Manusia yang sentiasa lakukan dosa tetapi masih sombong meminta doa daripada orang-orang yang kita jumpa dengan anggapanm”,aku lagi beriman daripada mereka,ilmu aku lagi banyak,facebook status aku lagi banyak dilike!”

Daripada kisah Uwais Al-Qarni,saya dapat belajar,beribadah(termasuk berdakwah) lah dengan seikhlas yang mampu,tentang populariti dan dakwah,pahala dan bila Islam akan kembali,itu kerja Allah,biar Dia sahaja uruskan. Uwais tidak pernah berfikir tentang populariti, dia hanya jalankan tugasnya sebagai hamba Allah dan Allah anugerahkannya populariti di langit yang manusia lansung tidak terbayang.

Allah tidak nilai kita dengan berapa orang yang pernah kita dakwah tetapi Allah nilai kita banyak mana usaha yang kita curahkan untuk melihat Islam kembali di mata dunia. Kesilapan terbesar kita dalam memahami konsep pahala, kita menghitungnya. Memang Rasulullah ada bersabda solat berjemaah dapat 27 pahala,berseorangan 1 pahala. Tetapi harus kita jelas, setiap ganjaran bagi manusia adalah berbeza mengikut usaha mereka. Ya,27 pahala dia dapat tapi cuba bandingkan pahala orang yang memang hidup dalam negara Islam,yang mewajibkan semua kerja dihentikan ketika masuk waktu solat,solat berjemaah dengan orang yang solat bersendirian ketika diacu pistol supaya dia keluar Islam,yang mana lagi banyak? Allah sahaja yang tahu.

Usah dihitung pahala,pasti kita gagal membilangnya.

Kita manusia,buat sahaja tugas kita iaitu sebagai khalifah dan beribadah kepada Allah. Tetang pahala,itu rahsia Allah,biar Allah uruskan,siapa kita ingin mempersoalkan hadiah yang ingin diberi orang? Sudahlah menumpang dan merempat di atas bumi Orang,buat permintaan pelik-pelik pula,sungguh tidak malu.

Saya pernah tanya seorang usahawan komputer apakah dia tidak gentar dengan bukanya 2 lagi kedai komputer di sebelah kedainya.Jawapan dia;

Kenapa perlu kita sangsi dengan rezeki Allah? Kita manusia,kita usaha apa yang kita boleh usaha,tentang duit(rezeki),itu kerja Allah. Dia dah janji siapa usaha,dia dapat jadi kenapa perlu kita ragui dengan janji Nya?

Jadi kenapa sibuk fikirkan bagaimana nak popular sebab nak dakwah ramai orang dan dengan dakwah ramai orang,dapat masuk syurga best? Sebaliknya,sibukkan lah diri dengan berdakwah,walau seorang pelawat di blog kita,jangan berhenti menulis,mana tahu seorang yang baca itu adalah Kak Wardina?

If you know what i mean..

Jadi selama ini saya munafik?
Aduhai. Rupa-rupanya selama ini saya syok sendiri! Saya tak nampak hutan ketika saya di dalam hutan. Yang saya nampak cuma pokok-pokok. Saya betul-betul tak tahu saya dalam hutan. Bila saya keluar saja dari kawasan pokok-pokok itu, baru saya sedar… Lah, tadi saya dalam hutan rupanya!

Seperti itulah analoginya. Banyak perkara yang kita rasa bahawa kita telah buat yang terbaik, kita sudah betul-betul faham dan kita begitu baik dan sudah banyak melakukan kebaikan. Hingga terdetik suatu ketika, tak perlu buat baik dah, pahala aku dah banyak! Nauzubillah, mohon-mohon lintasan seperti ini tidak ‘merempit’ dalam jiwa-jiwa kita.

Apa yang anda faham tentang golongan munafik?

Definisi Munafik

Orang yang berwajah dua muka, suka berpura-pura, apa yang dikata tidak sama dengan apa yang dikerjakan dan apa yang dikerjakan tidak sama dengan hatinya. Mereka mengakui Islam pada zahirnya akan tetapi mereka kafir pada hakikatnya. Ulama mengkelaskan golongan munafik kepada dua keadaan.

Pertamanya, munafik I’tiqadi iaitu yang berkaitan dengan kepercayaan dalam hati. Mereka itu terdiri daripada golongan yang hanya beriman kepada Allah secara luaran saja. Namun hakikatnya, golongan itu sudah terkeluar daripada agama Allah kerana niat di hati memainkan peranan penting dalam soal akidah dan dikira sebagai penentu hakiki kepada keimanan seseorang di sisi Allah.

Keduanya, disebut munafik ‘Amali iaitu berkaitan perbuatan. Di sini saya mahu berkongsi satu hadis, yang saya pasti, anda mungkin pernah mendengarnya:

“Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya”

(Hadith Sahih Riwayat Muslim)

Tiga golongan munafik yang dapat di’highlightkan’ daripada hadis ini:

1. apabila bercakap dia berbohong

2. apabila berjanji dia memungkiri

3. apabila diberi amanah dia mengkhianatinya

Cuba muhasabah kembali, pernah tak kita berjanji, tapi kita mungkiri?

Pernah kita menipu kawan-kawan, ibu bapa?

Pernah kita diberi kerja, tapi kita lakukannya main-main dan sambil lewa?

Allahuakbar, banyaknya dosa kita.

“sesungguhnya orang munafiq itu, di tempat yang paling bawah sekali di dalam neraka”

(surah an-nisa’: 145)

Penutup

Seperti analogi hutan tadi, dalam kehidupan ini mungkin terlalu banyak yang kita terlepas pandang, atau pandang ringan. Kita mungkin anggap janji-janji terhadap rakan atau orang disekeliling kita ini perkara kecil. Kita fikir, tiada apa-apa jika janji tersebut kita ingkari saja. Sebenarnya tidak, kita harus sedar, perkara-perkara sebegini boleh menjerumuskan kita ke neraka jahannam. Berhati-hatilah apabila berjanji, lebih-lebih lagi apabila disertai ucapan ‘InsyaAllah’. Banyakkan berdoa agar sentiasa diberikan pentunjuk daripada Allah.

Menangislah..
Duhai sahabatku, apa khabar hati kita hari ini? Adakah ia sekeras batu, walau diberi peringatan tetap angkuh? Atau ianya lembut sepeti kapas, menyerap air-air mata yang takutkan Yang Maha Pencipta?

Saya sering terfikir, kenapa hati ini keras sangat? Kenapa tidak tersentuh tatkala datang peringatan-peringatanNya? Kenapa tatkala diperdengarkan azab-azab Allah, sedikit pun tiada rasa gentar terhadap-Nya? Kenapa ketika membaca ayat-ayat cinta-Nya(al-Quran), hati tak tersentuh sedikit pun?

Mungkin itulah yang berlaku bila kita lalai dengan dunia. Bila dilimpahi kesenangan, kemewahan dan sebagainya, kita mudah lupa padaNya. Bila kita terdesak, mudah sekali air mata kita gugur, mengingatiNya.

Malah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“kurangkanlah bercakap, melainkan untuk berzikir dan mengingati Allah. Kerana orang yang banyak bercakap akan menyebabkan hatinya keras. Dan orang yang hatinya keras adalah orang yang paling jauh dengan Allah”

Jadi, kalau kita rasa hati kita dah keras sangat,  maka kita perlu ambil langkah berjaga-jaga.

Paksalah diri kita untuk menangis kerana-Nya, fikirkan kesalahan-kesalahan kita, fikirkan apa pun yang boleh buat kita menangis. Menangislah semahu-mahunya, kerana Allah suka hamba yang merintih kepadaNya.

Bacalah al-Quran walaupun satu muka surat sehari, fahami dan dalami maksudnya, semoga ayat-ayatNya mampu membentengi diri kita dari hasutan-hasutan syaitan.

Semoga kita sama-sama dipelihara dalam agamaNya.

Perempuan Sangat Senang Masuk Syurga
“Kenapa la saya dilahirkan sebagai perempuan…” Keluh Anis di tepi jendela. Keluhannya di dengar oleh Damia yang berada di hampiran yang sedang membuat ‘felt craft’.

“Kenapa awak mengeluh Nis? Tak suke ke dilahirkan sebagai perempuan? Awak dah la comel,jadi rebutan semua orang pula tu, saya cemburu dengan awak tau!” Kata Damia sambil menyindir.

“Takde la Mia,tugas kita atas muka bumi ni kan sebagai khalifah,khalifah paling senang dita’rifkan sebagai pendakwah. Jadi perempuan ni susah nak berdakwah,”sambung Anis yang masih termenung di tepi jendela.

“Maksud awak? Apa yang susahnya jadi pendakwah wanita?” Soal Damia lagi,dia letak felt craftnya di tepi dan mula mendengar keluhan Anis secara serius.

“Begini. Dakwah kan ajak orang ke arah kebaikan dan tegah orang daripada maksiat kan. Bila kita nak ajak orang,kita kena bercakap kan. Nanti kalau saya pergi tempat awam,saya jumpa orang,saya ajak buat kebaikan,nanti orang pandang serong kat saya.. Ye la,saya kan perempuan,mana elok jumpa orang tak kenal,terus ajak kebaikan..” Sambung Anis.

“Oh,macam orang Tabligh tu?” Tanya Damia.

“A’a,macam tu la. Pergi rumah ke rumah ajak orang ke surau,bukan ke benda baik tu. Saya nak dakwah macam tu juga..Cemburunya..” Beritahu Anis dengan nada yang sangat sedih.

“Mana ada Nis,kita lagi untung la dari laki.Kita lagi senang nak buat dakwah..” Damia memulakan bicara dengan satu senyuman harapan.

“Hah? Maksud awak?” Tanya Anis sambil berpaling ke arah Damia.

“Ok,lelaki kalau nak berdakwah kena pergi rumah ke rumah contohnya. Kena bercakap,kena tahan malu,kena letak air muka kat kaki orang. Hanya yang berani je sanggup buat,yang tak berani tak buat. Tapi pompuan kan,dalam kita menyempurnakan hak Allah,kita sedang lakukan dakwah..” Terang Damia dengan muka yang tersenyum.

“Sempurnakan hak Allah? Tak paham la..”Kata Anis sambil menggaru kepala.

“Apa hak Allah yang wajib kita tunaikan?” Soal Damia.

“Em…Solat?” Jawab Anis yang masih terpinga-pinga.

“Solat tu betul tapi solat tu macam tak istimewa sangat. Cuba teka lagi,” soal Damia sambil mengambil kain felt craft yang berwarna pink.

“Tudung?(aurat)” Anis meneka lagi dengan penuh perasaan ingin tahu.

“A’a,tudung! Kalau kita niat kerana Allah,niat dakwah,insya Allah ianya dikira dakwah. Dulu masa Al-Arqam,muslimah hanya pakai niqab dan purdah untuk berdakwah. Pergi tempat orang ramai yang sedang buat maksiat,orang akan berhenti dari lakukan sambil kata ‘hantu kum-kum dah datang’. Walaupun dipanggil hantu kum-kum,bukankah maksiat terhenti? Bukankah itu dakwah?” Ungkap Damia sambil mula menjahit.

“Betul gak kan..Kiranya kita lagi untung la kan,”kata Anis sambil tersenyum.

“Lagi satu,katakan ada seorang perempuan free hair nampak kita,hati dia tergerak untuk pakai tudung. Dia pun pakai tudung,dia kahwin,dia ada anak perempuan,dia ajar anak perempuan dia pakai tudung. See,pahala tu berganda-ganda tanpa kita tak tahu. Nanti esok di neraca mizan,kita terkejut tengok pahala kita banyak gilerrr,”terang Damia sambil tersenyum.

“Waaaaa,tak sangka kan.. Waaa,baiknya Allah..Kalau camtu,kesian orang laki la kan,nak berdakwah susah. Kita pakai tudung, tutup dada sikit,pakai baju longgar-longgar,terus dapat pahala dan kemungkinan pahala tu berganda besar,laki takleh buat macam tu,hahahha,”Anis ketawa riang.

“Nah felt craft hati ni,saya buat khas untuk awak,semoga hati ni jadi peransang untuk kita berdakwah,”kata Damia sambil menghulurkan felt craft hati yang comel itu.